Tuesday 22 November 2011

Malaysia ajar Indonesia..

Bola sepak Harimau Muda berjaya membaham Garuda Muda dengan melengkapkan sepakan penaliti 4-3 setelah kedua-dua pasukan terikat dengan persamaan jaring 1-1..



yo! terbaik la Harimau Muda yang diketuai Baddrol Bakhtiar..
Aku sangat berharap Malaysia boleh memenangi 'ibu emas' Alhamdulillah.. Negara aku yang selalu teraniaya dengan sikap penyokong indonesia yang tidak mempunyai tamadun dan etika. Dan doa sekalian rakyat Malaysia termakbul.. 'IBU' emas untuk skuad Harimau Muda.

Korang bayangkan skuad kita kena naik Baracuda iaitu kereta kebal ke stadium bungkarno.. serius sedih aku tengok layanan mereka terhadap Malaysia.. dan aku harap kemenangan Malaysia boleh melenyapkan dan membenamkan keangkuhan indonesia.




Semoga Maju Jaya Semua Skuad Malaysia..terus dan terus berusaha meningkatkan prestasi..

sakit tekak aku dok menjerit-jerit bila tengok bola sampaikan gelang tangan aku putus pun aku tak sedar bila..sedih! gelang kesayangan aku putussssssssssss.....=,=

Tahniah!!!! I proud to be Malaysian.. ^_^

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..

Malaysia telah melepasi sasaran pingat emas untuk sukan SEA-26 di Palembang Jakarta..Tahniah sekali lagi


Wednesday 16 November 2011

Bahasa kiasan tak beri kesan

Aku cuba tegur kau,
bahasa kiasan aku guna,
kau masih tak mengerti,
tanya siapa yang aku tegur,

dalam hati aku gelak,
sedih aku dengan kau!,
masih buta atau buat-buat buta,
atau kau tak mahu ambil tahu,
danbo sedih..
perangai kau jelek,
banyak hati kau rabak,
kau sungguh dasyat,
tapi kau masih tak sedar,

jangan hipokrit dalam bersahabat,
itu yang kau laungkan,
tapi sayang,
kau tak amalkan.

sadis hidup macam kau,
tapi aku harap kau bangun,
jangan hanyut lebih dalam,
takut ramai yang sengsara
dan kau juga akan lemas.

sedar kawan,
jangan bina khayalan,
orang akan tahu sifat sebenar
kalau kau terus dengan landasan
kau akan rugi

p/s> aku nasihat, terserah

Minat aku dengan pelakon ini

Setiap Manusia Tepi Jalan pasti ada minat kepada seseorang pelakon. Minat mungkin kerana krediabiliti lakonan, ketampanan wajah, style pemakaian. Aku juga punya minat kepada sesetengah pelakon. Itu merangkumi semua, lakonan yang mantap, ketampanan dan style kehidupan.

Jom tengok pelakon lelaki yang aku minat buat masa sekarang.. heh heh heh >_<

Beto Kusyairy
Aku terus minat beliau menerusi telemovie Kahsaf Imani. Stail bhai lakonan beliau, jenis selamber, sempoi, pakaian pun biasa-biasa je. Dan yang penting tak tunjuk macho. 

Zahiril Adzim
Beliau macam underground r. Macam indie je aku tengok dia ni. Start aku suka masa beliau belakon dalam drama ghost di 8TV. Tapi aku rasa ada lagi drama lain yang menyebabkan aku minat beliau. Dan masa tu aku suka stail rambut dia, perghh, kacak!

Adi Putra
Pertama kali aku lihat beliau di kaca televisyen menerusi drama kelahiran teristimewa di TV3, beliau masa tu belum lagi kahwin, badan pun tak tough macam sekarang. Start drama tersebut, aku terus minat lakonan beliau sampai sekarang. 

Sofi Jikan.
Penjahat dalam filem Zombi Kampung Pisang. Hah hah! aku serius suka tengok beliau bawa watak jahat, jadi! sehingga aku rasa macam nak hambat dengan kapak je beliau ni. Walaupun tak sepopular mana, tapi setiap kali ada beliau dalam sesuatu filem, pasti box office. Filem zombi kampung pisang, hantu kak limah, KL gengster. 

