Friday 30 September 2011

Converse bikin aku sasau..

Sedang aku belek-belek fesbuk, sekali aku nampak album converse..
serius wei, cun gila dia punya design.. sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar kasut yang di tayang..
tapi minat aku lebih kepada Converse..

bagi aku kalau pakai kasut tu..
sempoi!.. simple design.. ringan, senang nak menapak..!
rare beb kasut converse ni.. masa sekolah pun aku pakai kasut converse jugak..tapi kaler putih..
dan aku juga suka lihat manusia-manusia tepi jalan pakai kasut Converse ni tak kira la high cut ke tak.. memang nampak kesempoian dia la..

lagi satu yang aku suka pasal kasut Converse ni..kasut ni senang kering kalau basuh, berbanding kasut Nike.. ye la, guna kain nipis je, tak tebal-tebal macam Nike..

tapi aku rasa kasut Converse kalau tak basuh dan dibiarkan kotor baru ada stail..hehehe..

kasut yang ditawarkan juga boleh dipakai tak kira jantina.. jadi awek-awek tak perlu malu pakai kasut ni..heh! aku pun suke tengok awek-awek tepi jalan pakai kasut Converse berbanding pakai heels ni..buat sakit kaki jek..( aku tak pandai pakai kasut tumit bagai ni..)

Jom usha gambar kasut ni..


ha..pilih r korang nak mana..

kalau pakai kasut ni, tak payah sesusah beli stokin.. kalau pakai  skirt or seluar pendek pun takde hal sebab kompom tak nampak lutut..hehehe

ha..siap ikut design bendera lagi tu, kalau bendera Malaysia..mau kena bakar n boikot syarikat Converse..

kasut untuk baby pun ada.. kiut sey..

amacam..? stail tak taste aku? kasut Converse kalau ori mau sampai beribu..kalau tak mampu just beli jek kat pasar malam.. janji ada jenama Converse.. orang bukan tau pun.. >_<



Sunday 25 September 2011

Basuh Kain

heh! hari-hari basuh kain, kalau tak basuh nak pakai ape..ye dak?


Kalau ada kat rumah, senang sikit.. guna je mesin..kalau bukan aku yang basuh baju-baju harian, incik abah la yang basuh...sebab beliau sangat rajin...balik jek kerja, mesti isi air dalam mesin basuh..letak sabun, putar.

Itu kalau dekat rumah, kalau kat kolej.. mau patah der tangan aku duk mengental baju-baju.

Aku ingat lagi, 1st time aku duduk kolej.. rendam baju satu hari dalam baldi, tinggal dalam bilik air.. esok nak basuh, euwwww...busuknye baju..eee..ada cik li (lipas)!!! geli geli geli!!!!
pasrah jek la..lepas tu nak berus tu..erkk, mana ada berus baju..kalau berus kasut ada la..=,= haremmmmm...
ape lagi, pinjam rumate punya berus la..dah la baru kenal, tapi dah pandai pinjam-pinjam barang..=,=

Lepas tu aku, kalau basuh baju mesti mengah (penat), sebab baju aku setimbun.. tapi baju sepasang pun aku kekadang mengah jugak..pasai pa ya?
ye! aku dapat jawapannya.. daripada pemerhatian aku..budak- budak yang basuh baju semuanya berus dengan lemah gemalai..tak kuat sangat..
tapi aku, berus baju macam kat baju tu ada lumpur je..patut la kebanyakkan baju aku (baju kurung) tercarit-carit, ada yang koyak jugak..=,=
betapa ganasnya aku basuh baju..ish..ish..ish..

Tapi itu kejadian 2 tahun lepas.. sekarang aku dah pro bab-bab basuh baju.. basuh tetiap hari, tak penat..cool jek rasa..lepas tu, kalau basuh tetiap hari, ulangan baju yang kita pakai adalah lebih kerap.. jadi kita akan berjimat dalam pengeluaran wang untuk beli baju baru..keh keh keh..

