Saturday 22 October 2011

pegang tangan?! aku kolot?!

Assalamualaikum..
danbo takpe sebab dia kotak
Aku nak cerita ni..
Aku ada la lepak-lepak dengan seorang member laki ni.. Saja cerita pasal diri sendiri..
Dia pun cerita la pasal diri dia, dia syok dengan seorang kawan aku. Aku pun galakkan la dorang tu kan..ala, apala sangatkan..!
Dulu, aku respect r member laki aku ni.. but after he story about his life, terus aku macam kurang la tabik spring kat dia.

Dia boleh cerita, dulu dia pernah kapel dengan seorang minah ni, cun..(dia kata la), dia geram dengan awek dia..dia dok pegang tangan, peluk dan cium (kat pipi ja).. yang si awek boleh redha je..takde nak marrah-marah..(bodoh pye pompuan)...serius wei..aku memang pandang serong la dekat dia ni..

lepas tu dia kata dia syok kat member aku..macam yang aku tulis kat atas tadi..  ok! aku nasihatkan dia..
"ko jangan nak pegang-pegang dia, kalau tak aku belasah ko"
Dia boleh cakap.."ala, aku kalau dengan dia takat pegang tangan je"
"tak! pegang tangan pon tak boleh!"
Korang tahu ape dia cakap.."ko ni kolot r, standard r kapel pegang tangan"

ok!..memang aku kolot!, so what!! i just said what the true way ja..As a muslim, benda tu kan salah!..kolot ke aku? aku memang agak angin la masa tu kan..pakkal dia tu member aku..

Aku kolot?? tahu la aku ni tak pernah kapel! tapi jangan la cakap aku kolot! aku ni ingatkan benda yang baik je..  suka hati la kan kalau nak ikut ke tak..tapi yang aku tahu, tugas aku dah abis..ko jangan nak cari aku kat padang masyar kelak,cakap aku tak pernah tegur..!
memang aku sepak terajang kau la time tu..hahaha...(boleh pulak)..
Islam pun tak de kata, kalau kapel standard la pegang tangan... even kapel pun tak boleh, apatah lagi pegang tangan yang bukan mahram..

Aku tahu, aku bukan baik sangat..dengan kengkawan lelaki pun aku pernah la pukul, tumbuk kan..tahu aku pun salah..tapi hal ko ni..di sengajakan..

aku memang kolot..

Aku harap, kalau aku ada la tersangkut dengan sesorang, aku harap takde la adegan-adegan yang tak senonoh ini..doakan aku yup!

p/s>> aku memang tengah gatai nak kawen ni..hahaah

Monday 17 October 2011

PAH dan KILA

Assalamualaikum sahabat!!

Entri hari ini aku nak ceritakan perihal sahabat aku yang bernama Syarifah Nurul Farhana a.k.a Pah dan rumet kesayangan beliau Nurul Shakilah a.k.a Kila.
Aku sesaja buat entri ni khas untuk mereka sebab mereka amat baik dengan semua kawan mereka. Aku beruntung sebab jumpa dan kawan dengan mereka ini.

Mereka kalau pergi mana-mana mesti belikan something untuk aku..serius wey..! kekadang aku naik segan dengan dorang ni..
Yela, kalau aku pergi jalan, melancong, mananya aku nak beli sesuatu untuk kengkawan aku.. kedekut sungguh aku ni!..=,=

Even the price for what they give to me is chips, but it has high sentimental value woo! n i still simpan what they give to me.. jaga bebaik ma.. nanti bila dah habis belajar, boleh tengok balik barang-barang tersebut.. dan aku pasti dengan gampangnya air mataku bergenang..hak hak hak!

Tapi tidak untuk dorang. Dorang sangat suka bila tengok kawan-kawan dorang gembira.. Suci hati betul la..
Kalau hal study pulak..dorang sangat tak kedekut ilmu.. Aku pernah la lepak dekat bilik mereka study..dorang ajar aku dari A-Z..huhu..terima kasih la layan aku yang takde pape ni..

Kawan bila kau

aku>>"arghhhhh...macam mana nak buat ni!!"
(padahal itu dah memang part aku dalam assignment, tapi dah buat last minute, stressnya lain macam)
Pah>> "wey, jangan stress-stress wey..meh aku tolong"
(padahal itu bukan kerja dia,dia dah siap part dia, dan sanggup bantu aku buat part aku dalam assignment)

Kawan bila kau

aku>> "Pah, ko tolong potostat buku beb"
Pah>> 'ok-ok, nanti aku potostat untuk ko"
(punya pemalas aku nak potostat buku, untuk diri sndiri jugak!)

Kawan bila kau

aku>> " aku rasa, aku tak boleh r"
Mereka>> "ko boleh r Zura. Yakin "

banyak lagi yang aku selalu minta tolong Pah ni..Dan beliau, tanpa banyak sesunggut beliau bantu..
Pah adalah cousemate aku..Bachelor Of Marketing

"AKU SAYANG KAWAN-KAWAN AKU"

p/s>> kalau dorang tahu aku tulis pasal dorang, mampus aku, segan tahap dewa la aku nanti..huhu..

Saturday 15 October 2011

6 Perkara Aku Benci Dalam Proses PnP

Assalamualaikum!..

Pekaba yop?

Dah siap assignment?
Heee..aku belum lagi..

Hari ini aku nak cerita perkara-perkara yang aku tak suka kalau berada dalam kelas..

1) Time lecturer mengajar.. spoil betul kalau ada yang dok sembang. Kalau borak pelahan-lahan ok la, ni tak.. ishhh... lagi-lagi kalau orang perempuan..mak aii.. gosip macam nak bagitau semua orang.. haram jadah betul!


