Friday 30 March 2012

Pengalaman itu menyakitkan.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang sangat sedih. Aku tak pernah kena pengalaman macam ni, tapi aku redha la, mungkin ini salah satu yang boleh aku buat "kenangan". Yela dah nak bla dari Sintok.

Aku tak pernah cari pasal dengan kau, tegur kau pun tak pernah, apatah lagi lawat bilik kau. Kenapa kau syak aku? Aku tak tahu handset kau macam mana. Sedih gila kot bila jadi suspek.

UK call aku jam 6.30ptg 28hb/3/2012. Aku tak angkat, sebab aku ingat orang mana tah telefon. Biarkan.
UK call aku lagi jam1ptg 29hb/3/2012. Aku tak angkat, sebab aku tidur.
UK call aku lagi sekali jam2.30ptg pada hari yang sama, kawan aku yang angkat, dia bagi aku.
" Nazurah, saya dari jabatan keselamatan, saya nak buat siasatan, awak sekarang dalam kelas ke?"
" hah! saya, ye saya dalam kelas"

Jam 3.30 ptg, UK jemput aku pergi ke pejabat Keselamatan.
Perasaan aku, sangat la takut kau tahu. UK tanya aku tahu tak kenapa dipanggil, aku cakap tak tahu.
Diorang siasat aku pasal kes kehilangan telefon kau. Mula-mula aku gelak la sebab lawak kot, kau kata ada orang nampak aku dalam lingkungan kul9. Aku kat kelas kot!!!!..

Tapi gelak aku tak lama la, makin di tanya, makin sedih aku. Sedih..Jiwa aku gila bergelora.. Spontan sey depan UK tu aku nangis. sampai aku cakap "kejab encik, bagi saya nangis dulu"

Dari jam3.30 sampai jam6 dorang tahan aku. Selamat encik-encik UK tu baik. Siap bagi nasihat lagi.
"jangan la nangis, kami bantu kamu ni"
"ini semua tuhan yang tentukan, awak jumpa saya pun sebab tuhan"
"hidup ni ibarat perahu, kalau tak pandai dayung, memang karam"
"saya harap awak tabah, jangan la nangis, anggap ni pengalaman, kawan awak tak pernah rasa kan?"

Yes! mereka mententeramkan aku. Terima kasih UK. =)
Balik bilik, terus aku melalak..jiwa sakit sial!..lu buat wa macam ni!!..

1st time aku nangis depan kawan-kawan kot. sampai hati kau jatuhkan imej brutal aku..><..heh heh heh!..

dan juga 1st time aku mengadu sambil melalak dengan puan emak.
puan emak bagi semangat kat aku. Terima kasih mak..

dan terima kasih kepada kawan-kawan yang ambil berat pasal aku..terharu bhai!..><

Aku harap kau jumpa balik la handset kau yang mahal tu.. Dan tegur-tegur la aku, sebab aku tak dendam dengan kau pun, malas la nak benci3 walaupun aku memang patut nak tampo kau...ngeee..

Terima kasih atas pengalaman yang menyakitkan...


Terima kasih juga pada kawan aku Fatin sebab teman aku sampai kol6..>< sayang kau la..heheheh

Sunday 25 March 2012

Adakah aku??

Dalam berkawan, aku ni pernah ke bagi harapan kat sesiapa?

contoh, 
bagi harapan, boleh tolong setelkan kerja mereka,
bagi harapan, nanti boleh couple,(bagi kawan lelaki)
bagi harapan, aku boleh menjadi pendengar setia,

macam-macam la harapan.

adakah aku?

maafkan aku, kalau perbuatan aku pernah membuatkan kalian seperti berharap sesuatu daripada aku.

aku tak sedar aku memberi harapan palesu pada korang


Tuesday 20 March 2012

Hubungan itu~

Assalamualaikum...=)

hehe..mood baik jadi nak bagi nasihat..

"Jangan kita cemburu dengan perhubungan yang haram, sesungguhnya kita cemburu dengan maksiat." Apa maksudnya? Pernah tak korang tengok pasangan yang belum nikah, pegang-pegang tangan, jalan seiringan bertepuk-tampar. Romantikkan? Ye!..memang cukup romantik, macam dunia ini dia yang punya. =)

Jeles? untuk diri ini dulu, ye! aku akui, aku kekadang jeles tengok orang couple2 ni. Best je nampak. Tapi bila aku tersedar daripada lamunan terhenti, Astagfirullahal'azim. ish3..