Ah ah..kejab..kat kolej aku ni ada mesin basuh jugak..tapi dah rosak, kalau ada pun aku tak guna beb, jimat...sekali guna RM2..heh! mahai..!


Friday 23 September 2011

lelaki terkacak..

Sape yang tak nak dengan lelaki kacak kan?
Semua orang nak. Termasuk la aku..hehe

Aku nak story pasal lelaki kacak ni sebab sepanjang hidup aku, aku rasa beliau adalah lelaki yang paling kacak r..dan tiada tandingannya..itu menurut aku la, kalau korang, aku tak tahu dan aku tak nak amik tahu..hehe

Beliau ni, sepanjang aku kenali, beliau seorang yang lemah-lembut, walaupun nampak garang.. yela, kerja askar ATM tu, tegasnya lain macam.. Kalau bab pelajaran, aku tengok beliau sangat tegas, mana taknye.. anak-anak beliau semuanya macam hantu jek aku tengok.. pernah aku perasan beliau sanggup beli ubat kecergasan otak untuk anak-anaknya yang tak la bebal sangat tapi cuma pemalas jek.. heh! ape la nak jadi dengan anak-anak beliau tu.

Aku pernah dengar la, beliau kena berkhidmat di Sarawak, isteri beliau sedang sarat mengandung, tapi tak duduk dengan beliau, isteri tinggal di rumah keluarga mertua beliau di Johor untuk bersalin..
Beliau dapat anak perempuan, tapi tak pernah berjumpa dengan anak tersebut sehingga usia anak perempuannya 2tahun..lama kan..tapi yang herannye, anak perempuan tu tak takut, tak nangis pun bila beliau dukung, peluk, cium..memang kacak r beliau ni..si anak macam tau-tau jek yang peluk dia tu abahnya..hehe..

Selain tu, kekacakkan beliau memang makin teserlah bila beliau mengajar anak perempuannya menunggang basikal untuk kali pertama.. so sweet..! si anak takut-takut tapi si abah steady jek.. Lagi kacak bila anak perempuannya mengamuk, beliau suruh anak perempuannya keluar rumah dan beliau kunci pintu.. perghh! aku cakap sama korg la..memang tegas betul beliau ni.. tapi kacak!
si anak, bila tidak dibenarkan masuk ke rumah, ape lagi menangis la..tapi kalau dah selalu kena kunci pintu akhirnya si anak merayap..perkara ni buatkan beliau lagi risau..! hahaha..lagi la menyerlahkan kekacakkan beliau..

Bila anak perempuannya sudah menjadi gadis..Beliau suke mengusik anak gadis beliau.. Aku perasan la, beliau kalau anak gadisnya ada at rumah mesti suruh anaknya itu masak, lepas tu, kalau anak tengah syok tengok tv..di halangnya dengan berdiri depan tv..haha..kacak siot!

Lagi cerita yang aku dengar, bila bab duit beliau tak berkira walaupun gaji beliau hanya rm700-900 je..tapi aku perasan anak gadisnya tak pernah nak minta-minta..aku dengar citer anak beliau tu malu kalau minta duit dengan beliau, segan..! bagus betul la anak beliau tu..kalau aku ada anak macam tu..hahaah
Sekarang aku dapat tahu anak gadisnya sedang menuntut di IPTA..dan aku dapat tahu jugak beliau ni kerap jugak menelefon si anak tu..erm, memang ambil berat dan penuh kasih sayang la beliau ni.. sungguh kacak!

sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak tulis pasal lelaki terkacak yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku ni..tapi nenanti la yek!

Aku usha-usha sekali aku ternampak gambar lelaki tersebut disamping isterinya yang menawan tu..
jom kita kongsi!
ini la gambar lelaki kacak dan wanita menawan..
 love r mereka ini..^_^


p/s>> kita akan dapat lihat kekacakkan sesorang itu bila kita kenal dengan rapat..^_^

Thursday 22 September 2011

pemasaran menyebabkan semangat nasionalisme nipis

Salam peeps!