2) Lecturer mengajar tapi macam.... ha..ini bukan aku nak salahkan lecturer..mungkin style dia mengajar memang macam tu..terang macam tak terang. jawab soalan macam tak jawab soalan.. aku ni dah la jenis yang kurang cekap..jadi sangat la blur kalau ada lecturer mengajar macam tak tahu mengajar.

3) Lecturer asyik tanya kita soalan dan selalu tengok aku..haa..ini kalau orang bijak pandai kata.."okla tu lecturer kenal, senang bagi markah" what the fish!!! buat aku tak senang duduk ada la.. lelagi kalau lecturer jenis yang tegas..mau menggigil kalau disoal..lidah macam takde.. Tapi, kekadang ada juga faedahnya..kita akan lebih faham apa yang diajarkan..=)

4) Group members tak bagi commitment as a team work. Tapi selalunya macam aku je yang tak bagi commitment je kekadang. But i like one group with chines student. depa rajin. haha..tapi sangat tepati masa dan selalu buat kerja nak cepat ja dan perfect!

5) Bagi assignment yang merapu meraban..aku paling benci kalau assignment yang diberi macam ape tah.. nak cari bahan kajian susah ya amat..! lecturer macam ni selalunya lecturer killer!  arghhhh..stress kalau bekera dengan orang macam ni..lebih-lebih lagi perempuan..!..(macam aku bukan perempuan je)

6) Quiz mengejut! ha..ini yang tak best ni..kalau jam tu jugak buat kuiz tanpa ada sebarang preparation memang nangis la sebab tak dapat jawab..atleast bagitau la kalau nak buat kuiz, boleh la aku belek-belek buku..aku benci kalau hal ini berlaku..

p/s:: sebenarnya semua perkara yang berlaku ada kebaikannya..kita sebagai student harus sentiasa bersedia menerima kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Johorean



Random 2



Random 1

kuat semangat!

sentiasa jaga tingkah laku!

harus ikut syariat Allah!


JAGALAH DIRI WAHAI MUSLIMAH SEKALIAN KERANA KITA ADALAH SIMBOL ISLAM SEBENAR. 
JIKA ROSAK KITA, ROSAK LA ORGANISASI ISLAM..
INGATLAH
TANGAN YANG DISANGKA LEMBUT MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGONCANG DUNIA
DAN
MENJADI SEJARAH..

Thursday 6 October 2011

Brick Game vs PSP

Hello peeps!!

Anda bosan?
mari kita main game ni..

haa?! korang takde game ni..

*******************

tapi korang ada game ni..


ermm..
sesungguhnya kalian orang yang sangat kaya..
aku hanya mampu membeli Brick Game je yang berharga RM5 di pekan Changloon, Kedah.

rare beb game ni..

masa aku lepak-lepak kat Changloon..
aku masuk la dalam booth (ada expo kat pekan tu) paling hujung..
tengah usha-usha barang kat dalam tu, sekali aku ternampak game ni..

alamak aii..
lama kot dah tinggal Brick Game..
game zaman sekolah rendah tu..
dulu expert la, selalu kumpul mata tinggi-tinggi..
sekarang nak main pun terkedek-kedek..

tak pe ada masa lagi..haha

agak berbaloi la beli game ni sebab harga RM5 siap bagi bateri lagi..
jam tu jugak aku main game ni..
sampaikan brader yang jaga booth tu hulur kerusi kasi aku duduk..
hahaha...

aku punya Brick Game kaler merah..
nak kaler oren...tapi tak de..=,="

pape pun..enjoy main permainan murah ni..kalau rosak pun, tak la rasa sebel sangat.. ^_^

Tuesday 4 October 2011

Atoyai, Bas Unic buat hal!!

Yoo peeps!..
sesiapa yang masih belajar di IPT, korang dah beli tiket nak balik kampung belom?
almaklum la dah cuti raya haji ni.. heh heh heh.. ^_^

aku dah beli dah~~~ semalam~~ huhu..

*************************************************************************
Aku nak cerita la pasal keadaan aku sepanjang dalam proses untuk mendapatkan tiket bus..

Jam 3.45 pm.. cuaca kat Sintok hujan dengan lebat.. aku mesej r member, Ummi  aku cakap kalau hujan jugak tak jadi pergi..

tetengok kol 5 dah ok.. ape lagi kami pun meneruskan niat pergi Changlun..

Bus Unic Liner (under UUM) keluar UUM jam6.30..

dalam perjalanan ke Changlun..tiba-tiba..

keletak keletuk keletak keletuk.. bunyi yang kuat di bahagian seat aku dan Ummi..
aku lah rasa lain terus angkat kaki letak kat seat.. pandang lantai bus, ada kesan gelembung dan terkopek..
ape kehenye yop?
selipar kawan aku abis dah terpelanting..
lepas tu driver bus berhenti tepi.. usha ape yang berlaku..


ok! tayar pecah! Alhamdulillah la driver cekap =, tak hilang kawalan... kalau tak..~~~~

Kami yang turut sama ada dalam bus terkandas hampir sejam la jugak..
Mula-mula ingat driver bus tu telefon bus lain suruh amik kami, rupe-rupenya dia telepon pomen.. asal tanya lambat lagi ke pakcik, dia jawap 15minit.. banyak la dia punya 15minit =,=

Kami decide jalan kaki ja p Cmat, Stesen bas beli tiket.. heh!

tapi best jugak la, jalan ramai-ramai dikala malam bulan mengambang..eh eh..tak de bulan semalam..heee..><

nasihat aku.. kalau nak berjalan jangan petang-petang nak maghrib....ada paham!!