Tuesday 27 December 2011

Sosialnya minggu ni~ part 2

Assalamualaikum..

peepppp..peepppp..aku nak sambung entri sosialnya-minggu-ni yang aku tulis sebelum ini..

nombor berapa ek?? jab jab, aku usha jab....teheeeee..=D

ohhh..nombor 4

4. Pergi Canglun 23hb 12.
Akhirnya aku pergi juga Canglun teman member aku, sebab dia nak pergi beli seluar. Sekejab je pergi keluar jam11 balik jam2 ..orang nak solat Jumaat time ni..
Nak cerita la, masa balik kami 3 orang naik la teksi, Pak Mail punya teksi, selalu gak aku naik teksi Pak Mail tu, steady je dia hantar sampai Eon. Sampai je kat Eon, aku terus keluar kereta, geng aku sempat la menghulur wang tambang. Aku tengok Pak Mail tu terus letak kat dalam box depan. Aku tanyalah kawan aku, dia bayarkan ke tidak untuk aku, dia jawab tidak..keh keh keh... apa maknanya itu??? yahoooo!!!

5. Penang!! 24hb 12
Haa..! story perjalanan kami nak pergi penang amatlah panjang..jadi korang layan je baca sampai habis.
Kami bertiga, Umi, Cda dan Aku, gerak dari UUM jam10.45 menaiki kereta waja auto, umi  yang drive. Aku best la, landing belakang sorang-sorang. Besar, best best best..!

Sampai kat rnr Gurun, aku rasa kereta ni macam bau laksa. Masuk je rnr, terus jem.. kereta berasap, enjin rosak~~.alahai..keseronokan yang sementara. Terima kasih la dekat pakcik-pakcik yang membantu kami semasa di Gurun. Kereta kena hantar bengkel.

Penat woo menunggu owner kereta sampai kat bengkel. Jadi kami usha-usha la pekerja-pekerja bengkel buat kerja. Owner sampai, diskusi bermula. Kereta waja tu tak boleh bawa laju, temperature masa Umi bawa dah over limit, sebab tu enjin panas dan rosak. bla..bla..bla..

Owner bagi kereta kancil manual..manual! apalagi..aku la yang kena drive!..alamak!! konon nak lari daripada bawa kereta, last last aku juga yang kena bawa sampai Penang. Selamat best Kereta kancil, brek, gear, steering.. ok r.. (serius kali terakhir aku drive masa bulan puasa)

Aku ketar la juga masa drive, gila lama aku tak pegang steering. Alhamdulillah selamat sampai.

Sesat juga la kami nak menuju ke Batu Feringgi, termasuk kawasan Taman Botani. Alang-alang sampai taman tu kami pun snap la 7-8 keping gambar..hah hah hah..

Perjalanan diteruskan.. sampai juga Batu Feringgi, tapi punyalah payah nak cari parking dan kami tak tahu mana 'ibu' Batu Feringgi tu..Rupanya, sepanjang jalan tu adalah 'ibu'..

Selepas berjam-jam dalam kereta dan tak makan dari pagi, kami pun bedallah nasi ayam kat batu tu..boleh la.. Lepas tu, show time!! main la apa lagi~~  
gambar-gambar di Batu Feringgi

best tempatnya, kalau kita explore lebih dalam, dan kalau kita punya banyak masa. heh heh heh..! next time i'll came again Insha'Allah.. with my family maybe.. ^_^.v

p/s> lalu jambatan Pulau Pinang! lalu jalan tengah je..hah hah hah.. kereta kancil tak sedar diri, patutnya lalu belah kiri..kui kui kui..XD

Friday 23 December 2011

Sosialnya minggu ni~

Assalamualaikum..dan salam 1 Malaysia..

Lamanya tak update blog..hehe..aku sihat je, cuma tiada benda untuk aku berkongsi di laman ini. Tapi sekarang aku ada benda nak share.. just continue your reading..

minggu ni banyak sangat aktiviti yang aku join bersama-sama sahabat UUM.. apakah?