Haa..tengok tajuk di atas..ape yang korang fikir?
Masuk aku ke dalam kelas tadi dan pensyarah menyatakan kenyataan itu..


Pada aku ada betulnya..

1) sebab pemasaran la, produk luar mendominasi pasaran negara ini, sehingga produk dalam negara terpaksa berhempas pulas untuk memenangi hati pelanggan/ pengguna.
contoh:: kalau di beri pilihan Nokia buatan Malaysia atau Nokia buatan Finland, mana yang jadi pilihan korang walaupun ditawarkan harga yang sama? survey menunjukkan Nokia buatan Finland akan jadi pilihan sebab dari luar negara dan tak percaya buatan Malaysia. kalau aku pun pilih Finland sebab dah tentu Nokia dari Finland..kehkehkeh!

2) sebab pemasaran la, negara luar kaya dan negara sendiri slow dari segi ekonomi.
mana taknye slow ekonomi negara kalau pengguna dok beli barang luar negara jek.. mee segara pun bukan nak beli jenama  tapi lebih kepada SEDAP..  hehe..aku pun beli SEDAP sebab murah..tetttttt...

3) sebab pemasaran la, pengguna memandang enteng dengan produk tempatan.
pengguna tak yakin kualiti barangan, kurang confident la konon kalau pakai barang tempatan..
yela, nak-nak orang kaya..mana depa usha jenama Proton, depa lebih bangga bawak Honda, Peugout..cehh, padahal tanggung hutang keliling pinggang.. incik abah setia dengan Proton..dari aku kecik sampai besar pakai kereta jenama Proton..hehehe

4) sebab pemasaran la, banyak masyarakat menganggur dan hidup susah..
ce korang bayangkan..kalau syarikat Proton bankrap dek kerana tak laku produk, banyak orang akan mati woo, makenik, tukang cat kereta, orang-orang kilang yang kerja kat syarikat tu.. dan rakyat yang berpendapatan rendah. dorang nak pakai kereta ape kalau Proton brankrap..

sebenarnye ada banyak lagi kesan-kesan negatif yang pemasaran bawa..tapi ada juga positifnya.. dan kalau tengok dunia hari ini dan negara sekarang..tak mundurkan? ha, itu la salah satu tanda positif pemasaran..

akhir kata, support la barangan buatan Malaysia, atleast you must have 10 merchandises in your home..
tak salah laburkan wang ke dalam negara, negara yang untung.. kalau nak melancong pun, melancong jek dalam Malaysia..banyak ape tempat menarik..

gotong la royong , kelapa??!

hah hah hah!
hari ini jam 9 malam..kami seluruh warga blok D dublin DPP EON UUM akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kediaman..


"mintak-mintak la tak dapat tandas"

"bilik 214, 215,216 cuci tandas belakang"

"aduh, masuk pulak bilik aku, nasib la labu"

operasi membersihkan tandas bermula..perghh, aku kat rumah tak pernah la nak cuci-cuci tandas bagai, mai UUM, amik ko, part ni yang dapat..lenjan jek la.. berus punya berus..setel..aii, gampang..takde la kotor sangat tandas tu, tapi dah nama pun tandas, jadi dah setrotip la pasal benda-benda kotor ni..
best jugak basuh tandas..dapat main air, sabun taruk bebanyak..selamat tak jatuh..huhu..

ok setel operasi memberus, mencuci tandas.. aku, rumet, jiran terbaik aku, ayu, dijah, dan yani menjalankan operasi mengait/ menjolok buah kelapa..

hah hah hah! untung pokok kelapa dekat dengan bilik dijah dan ayu, dekat wings..jadi aktiviti gelap kami takde la terdedah sangat..

