Friday 24 June 2011

kASHaf IMAni..=)

Assalamualaikum..
entri harini aku nak story pasal sebuah telemovie yang aku kira paling best la..gila sedih aku tengok cerita ni. tangkap leleh..penuh keinsafan dan dalam cerita ini bisa mengingatkan kita akan kematian yang mungkin akan datang bila-bila. Cerita ni dah lama ditayangkan di Astro Ria semperna Maulidur Rasul..tapi aku baru tengok baru-baru ni sebab aku baru je balik dari sintok..huhu..home sweet home..=)

baik la, kat sini aku akan story serba sikit pasal telemovie KASHAF IMANI ni..



telemovie ni bawah arahan isma yusoof [butang] dilakonkan oleh beto kusyairy sebagai kashaf. dia merupakan anak luar nikah tetapi di besarkan oleh ibu kandungnya lakonan normah damanhuri sebagai rosnah. kashaf mempunyai seorang adik perempuan bernama shamim lakonan wan sharmila. mereka tinggal di flat di Kampung Baru Kuala Luampur. Kashaf bekerja sebagai pengedar dadah setelah berhenti sekolah sejak darjah 4. Suatu hari dia telah begaduh besar dengan ibunya dan dihalau keluar rumah.

Imani merupakan jiran mereka, anak yatim piatu dah tinggal bersama neneknya lakonan noryati taib. Imani lakonan syarifah amani mempunyai kelebihan iaitu bisa melihat roh orang mati dan koma. imani menyukai kashaf secara diam-diam. segala barang kepunyaan kashaf yang telah dibuang imani akan kutip dan simpan dalam tin biskut. [sweet sey..haha]
namun perkara itu terkantoi kerana kesilapan neneknya yang membuang tin tersebut kerana berfikir tin itu tidak berharga. [ comel time kashaf tahu]

malam selepas kashaf dihalau rumah, kashaf telah diserang oleh geng-geng farouk lakonan ungku ismail aziz. kashaf telah ditikam diperut dah nazak di tempat kejadian. kashaf koma, namun rohnya telah merayap dan kashaf boleh melihat peristiwa yang belaku sekelilingnya dimana ibunya menangisi akan dirinya, adiknya termakan kata-kata farouk. kashaf berusaha untuk membetulkan kesilapan lalunya kerana dia takut waktu untuknya akan tamat. imani merupakan tempatnya meminta pertolongan kerana hanya imani sahaja yang bisa melihatnya.

dengan pertolongan imani, kashaf dapat meminta maaf daripada ibunya kerana dia banyak derhaka pada ibunya. dan disaat itu la.....

harusla tonton seniri..haha..kat sini aku bagi link untuk kalian tengok telemovie airmata keinsafan ini.. serius gampang air mata aku mengalir..=")





aku bagi 5/5 la beb..ini cerita memang ngetop bangettt!!!..

selamat menonton dan membaca entri saya..=)

p/s>> aku suke sangat dengan beto!! dah la kacak, pandai belakon lak 2..haha..puihhh..selamat ko dah kawen bro..kui kui kui..^_^

Thursday 23 June 2011

liku-liku mau pulang ke rumah

aku>> ermm..ko rasa dah asar lom ni?
ayun>>dah la..dah kol4.45 dah..
aku>> tapi belum azan lagi..aduhh..bus kul5 kot..[risau giler]
ayun>>dah la..sembahyang jek..

******************************************************************
aku>> mana bus mara ni..dah kol 5 kot..
ayun>> sabar la..jab lagi ada la tu..

pakcik pribet>> canglun?
aku>> yup..tiket jam7 pakcik... ayun..aduss..aku ni takde duit dah ni..kalau naik keta sewa mampus aku takde duit langsung..
ayun>>tunggu jek la..kalau takde memang kena naik gak la..

[jam 5.40 bus mara pun lalu..gile lega perasaan aku..><]

******************************************************************
jam12.30
" aduhh..bus ni asal tak benti kat RnR..tak tahan dah ni..adehhh..''

jam1.12
"tolong la benti.tolong la....aduhhh"

puhhhh..lega..dah la sejuk tahap gaban..ishhh..seksa tol..

*******************************************************************
kol5.30a.m

''hello mak..dah tiba tol ayer itam"

kol6.25a.m
solat subuh, sarapan..cari bantal..lepak..zzzzzzZZZZZZZZ..