Shaheizy Sam
Ini pelakon kalau sape tak minat tak tahu la wei..heh heh heh!, serius aku suka lakonan beliau sebab watak yang beliau lakonkan mesti lawak..hehe..best!

p/s> majoriti pelakon di atas sudah berpunya. Shaheizy Sam je yang masih kosong. Apa lagi?! rebut la! hahhaha..Tapi aku hanya minat hasil kerja mereka sahaja. Panahan mereka untuk sesuatu layar amat baik dan harus diberi pujian.

Student Fesbuk dan Assignment

Assalamualaikum..=)

Hai! aku sebagai pelajar di kolej mengumumkan bahawa assignment yang bermalam di bilik aku tidak aku sentuh lagi.
Bukan malas, tapi malas la..heee

Ok! entri hari ini bukan aku nak cerita pasal assignment aku.
Yang aku nak cerita adalah gelagat segelintir manusia pelajar yang meng'update' status di fesbuk berkaitan assignment.

Yang aku nak cakap, mereka ini adalah manusia POYO!

"hek eleh! lantak dia la nak post ape pun, dia punya fesbuk!"(ayat orang tak puas hati dengan kenyataan aku)

"yang kau poyo sangat pesal?! macam kau sorang je yang ada assigment! macam kau sorang je yang pandai masuk kolej ada assignment! macam kau sorang je boleh baca posting kau kat fesbuk tu! macam kau sorang je yang sibuk siapkan assignment! macam kau sorang je kan!!!" (aku jawab kepada orang yang tak puas hati)

serius! aku gila geli r! matang la sikit! itu dah kompom-kompom kerja tambahan untuk seorang yang bergelar mahasiswa! Assignment memang dah jadi sahabat sejati kot!

Oleh sebab itu, jangan la nak gedik sangat nak bagitahu semua orang yang kau ada assignment! ko tak tau ke bende alah tu POYO?!
danbo pun ada assignment juga apa!
Come on la wei! matang sikit!

p/s> nak aje aku remove fren, pakkal kau tu kawan-kawan aku jugak!

Monday 14 November 2011

Don't Judge A Book By Its Cover.

Assalamualaikum..=)

Pernah dengar perumpamaan 'don't judge a book by its cover' mesti pernahkan? selalu kita dengar, tapi pernah kita amalkan?

Bagi aku, aku jarang amalkan, aku suka buat penilaian pertama dengan melihat luaran, bukan dalaman. Sebab aku rasa luaran menampakkan dalaman. Tapi, aku silap. Aku minta maaf.

Jom kita renungkan.

" Ada seorang lelaki, jalan mundar-mandir dengan berpakaian compang-camping"
Orang kata dia lelaki pengotor, 
tapi orang tak tahu, lelaki itu dikesempitan hidup sehingga terpaksa merempat, ada sedara tak mengaku sedara.

" Ada seorang perempuan mengendong anak berjalan sehingga ke hujung pasaraya, umur baru 15tahun"
Orang kata dia perempuan hina, tak ada maruah, tak suci, 
tapi orang tak tahu, perempuan itu telah dirogol ketika berumur 13tahun

" Ada seorang tua cacat penglihatan dan kudung kaki dan tangan"
Orang kata dia tua hodoh, menyusahkan orang
tapi orang tak tahu, orang tua itu seorang askar, hilang mata, kaki dan tangan kerana menentang penjajah negara.

" Ada seorang budak melepak di hujung bukit untuk melukis"
Orang kata dia budak kaki lepas, membazir masa, 
tapi orang tak tahu, budak itu mengeksprasikan perasaan dia melalui lukisan, minat dia.

" Ada seorang awek ni asyik tersenyum saja bila bertentangan dengan manusia"
Orang kata dia awek happy go lucky, tak ada masalah
tapi orang tak tahu, awek itu punya masalah yang berat, umurnya singkat kerana menghidap barah tahap kritikal.

Kita boleh lihat gelagat Manusia Tepi Jalan dengan mata kita, tapi jangan membuat panahan pertama hanya dengan melihat saja, cuba selami, dekati mereka.

Banyak benda dalam dunia ini kita nampak, tapi tak bermakna kita tahu segala-galanya
"DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER"

Thursday 10 November 2011

Kanak-kanak dah kahwin

Salam peeps

Aku nak story
Sedang aku lepak-lepak dekat busten Kluang, aku relax je, duduk kat bangku yang telah disediakan. Usha gelagat Manusia Tepi Jalan, sekali bola mata aku tertampan pada susuk tubuh dua orang budak sekolah. Sekolah menengah aku kira sebab si lelaki memakai seluar hijau, si gadis hanya bertracksuit dan bert-shirt, mungkin ada sukan di sekolah barangkali.