ape lagi..jolok r..mula-mula pakai kayu mop..hai,haram tak jatuh kelapanye..siap panjat kerusi lagi..
pastu jumpa galah..lanyak r..dapat la kurang lebih 15 bijik... paling banyak yani dapat around 8-9 biji kelapa...rumet aku dapat 3, ayu dapat 5..aku..haram jadah aku jolok tak nak jatuh..ishh..memalukan..!
jadi aku dengan dijah just tukang kutip jek la..hahaha..jadi la kan..

eh eh eh..KB datang..! ingat nak marah sebab ambil buah kelapa, sekali dia pun join sekaki..heehe..syok r..penat-penat gotong-royong bantai kelapa..manis isi dia, air pun sedap..hahaha..

kalau nak kelapa mai la DPP EON..hahaha..UUM SINTOKI..



p/s>>mesti monyet-monyet heran sebab buah kelapa dorang tinggal sikit..

Wednesday 21 September 2011

Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
takdir hidup 'kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini



Source: http://liriklaguindonesia.net/o/opick/opick-tiada-duka-yang-abadi/#ixzz1YVkloVWY

Tuesday 20 September 2011

semua kena explain!

ermm..mood aku sekarang kureng stabil la..

kenapa ada manusia yang tak suka research ape-ape bahan atau benda yang dorang dapat..
aku bengang betul la..dah la malas nak research, pastu orang dah terangkan dengan excited boleh dorang buat endah tak endah..ape celop!!! kang aku maki hamun dorang kecik hati.. yela kengkawan kan..! tapi agak-agak la..
kalau dorang bagi something kat aku, contoh link web ke hape ke, aku tengok ape yang dorang bagi, takde aku dok tanye..
ni ape bende ni?
ada movie ape jek ni?
erm, best ke ni?

hoii!!!! come on la dude babe! korang punya pertanyaan ni buat aku menyampah tau!! dah la mintak sesuatu link kat aku, aku kasi pastu boleh tanya soalan merepek meraban..just look what i give la..jangan nak tanya aku jek..tengok, bukak link tu..! bongok!! aduhai... ni yang aku nak terajang jek seko-seko ni..
kalau aku explain panjang lebar, boleh pulak akhir kata..
erm, aku busy dengan fesbuk la..
macam tak best jek..
aku nak main game dulu r..

badigol!!! kalau perangai kau macam tu jangan la sibuk-sibuk tanya pasal movie ape yang best, story ape yang menarik..baik korang lain fesbuk dengan game korang! CELAKA!
pasni jangan harap aku nak bagi korang link movie ke hape ke..sory to say badigoll!!!!

p/s>. sory la sape yang terasa..

kenapa dengan aku ni??!!

aku bangkit dari pembaringanku..mata aku masih tak mengantuk..jadi aku buka laptop dan terus menaip ke ruangan blog ini..

kenapa la dengan aku..tetiba teringatkan dia..yup..dia, dah lama aku suka kan dia, walaupun banyak lelaki yang pernah aku suka, tapi dengan dia ni lain sikit.. aku dah lama kenal dia, sejak sekolah lagi, tapi hubungan kami masih lagi tahap kawan..
aku kalau bagi nasihat dekat orang lain pasal perasaan memang nombor satu r..tapi perasaan sendiri tak reti nak handle, ape celop!!! heh..payah la, dia ni lain r..kalau aku dengan dia, aku mesti berpure-pure cool padahal dup dap dup dap! aishh..
kalau dengan lelaki lain tak pulak walaupun aku suke dengan mereka..ishh..

nafasku terhenti bila melihat dirimu,
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatiku milikmu,
juga sayang padamu..