1. Bowling Dublin..  19hb 12
gambar atas..muka-muka pemenang..yang bawah, skor aku untuk game ni..ermm..agak corot, sebab aku tak penah main bowling, sebab aku tak suka..hah hah hah!..asyik masuk longkang ja..angin gak la main natang ni..huhuhu..=X tapi best..ajak la aku p main lagi..plizzzzz~~~~

2. Swimming Dublin (Family Day) 21hb 12

sumpah best!..hahahaha..terbaik!..aku dah lama tak berendam memalam.. ada game time ni, dan aku group nombor 2. Dapat nombor 2 juga secara keseluruhan daripada 6 kumpulan...best!..Melayu, Cina dan India bersatu, main game sesama..sweet memories la..

3. Pergi Jitra 22hb 12
layan Songlap Movie kat pawagam Jitra.. on da spot punya plan..terbaek! sebab pergi secara spontan. Yang bestnya turun bilik jam 3.30pm, bus mara liner terus ada, time nak balik pun sama juga..tak payah la sesusah tunggu bus lelama..hehe..nak tahu cerita songlap lagu mano keno la hgpa semua p tengok..kalau tak usha blog member yang 'sekepala' dengan aku ni..meh klik sini

4. 23hb 12..Insya'Allah nak p Canglun pula..
projek ni belum tahu lagi akan kejadiannya sebab masa aku tulis entri ni  jam 2.19am...target nak p jam2.30pm..ha..tunggu jela hari siang..

aku ceita ni sebab, korang tengok tarikh-tarikh di atas, berderet..sosial betul aku minggu ni..huhu..tapi sosial aku bukan dengan lelaki, tetapi sesama perempuan..bukan sebab aku lesbian ke hape ke..sebab kengkawan aku semua ni adalah sempoi!..heh!

p/s>> kelas dah banyak yang batal, petanda exam dah nak dekat..gud luck..moga semua berjaya dengan cemerlang.. dapat 3.00 pointer ke atas..Insya'Allah..

Wednesday 7 December 2011

Happy Birthday Nazurah!!

Selamat Hari Lahir, moga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah...

Terima Kasih!!..

ucapan yang sering aku dapat dan baca di laman fesbuk aku.. Aku sangat hargainya ^_^

7/12/SETIAP TAHUN adalah tarikh keramat dimana aku menyambut peningkatan umur aku.. Dah besar dah anak dara incik abah dan puan emak!..suka!! ><
thank you danbo!..
***********************************************************************
pada jam 12.45 am lebih kurang.. aku yang baru balik discussion dekat PKP, penat ni!..tetiba ada orang ketuk bilik aku.. dan..

"happy birthday to you, happy birthday to you"

muka aku..blur, agak terkejut gak la..

mereka bagi aku hadiah... kotak tu ringan saja.. beria-ria mereka suruh buka.. dan..
CIK LI!!!!!  eeeeeee.....geli soit!..bagi aku lipas!! adehh...lepas tu boleh pulak di letaknya kat aku..melompat-lompat la aku!..
Galak gila dorang pakat gelak..suke noh! siap la korang..aku bagi chipanzi karang!..ciss..
Yang tak boleh bla tu, sempat pula mereka rakam aksi-aksi aku..
hahaha...terima kasih..aku sungguh terharu...=,="

tak pe..aku pasrah, sebab ini merupakan sem akhir..mungkin..untuk aku sambut bersama rakan-rakan UUM..

terima kasih bagi kek, sedap sangat!..
tapi hadiah korang aku tak boleh simpan, sebab lipas tu dah lari..eeeeeee...wekkkksss...

terima kasih semua Azila, Deeja, Yani, Ayu.. best woo..

lepas tu pakat-pakat siapkan assignment.. dan bersiap sedia dengan Add drop subjek...huhu


p/s>> terima kasih juga kepada sesiapa yang sudi telefon mesej aku secara peribadi..terima kasih sangat-sangat..^_^
p/s/s>> aku benci lipas!!!