Friday 21 December 2012

Pengkuliahan berakhir

Hurm..lama aku tak mencoret sesuatu dalam laman ini. Kenapa? Sebab idea aku sangat kontang, dan aku tak tahu apa yang perlu aku tulis untuk tatapan aku dan kawan-kawan yang ikut aku.

ok! semalam bersamaan 20/12/2012 jam5 petang tamatlah sudah sesi pengkuliahan aku dan teman seperjuangan yang bakal menjalani ujian praktikum selama 4bulan. Perasaan sedih mesti ada, sebab aku dah tak dapat lagi nak pergi kelas, ponteng kelas, lambat pergi kelas, lepak sembang dengan kawan- kawan dalam kelas, meresap ilmu dalam kelas, dengar leteran nasihat daripada pensyarah, membuat nota cincai dalam kelas. Rindu, ye! mungkin bila aku melangkah keluar dari pintu gerbang unibersiti aku, jam itu aku akan rasa rindu. Its my destiny. song song and sing... Cehhh!..

4tahun aku memenjarakan diri aku jauh dari tanah kelahiranku untuk segulung ijazah (feeling macam belajaq kat obersee) ye! gila aku rasa, payah, senang, sedih, suka, duka, apa tah lagi perasaan angpa isi la sendirik..
Pengalaman itu sangat berharga, tiada tandingan walaupun kau sogokkan dengan wang berbillion nilaiannya.

Itu pengalaman, kau tak boleh rampas dari aku.
Itu pengalaman, hanya aku yang merasa.
Itu pengalaman, kau nak, kau cari sendiri.
Itu pengalaman, akan aku simpan sehingga akhir hayatku.

Di sini, aku belajar apa itu rindu bila berjauhan dengan keluarga,
Di sini, aku belajar apa itu harga nilai sepuluhsen, (kes jimat cermat le ni)
Di sini, aku belajar apa itu bangun pagi tanpa dikejut puan emak dan incik abah,
Di sini, aku belajar apa itu iman,
Di sini, aku belajar apa itu berdikari,
Di sini, aku belajar apa itu pembuatan keputusan,
Di sini, aku belajar apa itu rantaian kasih dan sayang,
Di sini, aku belajar apa itu kerenah dan gelagat manusia,
Di sini......................................................
Di sini banyak yang aku belajar, secara pemerhatian, secara pengalaman, secara logikal akal, secara teori....

Terima Kasih...institusi ini sangat menakjubkan, dan penghuninya sangat membanggakan.

#lepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran aku dan kawan-kawan akan menghadapi ujian kemantapan minda dan jiwa, ucapan aku, semoga kalian maju jaya. Harap ini kali terakhir untuk kita melangkah ke dalam mahkamah peperiksaan. Yakin pada diri..



Monday 10 September 2012

Cinta ini Aneh

Ini lah maharku untuk mu,
Seperti ini ku mampu,
Sepenuh hatiku berikan,
Sebagai wujud cintaku....
Cinta ini aneh,
Zahirnya tiada,
Tapi...
Rasanya bagai menusuk, walaupun kita tolak
Dan akhirnya,
Aku tunduk, tunduk pada rasa yang tiada bertepi,
Tapi..
Macam mana kalau rasa itu terhenti? 
Macam mana kalau rasa itu tinggalkan aku?
Kuatkah aku?
Sanggupkah aku hidup bertemankan sepi?

Cinta ini aneh,
Zahirnya tiada,
Tapi rasanya bagai kuasa memberikan aku kekuatan,
Kekuatan untuk mempertahankan apa yang terbina,
Walaupun tanpa direla,
Aku jadi kuat kerana cinta,
Aku jadi kuat kerana dia,
Kerana kasih aku pada dia,



Tuesday 15 May 2012

Lepaskan lah

Assalamualaikum...=)


Pic di atas aku ambil daripada fesbuk, aku survey komen-komen manusia fesbuk  majority sanggup untuk lepas kerana memang bukan jodoh kita, buat apa simpan. Ada juga yang tidak sanggup.