lagu nera ni..aduhh, meruntun jiwa r kalau dengar bait-bait lirik dan hayati..
aku tak boleh nak feling-feling bagai, nanti ada la manusia tepi jalan yang dok perli sakan kat aku.. mana taknye, aku ni dikenali sebagai hati kering, brutal, ganas, bukan minah bunga..kalau aku post-post ayat jiwa-jiwa, mau kena gelak..
heh! manusia-manusia...
dorang tak tahu ke.. setiap insan punya perasaan yang lahir dari jiwa, setiap insan perlukan kasih sayang..normal la beb..mat rokes pun tau jiwang maa..ce korang usha lagu-lagu 80-an, 90-an..kompom lagu tangkap leleh..
ambil la hatiku danbo

tapi aku tetap chill..lek r, kalau betul dia jodoh aku, biar dia yang cari aku, tapi kalau lelaki lain yang ditakdirkan untuk aku, aku open jek..aku dengan dia just suka-suka je..hehehe..
aku tak akan jadi perigi cari timba.. biarla kita ni suke usha-usha, pemerhatian penting dan buat analisis baru bentangkan keputusan..

sebelum keputusan mintak pertunjuk daripada ALLAH S.W.T.. semuanya jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal, rezeki dan sebagainya semuanya atas kekuasaan-NYA.. jadi sebagai manusia, usaha..

p/s>> rindu kan dia..akhir temu masa raya aritu..huhu..uitt, dia tu aku minat jek..takde sape-sape pun..

Monday 19 September 2011

permulaan aktiviti untuk sem baru..

hello peeps
hehe..aku nak cerita pasal aktiviti yang aku mula-mula dilakukan bersama kawan-kawan lama di UUM..
bab pergi balik kuliah tak payah story la yek..sebab tahu dah rutin harian kami sebagai pelajar..

Aktiviti mula-mula yang kami lakukan ialah menyaksikan persembahan, perarakkan dan pertunjukkan semperna HARI MALAYSIA dan HARI MERDEKA..

serius beb..tapi aku habis kena maki dan hamun oleh teman-teman ku kerana tidak membawa kamera bersama.. heh! aku pergi pun bukan rela pun..malas aku nak jalan memalam pergi stadium.. tapi kenangkan kawan beria-ria nak pergi..layan jek la.. >,<

tapi tak rugi la pergi..best..! dapat tengok bunga api..bla bla bla..

ok...
aktiviti kedua ialah daki PUNCAK VISTA

aku bersama teman-teman yang sama matang kat UUM, 1st time naik PUNCAK VISTA..ciss..dah nak tamat baru terkedek-kedek naik..orang lain dari sem 1 dah terjah.. macam pasif sangat kami tentang aktiviti dalam UUM..
danbo sudah sampai puncak!
ok la kot daripada tak pernah nak naik...

pape pun..aku nak cakap la..

KALAU TIADA ILMU DIDADA JANGAN PERNAH SAMPAI KE PUNCAK VISTA..

Friday 16 September 2011

SELAMAT HARI MERDEKA..!

ASSALAMUALAIKUM..


kehadapan sahabat-sahabatku yang berada di depan screen komputer..hehe..
Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari Merdeka ke 54..>,<

aku bangun pepagi terus open tv untuk tengok perarakkan secara langsung di Dataran Merdeka.. suasana yang meriah dan cuaca yang panas dek kerana sinaran mentari melahirkan semangat 1Malaysia, semangat merdeka dalam kalangan manusia tepi jalan yang hadir di sana..
kalau aku ada kat sana..mau aku menjerit-jerit merdeka dan kibarkan jalur gemilang secara over acting..keh keh keh..bukan selalu dapat semangat macam itu..setahun hanya sekali merayakan hari yang bersejarah ini~~~
danbo main bunga api bukan tengok bunga api

papepun..aku sebagai generasi muda belia negara mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA (16 SEPT.) dan SELAMAT HARI MERDEKA (31 OGOS) yang ke -54..

aku harap Malaysia sentiasa berada dalam keadaan harmoni, tiada gaduh-gaduh angkara fahaman ideologi yang berbeza, sentiasa membantu antara satu sama lain, jauh daripada keganasan, kemogokkan, rasuah, penipuan dan sebarang malapetaka yang bisa memjahanamkan negaraku tercinta ini.. aku harap Malaysia terus maju dan berjaya serta disegani di segenap negara di dunia ini

Tuesday 13 September 2011

mercun kelapa!!