**aku sangat takut balik kali ni..
1] bus mara jarang masuk time-time intersesi ni..budak tak ramai.
2] duit dalam wallet ada RM12. jek..[beli jeruk untuk mak RM10, jadi tinggal RM2]
3] driver bus tak kesian kat penumpangnye..gler lama kot aku bertahan..=,="
4] bus sangat sejuk..menggigil aku..lagi-lagi tabung aku penuh time tu..hoho
5] yg ni aku dah tak takut.. aku sampai subuh-subuh kot..hehe..suke..^_^





Monday 20 June 2011

statistik yang happening

ho ho ho..
habis dah seksaan intersesi..now i just waiting to back home..
sepanjang intersesi ini, pelbagai jenis tahap kefahaman manusia tepi jalan yang memahami secara menyeluruh tentang statistik gunaan.
bagi aku, kefahaman aku tentang subjek ni hanyalah 75% sahaja..nak kata 100% tak mungkin la kot sebab tadi time exam pun aku ada blur-blur ayam..

aku akan merindui kelas itu sebab lectuer yang sangat best, rakan-rakan sekuliah yang hebat..=)
kenangan berjalan di tepian tasik setiap hari isnin-khamis jam 1.45pm dan pulang dari kelas jam 5pm akan aku ingat sampai bila-bila.

meredah panas, ribut, hujan, dan kilat bersama nonoi memang adventure r..haha..

aku harap segala usaha aku sepanjang intersesi ini berbaloi..INSYAALLAH..=)


p/s> aku admire seorang dalam kelas 2..haha..lors nothin..kui kui kui..thailand mari!!!

Wednesday 15 June 2011

aku tahu kau suka dia

eleh, ko tak payah nak tipu aku la..sebenarnya kau suka dia..terus terang la weyy..geli aku dengan kau..! ujar sa'odah kepada limah.

aku tak suka dia..serius!! tolonglah percaya!! macam mana aku nak suka dia. dia suka cari pasal dengan aku. dia kalau cakap, buat sakit hati aku je..orang macam tu, kau kata aku suka??!! marah limah.

ketenangan petang hari terancam dek kerana kata-kata sa'odah kepada limah. mereka sahabat karib, segala rahsia mereka kongsi bersama. Ismail, lelaki yang diperkatakan merupakan teman sepermainan mereka. Ismail atau 'mail lambung' gelaran yang diberi kawan-kawan sekampung merupakan seorang lelaki yang memiliki rupa paras yang kacak,memiliki kumis yang nipis dan mempunyai lesung pipit apabila dia mengukirkan senyuman. ramai anak dara di kampung mereka, kampung limau nipis meminati mail lambung.

'sudah la limah~ dari gerak geri kau terhadap mail, aku tahu kau memang suka dia', agak sa'odah

'kenapa kau suka kata yang aku suka dia? ke sebab kau yang sebenarnya suka dia. kau nak tahu jawapan aku supaya kau lega? uji limah.

'ishhh, choi choi choi! aku suka mail??!! tolonglah limah! mana ada...~~~ muka sa'odah kemerahan menahan malu.

'ermmm, kenapa kau gelabah semacam je? betul la tu~~ sa'odah.. aku terus terang, aku memang suka mail, tapi hanya sebagai sahabat aku, kitakan membesar bersama, jadi macam geli je kalau aku ada hati dengan mail. tapi kalau kau, aku tak tahu la..huhu..' perli limah

'erkk, erkk..sebenarnya..sebenarnya..aku memang suka dia pun limah.. aku tak tahu la kenapa, tapi bila dia ada dengan aku, macam kena panahan arjuna je, jantung aku..pehh..tak payah story la limah, gila debar. dan aku jeles kalau aku nampak dia bersama kau..

*************************************************************************

hoi mail!!! jerit limah.

alamak aiii, tomboi kampung dah mai..ha, apa hal kau terpekik terlolong ni!??? perli mail sambil melemparkan tali pancingnya.

'apa kau kata aku? tomboi? kurang asam boi betul la kau ni mail..! ciss..[sambil tumbuk bahu mail] takde la, aku saja je nak lepak dengan kau..kau ni takde kerja lain ke selain memancing?? tanya limah.