Bagi aku, pendapat aku.. Aku akan lepaskan. Kenapa? Sebab, perlu ke aku simpan orang yang bukan hatinya untuk aku, perlu ke aku menolak takdir yang menyatakan aku tidak berjodohan dengannya, perlu ke aku siksa dia dengan memaksanya setia dengan aku..

Kalaupun ditakdirkan ada mendapatnya iaitu berkahwin dengannya, aku pasti jodohmu tidak berpanjangan. Tuhan kasi pinjam sahaja. Sebab itu kita diperkenalkan dengan "kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahhari"

Jangan kita menafikan hal ini, lepaskan kerana itu yang terbaik, mungkin kita akan dapat orang yang jauh lebih baik daripada dia, dan mungkin dia akan lebih bahagia dengan orang lain. Jangan gila cinta, kelak merana diri.

Friday 30 March 2012

Pengalaman itu menyakitkan.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang sangat sedih. Aku tak pernah kena pengalaman macam ni, tapi aku redha la, mungkin ini salah satu yang boleh aku buat "kenangan". Yela dah nak bla dari Sintok.

Aku tak pernah cari pasal dengan kau, tegur kau pun tak pernah, apatah lagi lawat bilik kau. Kenapa kau syak aku? Aku tak tahu handset kau macam mana. Sedih gila kot bila jadi suspek.

UK call aku jam 6.30ptg 28hb/3/2012. Aku tak angkat, sebab aku ingat orang mana tah telefon. Biarkan.
UK call aku lagi jam1ptg 29hb/3/2012. Aku tak angkat, sebab aku tidur.
UK call aku lagi sekali jam2.30ptg pada hari yang sama, kawan aku yang angkat, dia bagi aku.
" Nazurah, saya dari jabatan keselamatan, saya nak buat siasatan, awak sekarang dalam kelas ke?"
" hah! saya, ye saya dalam kelas"

Jam 3.30 ptg, UK jemput aku pergi ke pejabat Keselamatan.
Perasaan aku, sangat la takut kau tahu. UK tanya aku tahu tak kenapa dipanggil, aku cakap tak tahu.
Diorang siasat aku pasal kes kehilangan telefon kau. Mula-mula aku gelak la sebab lawak kot, kau kata ada orang nampak aku dalam lingkungan kul9. Aku kat kelas kot!!!!..

Tapi gelak aku tak lama la, makin di tanya, makin sedih aku. Sedih..Jiwa aku gila bergelora.. Spontan sey depan UK tu aku nangis. sampai aku cakap "kejab encik, bagi saya nangis dulu"

Dari jam3.30 sampai jam6 dorang tahan aku. Selamat encik-encik UK tu baik. Siap bagi nasihat lagi.
"jangan la nangis, kami bantu kamu ni"
"ini semua tuhan yang tentukan, awak jumpa saya pun sebab tuhan"
"hidup ni ibarat perahu, kalau tak pandai dayung, memang karam"
"saya harap awak tabah, jangan la nangis, anggap ni pengalaman, kawan awak tak pernah rasa kan?"

Yes! mereka mententeramkan aku. Terima kasih UK. =)
Balik bilik, terus aku melalak..jiwa sakit sial!..lu buat wa macam ni!!..

1st time aku nangis depan kawan-kawan kot. sampai hati kau jatuhkan imej brutal aku..><..heh heh heh!..

dan juga 1st time aku mengadu sambil melalak dengan puan emak.
puan emak bagi semangat kat aku. Terima kasih mak..

dan terima kasih kepada kawan-kawan yang ambil berat pasal aku..terharu bhai!..><

Aku harap kau jumpa balik la handset kau yang mahal tu.. Dan tegur-tegur la aku, sebab aku tak dendam dengan kau pun, malas la nak benci3 walaupun aku memang patut nak tampo kau...ngeee..

Terima kasih atas pengalaman yang menyakitkan...


Terima kasih juga pada kawan aku Fatin sebab teman aku sampai kol6..>< sayang kau la..heheheh

Sunday 25 March 2012

Adakah aku??