Aku jeles dengan maksiat? apa kena ni?? Jeles tengok dorang couple, mesra..tapi  hubungan bukan halal.
Teruknya aku ni. Rendah lagi iman aku.
" Ya Rabb, ampuni aku, sesungguhnya aku sangat lemah dengan hal berkaitan hati, kuatkan hatiku agar sentiasa jelas dan taat dengan peraturan-Mu Ya Allah. "

***************************************************************
tadi aku baca status kawan aku di fesbuk.
si polan went from being "it's complicated" to being "single".

aku komen : Alhamdulillah.
hehe..ada orang balas, "hahaha, jahat la ko Nazurah Adila Nahar"


wakakkaka. Bukan niatku bergembira dengan khabar itu, tapi itu sebaiknya..^_^

Tapi selama ni memang aku tak pernah nak "like" status orang yang ada relationship ni. "like" bermaksud, kita menyokong aktiviti itu. Tak elok naa.

Aku teringat kata-kata member aku. "ada jodoh tak kemana"


sunyi berteman sepi, tanpa dirimu disisi, menjadi penghibur hati,
Namun kini,ku pasakkan hati, pada Tuhan Rabbul Izzati, 
mengikat hati, menjadi hamba abdi, hanya pada yang Ilahi

Saturday 17 March 2012

Lesen berniaga.

Assalamualaikum...=)

Entri hari ni, macam biasa ada je benda yang aku tak puas hati.
Semalam kami ada meeting blok. Ada satu pesan daripada TKB.

"mulai sekarang, sesiapa yang ingin membuat jualan bilik ke bilik perlu ada lesen daripada HEP, ini arahan HEP "

aku mempertikaikannya...

kenapa?

Apa kena la dengan sem ni, aku rasa makin ketat peraturan yang dikenakan. Aku budak marketing..! marketing! Aku ada subjek yang memerlukan aku berjual beli. wadafakkk!!

Come on la wey..kata universiti pengurusan! universiti business. apa ni?? kena ada lesen bagai. memang! memang kalau kat dunia luar, kalau berniaga memang kena ada lesen daripada MPPJ, JKKKK Kampung, wat ever so on la kan.. Tapi ini.....damn! dah la kalau berurusan dengan HEP bukan main banyak prosedur. Kenapa HEP suka sangat buat kacau? Kenapa HEP suka buat peraturan bukan-bukan?
buat kerja aku terencat je la!..

Kang aku cakap teruk-teruk, aku hentam kaw-kaw. Kena tendang keluar la pulak..

booo betul la!.. malas sial aku dengan bangunan dalam hutan ni..buat kepala semak je..sengal!..

apa pun tak boleh!.

aku benci tahap kronik dengan tempat ni!!!...bahalol la..aishhhh...hah!

Makan dalam

Assalamualaikum.

Melayu memang pandai sindir-menyindir. Yes! its hurt bro! kalau kena..perghhh...pedih sial!..

Aku biro sukan blok. under JKPS. Kira orang kuat DPP la kan.. Aku nak story la pengalaman aku. Dan aku akui, itu memang salah aku... (Y__Y)
                                                                                                             
TKB>> kak zura, nanti cari orang untuk bola tampar yea. nanti ahad bg kat saya.
Aku>> ok!..=))

hari kejadian.

TKB>> kak zura. dah ada orang belum untuk bola tampar.
Aku>> erkk, banyak yang ada kelas ganti la, chines payah la.

serta merta aku ketuk pintu bilik penolong aku di bilik sebelah.  Sebenarnya, salah aku la kan sebab tak cari orang. sebab aku malas nak ketuk pintu sorang-sorang tanya nak masuk sukan tak. Kompom-kompom la depa tak mau. Aku kenai la pangai dak-dak blok aku.

Kes ni dah 2minggu.
Malam tadi, ada meeting blok. MT-MT sila tunggu sebentar.


depa mula la bincang apa-apa. Ok la. aku sit quiet quiet la kan. Cita punya cita sekali TKB cakap
 " kalau blok ada apa-apa program kita cari la sama-sama, ni ada yang lepas tangan. suruh cari 10 orang, dapat 2, lepas tu biar je. Bila saya try cari ada pulak orang nak join, jangan la macam tu"

aku waktu itu, hahaha..serius, aku senyum je. Gila makan dalam bro!..selamat tak mention nama. wakaka..
sape suh lantik aku jadi biro..amik ko!..aku tak hingin la jawatan tu, tapi yg hangpa dok sebok lantik aku pasai pa? aishh..

aku awai-awai nak letak jawatan, tapi depa kata, sapa dalam blok yang tak pernah ada jawatan akan dilantik. deymm!..hadap je la.

lani, dok sebok dengan perarakkan Sukuum. Mampuih!, jadi ajk makanan lak tu. memey tak boleh r.

ok! aku hape pun tak boleh..

but make it easy. jadikan pengalama..apadahal!..=))

Kesian perempuan itu...

Assalamualaikum..