'ahh, kau..! macam tak tahu kehidupan aku...kau kan bini aku, jadi kau mesti tahu apa minat aku..eeee..kau ni pehal tetengah hari buta cari aku? aku tahu la kau rindu, tapi petang-petang la sayang~~ kata mail sambil buat muka seposen

'oii, geli siot kau panggil aku macam tu..eeee..wekksss! takde la, aku nak tanya kau something ni.. aku pun dah nak naik cuti dah ni. esok aku dah balik kota lumpur..aishhh, rimas aku nak hadap manusia tepi jalan yang tah apa-apa tah.' omel limah.

' kau ni banyak sembang la der..ceciter direct pehal kau jumpa aku ni? ganggu konsentrasi aku nak pancing je' kata mail sambil duduk di sebelah gadis manis berperwatakan ganas tetapi masih mempunyai kecomelan yang membuatkan dia terasa tenang bila bersama meskipun kerap bergaduh.

**************************************************************************
kringgg..kringgg..kringg..
hello.
yes, limah speaking..
owhh, mail! ha, pehal kau telefon pepagi ni. aku kat pejabat ni..
haa.. nak jumpa??
baik baik baik..jumpa kau jam12 dekat KFC.. kau belanja aku tau! haha..

**************************************************************************

' sa'odah, ada orang datang merisik. ni gambarnya.. mak tak cakap apa-apa la, sebab mak tunggu keputusan kamu' ujar mak sa'odah sambil memberikan gambar orang yang datang merisik.

' mak, saya terima je mak keputusan mak.. saya tak bantah, kalau mak rasa ini yang terbaik, mak teruskan la.' kata sa'odah tenang, gadis putih gebu yang mempunyai alis mata yang menarik menundukkan wajahnya menerima jejaka yang datang untuk menyunting dirinya.

' nak..betul ke? baik kamu fikir masak-masak sayang..memang mak suka budak ni, tapi kalau mak saja yang suka tapi kamu tak suka, tak boleh juga sa'odah' manis kata-kata puan maimunah.

**************************************************************************
apa??? kau biar betul mail.?? kau hantar rombongan merisik?? kat sapa?? tanya limah terkejut.

'ishh, kau ni..slow r sikit volume suara kau...malu doh orang tengok, dah la lepak kat KFC..ingat kau nak bawa aku dating kat KLCC ke..ishhh..iya, aku hantar rombongan.. aku harap sangat dia setuju..dah lama aku tunggu dia..

'iye la..tapi siapa?? alamak aii...ok apa KFC, 'K' juga kan..KLCC, KFC..haa..'K' kan depannya..'limah bikin loyer buruk..

'adalah..mana boleh bagitahu kau..' uittt, jadi akaunting aku. kau kerja dengan aku jadi akaunten. please please please..pujuk mail mengharapkan limah bekerja di syarikat perternakkannya. ismail merupakan perternak ikan keli yang berjaya,di samping itu dia juga mempunyai sebuah kolam untuk para pemancing untuk memancing. pendapatannya dapat memenuhi impian kedua ibu bapanya menunaikan haji.

'haa..kerja dengan kau?? ishh, nanti- nanti la.. aku sayang dengan company aku yang sekarang. kalau aku dah bosan nanti, aku kerja dengan kau, jadi akaunten kau..ok??

***********************************************************************
termenung limah mendengar perkhabaran itu. sa'odah akan bertunang hujung bulan ni. dia membaringkan badannya di sofa yang empuk yang dibelinya di ikea.

'aku sebenarnya dah merisik seseorang ni untuk jadi isteri aku. aku sebenarnya dah lama sukakan dia. dan aku harap sangat dia setuju, dah lama aku tunggu dia..' ujar mail tenang sambil meratah ayam KFC.

' ahh..tak mungkin mail dengan sa'odah..tak mungkin..arghhh..!!! ermmm..' limah seakan tidak tenang dengan perkhabaran sa'odah ditalian yang dia terima petang tadi dan kata-kata mail bahawa dia telah menghantar rombongan meminang pada tengah hari tadi.

'erkk, kenapa aku serabut ni? biar la mereka bersama.. aku bukan suka mail pun, asal nak gelabah pula..?? limah cuba untuk menenangkan hatinya yang tidak keruan.