Dalam berkawan, aku ni pernah ke bagi harapan kat sesiapa?

contoh, 
bagi harapan, boleh tolong setelkan kerja mereka,
bagi harapan, nanti boleh couple,(bagi kawan lelaki)
bagi harapan, aku boleh menjadi pendengar setia,

macam-macam la harapan.

adakah aku?

maafkan aku, kalau perbuatan aku pernah membuatkan kalian seperti berharap sesuatu daripada aku.

aku tak sedar aku memberi harapan palesu pada korang


Tuesday 20 March 2012

Hubungan itu~

Assalamualaikum...=)

hehe..mood baik jadi nak bagi nasihat..

"Jangan kita cemburu dengan perhubungan yang haram, sesungguhnya kita cemburu dengan maksiat." Apa maksudnya? Pernah tak korang tengok pasangan yang belum nikah, pegang-pegang tangan, jalan seiringan bertepuk-tampar. Romantikkan? Ye!..memang cukup romantik, macam dunia ini dia yang punya. =)

Jeles? untuk diri ini dulu, ye! aku akui, aku kekadang jeles tengok orang couple2 ni. Best je nampak. Tapi bila aku tersedar daripada lamunan terhenti, Astagfirullahal'azim. ish3..

Aku jeles dengan maksiat? apa kena ni?? Jeles tengok dorang couple, mesra..tapi  hubungan bukan halal.
Teruknya aku ni. Rendah lagi iman aku.
" Ya Rabb, ampuni aku, sesungguhnya aku sangat lemah dengan hal berkaitan hati, kuatkan hatiku agar sentiasa jelas dan taat dengan peraturan-Mu Ya Allah. "

***************************************************************
tadi aku baca status kawan aku di fesbuk.
si polan went from being "it's complicated" to being "single".

aku komen : Alhamdulillah.
hehe..ada orang balas, "hahaha, jahat la ko Nazurah Adila Nahar"


wakakkaka. Bukan niatku bergembira dengan khabar itu, tapi itu sebaiknya..^_^

Tapi selama ni memang aku tak pernah nak "like" status orang yang ada relationship ni. "like" bermaksud, kita menyokong aktiviti itu. Tak elok naa.

Aku teringat kata-kata member aku. "ada jodoh tak kemana"


sunyi berteman sepi, tanpa dirimu disisi, menjadi penghibur hati,
Namun kini,ku pasakkan hati, pada Tuhan Rabbul Izzati, 
mengikat hati, menjadi hamba abdi, hanya pada yang Ilahi

Saturday 17 March 2012

Lesen berniaga.

Assalamualaikum...=)

Entri hari ni, macam biasa ada je benda yang aku tak puas hati.
Semalam kami ada meeting blok. Ada satu pesan daripada TKB.

"mulai sekarang, sesiapa yang ingin membuat jualan bilik ke bilik perlu ada lesen daripada HEP, ini arahan HEP "

aku mempertikaikannya...

kenapa?

Apa kena la dengan sem ni, aku rasa makin ketat peraturan yang dikenakan. Aku budak marketing..! marketing! Aku ada subjek yang memerlukan aku berjual beli. wadafakkk!!

Come on la wey..kata universiti pengurusan! universiti business. apa ni?? kena ada lesen bagai. memang! memang kalau kat dunia luar, kalau berniaga memang kena ada lesen daripada MPPJ, JKKKK Kampung, wat ever so on la kan.. Tapi ini.....damn! dah la kalau berurusan dengan HEP bukan main banyak prosedur. Kenapa HEP suka sangat buat kacau? Kenapa HEP suka buat peraturan bukan-bukan?
buat kerja aku terencat je la!..

Kang aku cakap teruk-teruk, aku hentam kaw-kaw. Kena tendang keluar la pulak..

booo betul la!.. malas sial aku dengan bangunan dalam hutan ni..buat kepala semak je..sengal!..

apa pun tak boleh!.

aku benci tahap kronik dengan tempat ni!!!...bahalol la..aishhhh...hah!