Tuesday 18 January 2011

OPS SIKAP~~

kisah ini berlaku di kampung hulu betik...
 Pada malam jumaat yang hening lagi dingin, terdapat seorg mamat bernama Samsul..steady jek Samsul menunggang moto honda ex dia..siap pakai helmet lagi 2..maklum la,pemandu berhemah..hehe..=D
sedang bawak moto sambil bersiul2 gumbira..,dia melalui suatu kawasan perkuburan..pehh..ape lagi,segagah-gagah mana pon org 2,mesti ada gak perasaan seram sejuk dia...Samsul pye la seram malam 2..
tetiba,terpancullah seorang pontianak siap parking tak belakang dia..peh..ape lagi..pecut la Samsul...
dengan pontianaknye yang tak pakai helmet, tetiba ada lak ops sikap ke-100..abis la Samsul...!
polis>> bagi lesen..apela bawak laju sangat..baru lesen L dah nak tunjuk samseng..
Samsul>>bukan salah saya incik..pontianak ni yang salah..dia yang tak pakai helmet..
polis>>saya pedulik ape..awak sebagai pemandu,perlu nasihatkan pembonceng awak tok pakai helmet..
danbo tak pakai halmet!!
Samsul pon disaman sebanyak rm350..terbang melayang la duit Samsul..

Samsul>.ko pye pasal la..aku dah kne saman pulak...!!! pulangkan balik duit aku..!!
pontianak>>ala bro..wa mana tau ada polis malam2 ni..selalu malam jumaat tak de polis..
Samsul>>ahhh..aku tak pedulik..pulangkan balik..!!ko dah la datang dari mana tah...pastu sedap lepak atas moto aku..len kali nak tumpang 2 pakai la helmet siap2..aku paku kang ko ni..!!! huh..!
pontianak>>sory la brader..!! tadi toyol cabar wa suh kacau lu..papepon terime kasih la bwak wa jejalan..best gak moto lu ni...chow...!!hiihiiihiiihiii....(pontianak bla cam 2 jek sambil mengilai..)
Samsul>>pehh..!!macam pokimak jek kan..!!kalau tau terbang asal tak terbang jek..ni nak susahkan aku..tak pasal2 kne saman..

Samsul bertekad tidak akan lalu kawasan perkuburan itu lagi..kalau dia nak lalu dia akan 'pagar' moto hondanye...

p/s>>watak dalam citer ni hanyalah rekaan semata2..haha..nak test power.leh tak jadi penulis...kih..kih..kih..  (18/01/2011 ; 11.43 AM)

PERMULAAN SEM YANG BAGUS..!

JENG..JENG..JENG..JENG..!!

isnin, kelas sem baru aku bermula jam 8 pagi sehingga 1230 tengah hari..
aku bangun awal tau..keh..keh..keh..termakbul impian puan emak nak tengok anak pompuan tunggal dia ni bangun awal..huhu...mesti bangge pye..!!wawawawawa
aku siap buat air milo lagi untuk sarapan pagi sebelum pergi kelas..keluar awal sebab tak nak berebut bus..
korang tau laa..bus unic liner kat uum ni bukannye betul sangat..student pon ramai..jadi kalau p lambat2 abis la kene berebut...nanti ada la aksi2 kureng sopan ditunjukkan..hehehe..=D

kelas pertama..oh yeahh..peruncitan atau retailing..lecturer aku berbangsa india.. Dr. Selvan..pastu kelas sistem maklumat atau STID..lecturer berbangsa melayu namanye..ermmm,tak de kelas  untuk hari pertama,jd tak tau nama dia..hahaha..seterusnye kelas OB atau organization behavior..lecturer aku berbangsa cina..namanya En. Fraincis Chuah..
pehh..memang menunjukkan 1 MALAYSIA laaa....terbaekk..!!!!
hak..hak..hak..!!

papepon aku harap semangat yang ada pada aku untuk hari pertama akan berlanjutan sampai akhir sem...INSYAALLAH...
aku tak nak main2 dah...teruk nanti kena hentam..hohoho..=D

ok la..salam...oh ye..tak sempat nak amik gambar hari pertama sem..huhu..jadi tak de gambar laa..hehe..
bukan tak sempat..tapi malas....teeeeeeeetttttttttttt......

Saturday 15 January 2011

SUASANA DALAM KERETA API

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali keKuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri,sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.

Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawab,tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra.

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur,nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah."Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?,SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR! CIKAI BETUL!!"- Moral Cerita: Pakailah jam tangan sebelum menaiki keretapi mel-malam ke Kuala Lumpur, kalau hendak beristeri.  (15/01/2011 ; 1.48 PM)

TOLONG INGATKAN AKU..

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Jangan disusun kata-kata penamat

Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

(15/01/2011 ; 1.20 PM)

SEM BARU YANG MENGGERUNKAN..