*****************************************************************
' limah terima mak, tak kan limah nak tolak pulakan. lagipun limah dah berusia pun mak, sa'odah pun dah nak kahwin, jadi limah serahkan segala-galanya pada mak. kalau takde apa-apa limah balik hujung minggu ni' ujar limah kepada emaknya di telefon.

limah tidak mampu menolak lagi.. kalau dia  menolak pinangan orang terhadap dirinya, dia mungkin tidak akan berumah tangga sampai bila-bila kerana sudah tiga pinangan dia tolak dek kerana tidak bersedia menjadi seorang isteri. untuk kali ini, limah terima kerana sahabat karibnya turut mahu menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. sementara itu, dia tidak mempunyai kekasih hati. oleh itu, dia menerima pinangan jejaka yang tidak dia kenali. limah percaya, walaupun tiada cinta, rumah tangga tetap akan bahagia kerana kepercayaan dan kesetiaan. akan dia bina cinta terhadap bakal suaminya selepas berumah tangga.

*******************************************************************

'hahahaha.. aku ingatkan tunang aku ni raja dari england ke.. rupanya engkau....~~ hahaha' gelak limah

'ermm, yela saya sedar siapa saya, dah la muka macam buntut kuali, badan kerempeng.. yela yela...saya tak kacak macam shahiezy sam, tapi saya tahu. saya hensom macam aaron aziz..hehehehe' mail memuji dirinya.

'erkk..geli jek..hahaha..nak amik kau!
' adoiii, apa ni cubit-cubit ni. sakit la..'

'mail... kenapa aku? kenapa kau nak aku jadi isteri kau? kenapa bukan sa'odah? akukan ganas, suka pukul kau, suka buli kau.. ahh, kau yang selalu buli aku..ermm..kenapa ekk?? bagai peluru yang banyak ditujukan pada mail

'sebab aku suka kau. memang kau ganas, tapi dalam ganas kau ada kecomelan. hehe..aku perasan tu, sebab tu aku suka gaduh dengan kau. walaupun kau macam ni, kau pandai masak.. tak macam sa'odah, lembut je tapi masak gulai ayam pun tak reti. hehehe.(sempat mail memerli sa'odah) sebab tu la mail sayang sangat kat limah' terang mail sambil memandang limah tepat di mata. pandangan itu dan kata-kata mail membuatkan limah terpaku dan terharu.

'terima kasih.. saya pun sayang kat awak' merah menyala muka limah meluahkan isi hatinya.

ya, limah memang sudah lama mempunyai perasaan terhadap mail, tapi dek kerana keegoannya dan sifatnya yang brutal membuatkan dia memendam rasa.

'apa barang cintan cintun. geli siak!! kalau ada yang nak main cinta dengan aku, memang aku luku pala dia' tegas kata-kata limah kepada mail dan sa'odah pada suatu ketika dahulu di mana mereka melepak bersama di warung pak jabit.

'sayang..sayang..apa sayang berangan ni..sayang~~~' sambil memukul perlahan bahu limah.

'haa, takde pape la sayang, saja teringat zaman muda mudi. hehehehe..jom balik dah petang ni' ajak limah.

*******************************************************************
'kan aku cakap. kau tak nak percaya.. aku tahu kau suka dia..' perli sa'odah

'haha..masa kau cakap, memang aku takde feeling kat dia la odah oiii...suka sikit-sikit ada la..hehehe' limah hanya mampu sengih mendengar perlian sa'odah.

'hahaha, aku dah lama kawan dengan korang la wey, dah lama.~~ aku dok perhati je, kalau korang bergaduh mesti kiut..haha..sebab tu aku harap sangat korang bersama.. memang, dulu aku sikit cemburu bila tengok korang bersama, tapi sekarang aku dah pun bertunang..hehehe..nanti bolehlah kita bersanding bersama-sama..' riang kata-kata sa'odah.

******************************************************************
menung apa tu sayang? dakapan erat mail singgah ke pinggang limah. sungguh hangat pelukkan suaminya ini sehingga limah terasa tenang dan aman.

'takde apa, saja ambil angin segar..abang.. saya dah decide untuk jadi akaunten abang mulai sekarang' ujar limah terang dan lembut.

'betul ke? hehehe..terima kasih sayang..ni yang abang sayang sesangat ni..' ciuman hangat mail singgah di pipi dan dahi limah..