Mereka dan aku, jaraknya dianggarkan 15meter saja, dekat.
Apa yang aku lihat, mereka duduk berkepit, si lelaki duduk sambil memeluk si gadis, muka mereka, jangan cakapla wei, amat toye, tidak tahu malu. Sadis!

Dan lebih sadis, manusia keliling yang aku lihat berada berhampiran pasangan ini ada dalam 7-8 orang, Dan mereka dalam lingkungan umur 15-45tahun. Mereka buat 'donno' saja.

Aku? heh heh heh! aku just pandang mereka dengan mata panah aku, mereka sedar aku perhatikan mereka, tapi, tiada kesan. Mereka seperti sudah lali dengan pandangan manusia terhadap mereka.

Aku juga pernah sekolah, pernah juga ada member lelaki, tapi aku tak de pun nak kawin dengan mereka. Budak zaman sekarang sangat liar, berani, tapi sayang, berani mereka, liar mereka, merugikan diri mereka sendiri.

Dan aku fikir, manusia keliling yang ada di tempat kejadian pun sudah malas, nak ambil tahu pasal masalah sosial remaja masa kini. Maklumlah, mereka barangkali generasi X, dan remaja ini generasi Y.

teenn..teenn..teenn..!!!!
panahan mata aku berakhir pabila telinga aku terdengar bunyi hon kereta incik abah yang dipandu oleh incik adik.
aishhh..potong r, baru nak cuci mata! 


Aku bla dari busten, dan apa yang bermain diminda aku,
kan best kalau aku tapak muka mereka dengan kasut converse aku ni..
Dorang tu, kanak-kanak lagi, tapi dah kahwin.
tumbuk kang!!!

p/s> benteng daripada kemaksiatan dunia adalah IMAN, bukan bangunan konkrit,yang disusun batu-bata dengan cantik.

Silent

Penatkan
Penat nak puaskan hati semua Manusia Tepi Jalan.

Makin aku explain, secara detail, makin dalam, makin terang, makin nyata
Mereka tetap tak akan faham.

Kalau tak explain, dihentam, dicaci, dimaki.
Adil ke?

Kenapa susah nak faham situasi seseorang, setiap insan punya masalah tersendiri,
Kenapa nak kita saja yang faham mereka?
Adil ke?
Dan aku decide untuk SILENT
Malas nak fikir...

Wednesday 2 November 2011

Trademarks Manusia Johor

Hollo hai! Assalamualaikum..peepssss~~~


Entri hari ini aku nak share sikit tentang trademark orang-orang yang true blue Johorean. Manusia Tepi Jalan yang memang asal usulnya dari Johor. Aku dapat sumber ini daripada fesbuk yang telah dishare oleh banyak pihak. The true person yang buat artikel ini tidak dapat aku kesan.


Sebenarnya orang Johor ini senang nak kesan. Tengok muka, tengok tingkah laku dan gaya intonasi bila berbicara memang nampak, sebab aku selalu teka Manusia Tepi Jalan di kolej aku, dan tekaan aku selalu tepat!..oh yeah!!!
Tapi dalam entri ini aku bagi sedikit panduan, nanti bila korang terserempak dengan sesiapa Manusia Tepi Jalan, sonang la ekau nak toke..hah hah hah..


1) Manusia Johor kebanyakkan ayat mereka akan diakhiri dengan 'ekk'. Contoh, "ini kau punye ekk?", "macam mana nak buat ni ekk?", "uit, nama kau sape ek?" dan etc.


2)  Manusia Johor merujuk kepada Johor Bahru sebagai Johor dan tidak JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, ia bermaksud Johor Bahru (JB), bandar dan bukan Johor, negeri ini. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh: beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? Jadi, jika dia sudah berada di Johor, tak kira di daerah mana - jika penduduk tempatan kata nak pergi Johor, ia bermakna nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, "Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Atau lebih teruk lagi, jangan memandai nak tambah 'ekk' dengan soalan itu.