Aku sekarang berada di UUM..
dah sem 4 dah..ermm..semakin bertambah sem semakin banyak halangan dan cabaran yang perlu aku tempuh..
aku perlu kuat semangat..!! aku tak akan mengalah hanya kerna pointer aku tok sem 3 jatuh mendadak..=(
sedih..memang sedih..tapi itu semua salah aku jugak..sape suh main2..ngadap FB jek...
seram sejuk aku bile pikir pasal result..adakah aku akan dipanggil oleh pihak atasan akibat penurunan pointer..??arghhhhh...!!!macam2 aku pikir lor..tatot3..!!!
tapi..papepon aku akan perbaiki segalanye untuk sem ini..
aku tak nak kecewakan mak abah aku..mereka mengharapkan yang terbaik daripada aku..
aku akan cube lakukan yang terbaik..!!oh yeah..!!!
aku harap bantuan rakan2 agar aku tidak leka hanyut dibuai kesenangan yang sementara ini..

Tuesday 11 January 2011

AJL Hebat..!

Anugerah Juara Lagu telah mencapai jubli perak dah..huhu..dah 25 tahun sebaya dengan abang saye..hehe..
Tapi..untuk AJL kali ke-25 menyaksikan persembahan artis muda belia..kebanyakkannye daripada band indie, daripada bintang2 realiti tv..dah tak de kelibat Siti Nurhaliza, Nuraniza Idris, Ziana Zain dan artis2 veteren yg lain..ermm..peningkatan yg baik..ini menandakan muzik di Malaysia dah berkembang..hehe..
pemenang untuk AJL kali ke 25 telah pun kite ketahui iaitu Ana Raffali..tahniah3..!! walaupon ada yang tak puas hati dengan kemenangan beliau..tapi,dah rezeki nak buat lagu mana ye dak..huhu..
untuk itu saya tinggalkan anda dengan video clip daripada Ana Raffali~~~Tolong Ingatkan Aku..



Tahniah juga kepada naib juara Meet Uncle Hussein menerusi lagu drama king,serta pemenang tempat ke-3 iaitu Hafiz dgn lagu noktah cinta..persembahan terbaik hanyut by Faizal Tahir dan vokal pilihan Hafiz..
taniah3..!!! teruskan usaha anda..dan majula industri muzik untuk keceriaan hidup..!=)


keh..keh..keh..

cehh..1st time aku buat benda alah ni.. hehe..kirenye aku budak baru la ni..
hahhaha...jangan gelakkan aku..!!
cehh..maklumla dak kampungan..huhu..
pehh..humble gler aku ni ekk.. nama saya...korg usha la seniri..haha..
salam perkenalan untuk aku..hahaha..peace^^v

p/s : 11/01/2011 ; 7.02 PM

Saturday 1 January 2011

MaHar IDamaNKU~~~~~

Maharku Untukmu

Album : Single ANN Jateng
Munsyid : ANN Jateng Alief
http://liriknasyid.com




Inilah maharku untukmu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cintaku

Reff
Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

***************************************
aku suke lagu ni..
kalau aku bertemu dengan jodohku..
akan ku nyanyikan untuknya..(erkk,padahal lagu ni laki yg patut nyanyi)...

p/s>>>Belum benar-benar terbukti sikap seorang kekasih mahu pun kawan melainkan setelah mengharungi kesusahan bersama.  (1/01/2011 ; 1.21 AM)

Selamat Tahun Baru..!!! 2011

Hehe..dah masuk tahun baru dah kite..2011 mungkin tahun yang penuh dengan pancaroba...oh yeahh..!!
Aku nak kongsi cerita.. pada 1/1/2011..huh..!tarikh yang cantik..ermm..ada tak yang buat kenduri time ni??? hehe..tahniah3...!!
uittt..!berbalik pada cerita aku..pada 1/1/2011...aku dan famili telah meluangkan masa bersama bercuti atau makan angin..ermm..peribahasa tu..bukan makan angin yang nganga mulut besar-besar yea..di sini aku nak selitkan la gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang berada di BANDARAYA BERSEJARAH..MELAKA..=))



huhu..yok ronda-ronda 1 Melaka dengan RIVER CRUISE..huh..!selamat tak mabuk laut..hehe..

sekarang kita pergi ke muzium TLDM..amacam smart tak helikopter TLDM..hehe

haa..!sekarang berada di atas kapal TLDM..besar kapal ni..tp laluannye sempit sikit..macam model tak aku..??huhu..


ok la..itu jek la gambar yang aku nak kongsi..hehe..
sebenarnye banyak tempat yang kami lawati sepanjang berada di Melaka..seperti A Farmosa , Muzium Melaka, lepak kat Dataran Pahlawan, naik River Cruise dan mana tah lagi..huhu..


Ermm..untuk itu,aku ucapkan selamat tahun baru dan hadapi ujian dengan senyuman..JOM CUTI-CUTI MALAYSIA~~.. (11/01/2011 ; 7.02 PM)