Aku nak tanya. korang pernah baca novel ini.---------------------->
Kalau pernah mesti tahukan jalan ceritanya. Yang aku nak cerita kat enrtri aku bukan pasal novel ni. Cuma aku pelik, kenapa lelaki bila sudah menyukai seseorang perempuan itu, dia akan jadi seorang yang cemburu teramat sangat.?

Kenapa daripada menjadi seorang yang tak kisah perempuan itu buat apa, selepas dapat perempuan itu, terus kisah?

Ikat, kurung, tak benarkan perempuan kesayangan bergaul dengan orang lain, even best friends sendiri pun tak boleh?

Mana hak perempuan?

Aku mempersoalkan ini bukan gara-gara aku baca novel ini. Tapi realitinya memang ada spesis lelaki macam ni. "Trust", simple word but make 1001 meaning. Yes!, this girl is yous, but she not your barbie doll. She have feeling. Oh man!.

Buat apa kapel, buat apa kahwin kalau takde kepercayaan terhadap pasangan. Nak pergi pasar, tak bagi. Nak kerja, tak bagi. Memang kuasa terletak ditangan suami if kahwin. Tapi Islam ada kompromi.

Cemburu? sebab awek orang pandang. Cemburu? sebab bini cun sangat. Yes! you can protect their dignity. Memang bagus, tapi jangan sampai lelaki ikat terlalu kuat sampai perempuan itu berasa seksa dan meronta minta lepas.

Kalau terlepas, mau meraung tak hingat dunia.

Jadi pesan pada lelaki.
"cintai Allah lebih daripada perempuan anda, jika anda cinta Allah, Allah akan sempurnakan hidup anda"


Friday 16 March 2012

Bosan Tapi Suka


Tut tut..
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
"awak buat apa"
"chat dengan ko la, buat apa lagi..cehhh"
"ermm, saje je tanya khabar"
"owhhh..ok"

'Hari-hari cakap benda yang sama, bosan siot', dengus Sofea depan screen netbooknya. Diambilnya air yang sudah siap disediakan di tepi netbook. Teguknya begitu tenang, setenang air di kali.

"Hoi pia! jom discussion Finance" sapa Junaidah, teman sebiliknya.

"Aishh, ko ni, aku tengah sibuk ni" bentah Sofea.

"Sibuk bendenye, ngadap fesbuk je, ko ada pakwe apa kat dalam tu"

"Deymm!.. ok la malas layan..". Sofea serta merta logout fesbuknya dan menuju ke ruang discussion.

****************************************************************
" Aik!..tutup pulak awek ni..Erm, bosan dengan aku ke? Salah aku ke tanya khabar dia?" Amir kepelikkan.

'Takpe aku cuba lain kali la' Amir bermonolog.

****************************************************************
'Aishh, lama dah ni aku online, mana mamat ni tak tegur-tegur ni '.bebel Sofea dalam hati.

' Nak aku mula dulu ke? Arghh! mana boleh!..aku perempuan kot. Takpe r. Kau tak nak tegur sudah!.'

***************************************************************
'Ermm, dah seminggu aku tak chat dengan dia, nak chat ke tak? nak ke tak? ermm, nanti dia kata aku penyebuk pulak, dan..soalan aku mesti dia bosan nak jawab.' Amir ragu-ragu di hati.

' Arghh, tegur je la, aku rindu la pulak. Ekekeke.'

" Assalamualaikum budak!"
"Waalaikumussalam! ,oi! lama tak nampak? pecer?"
"cehh!, ko rindu aku ke"
"rindu la juga, hahaha..sihat?"
"sihat la pia, awak sihat?"
"sihat, sihat..hehehe.."

kesimpulannya....
perempuan walaupun dia bosan asyik ditanya soalan yang sama, tapi, kalau seminggu tak tegur, kompom dia akan kerinduan sama kawan lelakinya itu..hohoho..
jadi, kalau nak seorang perempuan kerinduan sama kamu, jarang-jarang la tegurnya..kui kui kui..
dan mesti lagi lama korang chatting.. pasti!..

begitu juga lelaki...=)


notakepala>>>> wa bosan, jadi wa create la story yang merepek macam ni..hentam saja la labu...~~

Puteriku Sayang

Lagu ni sangat ohsem!...hayati liriknya..jadilah wanita solehah yang mampu menggoncangkan dunia.  Sesungguhnya seorang wanita mampu membina teguh dan memusnahkan kehidupan seorang lelaki.

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya

puteriku sayang~~~

Saturday 3 March 2012

Allah always with you

Assalamualaikum..=))

Ni hao ma??