3) Manusia Johor menyebut Muar sebagai MUOR. (Kena juih bibir sikit) Malah korang melafazkan semua yang berakhir dengan "AR" sebagai "OR" Contoh: Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR? Slipper, SLIPPOR? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (Ular), pagor (Pagar) dan lain-lain.


4) Manusia Johor walau dia seorang yang pendiam pun, kalau sekali dia buat lawak, boleh gelak sampai guling-guling beb. Manusia Johor senang diajak berborak, bergurau sebab sikap humor yang ada dalam diri. Hampir semua manusia Johor pandai loyer buruk, tak kira la bandar atau luar bandar.


5) Manusia Johor ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, pasti pernah ada endut atau busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat: Haa ... kau dah ada endut yer? Kau pergi berendut kat mana? Orang berendut dia pun nak berendut. Endut ialah teman lelaki atau teman wanita. Berendut tu macam pergi dating la.. hah hah hah.


6) Kat Johor femes otak-otak, gula tarik, gula kandy, sagun. Tapi dah jarang dapat gula tarik. Best woo, boleh tarik panjang-panjang.


7) Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Rasanye Sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapura, Sebab itulah pengaruh barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. Jadi, tak heranlah kalau Kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash dan sebagainya. Boleh pakai ke teori ni?


8) Kenduri kawin ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan bahawa cita rasa istimewa.Lepas rebus, telur akan berwarna coklat. Kedua-dua kulit dan isi. Biasanya orang buat telur pindang ni untuk majlis khas, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, kita boleh tahu kelas sosial rumah tuan - biasanya orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni Sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam. Oleh itu menggunakan kos yang tinggi.


9) Manusia Johor baju simpan dalam GEROBOK. Tidur pakai GEBOR. Tidur atas LECA. Jotos bermaksud luku. Contoh, "aku jotos pale ko kang" 


10) Manusia Johor boleh dapat siaran daripada Singapura. Aku pun suka layan tv singapore sebab dorg tayang movie best-best..hah hah hah. Kekadang manusia Johor dapat juga channel daari seberang, contoh RCTV, SCTV. 


11) Manusia Johor semua cantik-cantik dan kacak-kacak..ok! ini aku tambah..tapi benar!..keh keh keh


p/s> orang Johor open minded, tak kesah la korang ni dari negeri mana, loghat korang pekat ke, kitaorang still akan get together dengan korang. dan Johor adalah kawasan yang selamat untuk dikunjungi.

Aku dan nangis

Hollo peeps! and Assalamualaikum!

Korang pernah nangis? mesti pernahkan.. Nangiskan bagus untuk mata, boleh cuci mata kita yang penuh habuk ni..heh heh heh..
Aku pun pernah nangis,
kalau tengok cerita sedih, nangis,
kalau kena marah, nangis
kalau stress, nangis
kalau marah over limit, nangis
kalau susah, nangis
kalau terlalu gembira, nangis

huawwww..huawwww.. that's normal, even you are the men.

Itu salah satu cara untuk kita exspesikan perasaan kita. Kalau tak pernah nangis, nampak beno nipunye..

aku nak cerita.. dulu, masa aku sekolah tadika, aku selalu nangis

pernah sekali aku nangis yek yek je, dan masa itu incik abah seorang askar.
masa praktis menembak.
"tak nak g sekolah!" huawww..
"dah sampai dah ni, masuk la sekolah"
"tak nak. tak nak!"
"dah la!, ikut abah g kerja la" incik abah putus asa pujuk aku.

dalam perjalanan nak pergi kubu Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh, Selangor ..  aku sodap la lentok kat seat belakang. masa tu kereta proton saga kaler biru awan nano..


"dah duduk kat sini je, jangan merayap, abah ada kerja sikit"


aku kaku di kerusi tempat kerja incik abah. Dalam ofis incik abah ada la beberapa orang lagi askar. Pangkat mereka aku tak tahu..ngeee...


"ai, selalu je ponteng sekolah"
"tak tau la nak buat ape dengan budak ni, mengamuk je, tak nak g sekolah"
danbo pun pergi sekolah..tapi dia bawak mainan?!


hah hah hah..dulu aku memang sangat la tak suka pergi sekolah..sebab, bila aku ada kat sekolah, aku mesti teringatkan rumah, teringatkan puan emak yang senang lenang kat rumah..heh heh heh.