Assalamualaikum!

 lama gila tak menulis kat dalam blog ni..hehehe..aku sibuk menguruskan rumah tangga.. Tapi sekarang aku sudah pun kembali ke hutan Sintok..ape lagi belajar la..aku kan budak sekolah lagi..

dalam entri harini aku nak cerita pengalaman aku bermain mercun kelapa..keh keh keh..

ceritanya bermula di kampungku Parit Jawa, Muar.. masa tu raya kedua.. ape lagi dah malam-malam bosan lepak kat rumah..kami iaitu aku,adik-beradik serta kazen-kazen aku pun berkumpul kat luar rumah jam 12.00 tengah malam... heh..! apebarang main mercun jam9 malam...tetengah malam la baru ada feel..kehkehkeh..

mula-mula main mercun roket.. roket yg beso pye maa..bukan roket yang bebudak sekolah rendah main..

ini mercun roket yang dirampas..tapi ini la yg kami main..tapi ada yang besar lagi..hehehe


lepas abis main roket..perghh..lawa siot dia naik ke udara dan merjadi bunga api..kalerfull sey..haha


bermula operasi membakar mercun kelapa..yeah!..bakal kazen aku pergi usha tempat nak bakar..ok! kami bakar mercun kat dalam kebun milik atuk aku..so tak ganggu tanah jiran tetangga..

budak-budak lelaki pergi korek lubang 2kali ganda daripada buah kelapa..

lepas tu tanam buah kelapa tersebut dan bakar sumbunya..dannnnnnn....

lariiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


kebaboooooommmmmmm!!!
perghh....cantik siot!! berpusing-pusing dulu ke udara..meletop..dan bersepai serpihan kelapa itu keliling kawasan..sampai seberang jalan, kena atas atap, kereta dan kena rumah jiran..opss..!...
serius cantik! korang try la main..bunyi tak kuat macam meriam buluh cuma serpihan kelapa yang berterabur..

selepas pertunjukkan itu..kami, budak-budak laki jek..tapi aku pun ikut gak pergi ketapak tanam mercun tadi..saje menyemak nak tengok jugak..sedang cari serpihan-serpihan mercun kelapa..tetiba aku nampak sekumpulan orang jalan menuju ke arah rumah kami..

mula-mula ingat mat bangla..tetiba aku dengar 'ha, ni la rumahnye ni!" aii...lain macam jek dia punya suara..aku yang dari kebun terus bla dari situ..kazen-kazen perempuan ape lagi kelam kabut la lari..aku orang yang pertama masuk rumah..hahaha..kecoh siot dalam rumah..

ermm..budak-budak laki yang kat kebun..ape lagi nyorok la kat belakang tandas luar rumah..dekat dengan kebun..dok diam-diam..syutttttt!!...

jahatkan kami dak-dak perempuan..lari selamatkan diri sendiri,siap kunci rumah lagi..tinggal jek budak-budak laki kat luar..hak hak hak..

dalam beberapa minit kami pun keluar rumah, nak usha ape yang berlaku..heee..budak-budak laki dah shake hands dengan orang kampung tu..

cerita punya cerita..rupanya dorang tu jiran kami, dorang kata mercun tu kena kereta dorg..tu yang dorang serbu rumah kami..erkk..kalau nak serbu pun bagi la salam, ni main terjah jek..pastu dengan bertuala mandi siap berus gigi mai serang..ish ish ish.. hahahaah..lawak lawak lawak!!!....

papepun itu pengalaman yang best la sebab sepanjang kami main mercun tak pernah kena serang dengan orang kampung..budak-budak laki dah takut nak bakar mercun kelapa..hehehe...

ini la mercun kelapa yang telah dirampas oleh pihak berwajib..kalian jangan main tau..kalau nak main kena pergi kawasan yang takde orang..hehe
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..^^,