*******************************************************************
bahagia hingga ke syurga.



Tuesday 14 June 2011

make up


KALAU ADA MASA, AKU AKAN MAKE UP KASI VOUGE AKU PUNYA BLOG NI..
KALAU ADA MASA, AKU AKAN TAMBAH PENULISAN AKU
KALAU ADA MASA, AKU AKAN FOLLOW BLOG- BLOG MANUSIA TEPI JALAN
KALAU AKU ADA MASA LAAA
HIDUP MATI JODOH REZEKI NIKMAT DAN SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
TUHAN YANG PEGANG!!
ALLAH!!
BUKAN ABANG LONG DAN TUMULAK YANG PEGANG
JADI JANGAN NAK LANGSI
KARANG AKU TIBAI SEKOR-SEKOR!!!

MOTIF
SAJA NAK TAMBAH ENTRI..
TAPI
RENUNGI LA NUKILAN AKU TU..
ADA MAKSUD TU SEBENARNYA
BAGI MANUSIA TEPI JALAN YANG BERFIKIR

Himpun dalam satu tarikh

korang mesti tahukan blog lama aku dah kena remove..jadi segala artikel atau penulisan aku yang aku tulis telah dihimpunkan dalam satu tarikh..ini bermaksud dalam bulan Mac, korang bolehlah membaca segala hasil nukilan aku sebelum-sebelum ni..

ingat blog baru semua baru, macam baby baru lahir laa..tapi kerana sayang akan post-post yang dulu dek kerana terdapat pengalaman dan pengajaran yang tersirat disebalik kejadian, jadi aku decide nak simpan hasil penulisan aku dalam blog baru ini..

harap korang faham la yea..sayang wooo..manyak peristiwa suka dan duka yang dilalui oleh manusia tepi jalan bernama NAZURAH ADILA...huk huk huk...
 kerana manusia tepi jalan, aku masih di sini
******************************************************************

ok kita story lain pulak.. untuk pengetahuan manusia tepi jalan, aku sekarang sedang menjalani sesi intersesi..
ape tu intersesi..??? aishhhh..korang cari la seniri..=,=

dalam tempoh belajar selama sebulan..[tak sampai sebulan tapi hampir-hampir] aku study statistik gunaan..ok fine..! senang subjek tu..haram jadah betul la..asal la time aku ambil subjek ni dalam sem, aku langsung tak paham sepatah haram??!!!! gila la..ni yang wa nak marah ni..! membazir money wa jek nak ambil balik subjek ni..bukan senang sangat..tapi boleh la score untuk lulus at least B+.. tapi mungkin salah aku juga la..sebab memain jek masa dalam sem..huhuhu..><

lecturer yang ajar subjek ni memang sempoi, dia ajar punya la faham, kalau tak faham pun sebab bab ANOVA dan CHI SQUARE..gila susah bab 2..aishhh..=,="
dalam masa yang singkat [kalau dibandingkan dalam sem] beliau explain detail, bagi latihan banyak, selami jiwa pelajar-pelajarnya..very good!!~~~~~~~~~~ baru kami faham macam mana nak setelkan masalah pengiraan.. thumps up for PN SYARIPAH SOAAD!!! love her so much la..[ jangan love-love sangat yea nazurah, kalau final tak boleh buat juga, sama jek la weyyy]




eh eh eh..lecturer saya perempuan la kenapa gambar lelaki?? hehehehe..malas nak cari..creadit for google search..

p/s>> hari ni ada kuiz chi square..tak study pape pon..=,=
mata bengkak gara-gara nonton drama syurga ramadhan [maklum la nak pose dah] sedih gila cerita 2..aishhh...bengkak-bengkak..

bertemu kembali

mungkin masih panjang jodoh aku dengan blog..dan mungkin aku ni memang di takdirkan untuk jadi blogger sepenuh masa.. untuk makluman semua..blog lama aku sempoi-selalu.com ada problem dan telah pon di remove..jadi..atas jasa baik sahabat saya cik ummi ikhlas jadi terciptalah blog baru saya..
isi kandungan blog ini sama saja dengan blog saya yang lama. cuma tak serupa la..sayang ooo blog lama wa sebab dah banyak yang wa tough up..kasi make up lelawa..tapi ape boleh buat..dah tak de rezeki nak bersama dengannya..hahaha..kepoyoan aku terserlah..

aishhhh..aku ni..sekejab bahasakan diri saya, sekejab aku sekejab wa..tak pe..yang penting korang faham story  yang aku nak sampaikan..wakakakaka..

ok ok ok...untuk aku..

SELAMAT KEMBALI BERBLOGGING!!!!!!!!

P/S>> kena cari semula rakan-rakan follower aku..=,= APTB!!!!