Hehe..aku harap kalian sihat-sihat sahaja..=)

Aku nak cerita pengalaman aku..di mana aku rasa sangat susah dan Allah bantu aku..permudahkan urusan ku..=)

Kelas untuk sem ini aku banyak belah petang..pada hari ahad dan rabu, kelas aku jam 12.30 hingga 5.00 petang..
Kelas dekat dkg 1, lepas tu kena bekejar ke dkg 6, habis di dkg 6, kena berebut bus untuk ke dkg 2..huh!..bukan nak merungut tapi penat.. dan aku cuba untuk terima kenyataan itu.

Dan dalam kekusutan itu, aku selalu berdoa pada Tuhan, agar permudahkan segala-galanya.

Rabu lalu, aku pergi kelas NPD di Dkg 1, biasa.. lepas tamat, aku berdoa pada tuhan agar mudah aku peroleh bus untuk ke Dkg 6, Alhamdulillah, termakbul.

Kelas dkg 6, aku takde member. POM
Sampai je kat kelas, aku decide untuk duduk paling depan. Terus aku duduk kat sebelah kaum hawa yang bertudung labuh.. i see her face..oh, class mate industry aku, aku diam di sisinya. Dah nak habis kelas, lecturer minta buat kumpulan.. deymmm..! aku dah la tak de kawan.
Kawan sebelah aku bersuara, awak dah ada group? kami tinggal lagi seorang je.
Ya Allah!..Alhamdulillah Ya Rabb kerana permudahkan sekali lagi urusan ku..
perasaan aku masa tu, susah nak describe. Sebelum ke kelas, aku memohon agar, tuhan mudahkan aku, ketemukan aku dengan kumpulan aku..dan Alhamdulillah, Allah dengar..=)

ok!..habis je kelas Dkg 6, lecturer keluarkan lambat, jadi aku kena cepat untuk kejar kelas di Dkg 2, Ya Allah, minta-minta ada bus Ya Allah.. see!.. dua biji bus berjalan depan aku, dan aku terus naik bus yang ke-2. sekali lagi aku mohon, YaAllah, aku tak siap lagi tugasan sales. aku mohan, janganla lecturer tanya.. Alhamdulillah..=)) sepanjang kelas lecturer hanya menayangkan video..

Apa yang aku nak sampaikan di sini.. Walau sesusah mana pun kita, jangan sesekali kita lupakan Allah, tuhan sekalian alam. Dia yang atur hidup kita, Dia yang bantu kita, Dia sentiasa dengan kita, dengar rintihan kita.

Jadi jangan pernah sekali pun menduakan-Nya, meminta selain-Nya. kerana Dia, Penguasa Kerajaan Langit Dan Bumi. Tuhan Yang Maha Agung..


Kita kena sentiasa yakin ALLAH ALWAYS WITH YOU AND ME ^__^

Friday 2 March 2012

Just listen..

Assalamualaikum sahabat..=))

Lama sudah tidak aku coretkan sesuatu dalam laman ini, kenapa? mungkin tiada idea, mungkin sibuk dengan tugasan harian, mungkin sesak dengan keadaan sekeliling..apa pun semua itu mungkin.. =)

Entri hari ini aku cuma nak luahkan sedikit rasa terkilan aku..

Pernah tak korang rasa beban, dan korang perlukan seseorang untuk dengar cerita korang, luahan hati korang..? pernah? harus la pernahkan? ermm, aku cuma nak nasihatkan la, kepada yang bercerita, teruskan la luahkan apa yang terbuku dihati, tetapi kepada yang mendengar..tolong..tolong la dengar dengan tenang, cuba tenteramkan hati sahabat yang dukacita.

Aku cukup benci, bila aku cerita sesuatu kepada seseorang, tapi apa yang aku dapat adalah kondem, kena perli, kena caci...

hoi!..aku luahkan dekat kau, bukan sebab aku nak kau komen aku, kondem aku, perli aku..bukan...aku cuma nak sokongan, bagi la semangat..kalau tak mampu pun, cuba la jadi pendengar yang baik.. just listen what i want to talk.. senangkan..

Tapi, mungkin juga salah aku, salah aku sebab buat kau serabut dengar masalah aku, salah aku sebab buat kau sibuk dengan luahan hati aku.. salah aku..salah aku, sebab terpilih kau sebagai pendengar isi hati aku.. maaf..maaf.. mungkin kau tak rela..

Tapi apa guna kawan kan??

Dan aku pun minta maaf la, jika aku juga pernah bersikap begitu.. kita tak mampu puaskan hati manusia, tapi jangan kecewakan hati manusia..=)

Pengajaran.. kalau orang tak mahu dengar, Allah ada untuk mendengar masalah kau. Kalau dengan Allah, Dia akan bantu kita, Dia akan buat kita rasa tenang, dan Dia tidak kondem kita..^___^
TERIMA KASIH ALLAH.. I LOVE YOU SO MUCH..<3<3