Oleh sebab aku ni selalu lepak dengan incik abah kat kem Sungai Buloh tu, jadi kengkawan incik abah memang kenal aku la berbanding adik-beradik aku yang lain.. Untungnya, kalau ada jamuan ke, ada apa-apa yang geng incik abah nak bagi, mesti aku dapat..Dan yang best, aku paling pro dengan selok-belok kat kem tu.Oh yeah!!!..


Tapi itu dulu, sekarang incik abah dah pencen, aku pun dah besar. kes aku selalu lepak dengan incik abah pun masa aku sekolah tadika.
Bestkan kalau boleh jumpa pakcik-pakcik yang dulunya berkhidmat dalam ATM di Kem Sungai Buloh.


agak-agak dialog dorang kalau jumpa aku (imaginasi aku ja)


"oh, dah besar dah anak ko Nahar"
"oh, ini la budak yang selalu nangis ni"
"la, dah besar dah, dah anak dara, bila nak menantu?"
"sekarang buat apa?"
"belajar lagi ke dah kerja?"


p/s:: puan emak sanggup telefon incik abah kat tempat kerja beliau sebab aku mengamuk tak nak g sekolah. darjah 2.



Tuesday 1 November 2011

Sastera

Dulu..
zaman persekolahan aku, memang gemar akan subjek Bahasa Melayu, kerana aku suka sastera.
aku gemar membaca penulisan Manusia Tepi Jalan yang sangat puitis.
Sebab itu aku gemar pemuzik tepi jalan seperti HUJAN, GABA GABA, PESAWAT, MEET UNCLE HUSSIEN, AWAN BAND dan etc.
Jangan nilai instrumens, gaya penyampaian, gaya dress up, muka, kelakuan, tapi nilai setiap bait-bait lirik yang mereka sampaikan.. sesungguhnya mereka antara Manusia Tepi Jalan yang memartabatkan bahasa Kebangsaan.
Dan artis Hip hop yang paling rare ialah Malique. Kenapa? kerana beliau adalah antara Manusia Tepi Jalan yang mengeji, mengutuk, memperli perihal dunia dengan bahasa kiasan yang cukup tinggi. Dengarla setiap lagu beliau. Pastikan disertai dengan lirik juga kerana kalian akan lebih faham akan isi penyampaian beliau.

ok! aku sudah tersasar dalam landasan yang aku cipta sekarang.. back to the topic.

Tapi,
zaman universiti aku, didedahkan dengan business yang banyak melalaikan, merosakkan, mencacatkan kehidupan Manusia Tepi Jalan.
Itu pandangan aku.. tidak aku menyuruh kalian menyetujuinya. Tapi fikir apa yang aku persepsikan perihal business.
Itu lebih kepada akhir zaman punya perniagaan,
tidak di awal zaman, di mana perniagaan di jalankan atas tiket mencari redha, rezeki halal dan ingin membantu sesama Manusia Tepi Jalan.
Bukan inginku, tapi mungkin ini takdir yang harus aku jalani.
Aku, sekali telah melangkah, akan ku habiskan walau hasilnya tidak seberapa. Aku pasrah jalani takdirku.

Aku
suka sastera, kerana bahasa, penembakan kasta bahasa mengikut situasi mampu menikam hati-hati Manusia Tepi Jalan yang masih punya hati.

Terkadang aku terfikir,
kerana bahasa pertuturan aku, ramai yang mungkin akan tersinggung,
kerana bahasa pertuturan aku, ramai yang mengatakan aku poyo,
kerana bahasa pertuturan aku, ramai yang menyukai aku.

Aku tidak kisah kerana setiap Manusia Tepi Jalan mempunyai nilaiannya yang tersendiri.
kita mungkin kongsi warna mata, tapi kita tidak kongsi warna hati.
kita mungkin kongsi bahasa, tapi kita tidak kongsi kasta bahasa,
kita mungkin kongsi negara, tapi kita tidak kongsi semangat nasionalisme,

Motif aku membuat entri ini.
* agungkan bahasa Malaysia.
* taipan harus tepat. paling jijik bila Manusia Tepi Jalan menambah-nambah huruf dalam ejaan (tak perlu aku bagi contoh, kerana mudah kita peroleh di mana-mana)
* setiap penyampaian harus ada maksud

Bahasa Melayu adalah kebanggaan aku, kerana aku orang Melayu, negara aku Malaysia. Jangan jadi Manusia Tepi Jalan yang langsi dengan bahasa sendiri.