Tuesday 27 December 2011

Sosialnya minggu ni~ part 2

Assalamualaikum..

peepppp..peepppp..aku nak sambung entri sosialnya-minggu-ni yang aku tulis sebelum ini..

nombor berapa ek?? jab jab, aku usha jab....teheeeee..=D

ohhh..nombor 4

4. Pergi Canglun 23hb 12.
Akhirnya aku pergi juga Canglun teman member aku, sebab dia nak pergi beli seluar. Sekejab je pergi keluar jam11 balik jam2 ..orang nak solat Jumaat time ni..
Nak cerita la, masa balik kami 3 orang naik la teksi, Pak Mail punya teksi, selalu gak aku naik teksi Pak Mail tu, steady je dia hantar sampai Eon. Sampai je kat Eon, aku terus keluar kereta, geng aku sempat la menghulur wang tambang. Aku tengok Pak Mail tu terus letak kat dalam box depan. Aku tanyalah kawan aku, dia bayarkan ke tidak untuk aku, dia jawab tidak..keh keh keh... apa maknanya itu??? yahoooo!!!

5. Penang!! 24hb 12
Haa..! story perjalanan kami nak pergi penang amatlah panjang..jadi korang layan je baca sampai habis.
Kami bertiga, Umi, Cda dan Aku, gerak dari UUM jam10.45 menaiki kereta waja auto, umi  yang drive. Aku best la, landing belakang sorang-sorang. Besar, best best best..!

Sampai kat rnr Gurun, aku rasa kereta ni macam bau laksa. Masuk je rnr, terus jem.. kereta berasap, enjin rosak~~.alahai..keseronokan yang sementara. Terima kasih la dekat pakcik-pakcik yang membantu kami semasa di Gurun. Kereta kena hantar bengkel.

Penat woo menunggu owner kereta sampai kat bengkel. Jadi kami usha-usha la pekerja-pekerja bengkel buat kerja. Owner sampai, diskusi bermula. Kereta waja tu tak boleh bawa laju, temperature masa Umi bawa dah over limit, sebab tu enjin panas dan rosak. bla..bla..bla..

Owner bagi kereta kancil manual..manual! apalagi..aku la yang kena drive!..alamak!! konon nak lari daripada bawa kereta, last last aku juga yang kena bawa sampai Penang. Selamat best Kereta kancil, brek, gear, steering.. ok r.. (serius kali terakhir aku drive masa bulan puasa)

Aku ketar la juga masa drive, gila lama aku tak pegang steering. Alhamdulillah selamat sampai.

Sesat juga la kami nak menuju ke Batu Feringgi, termasuk kawasan Taman Botani. Alang-alang sampai taman tu kami pun snap la 7-8 keping gambar..hah hah hah..

Perjalanan diteruskan.. sampai juga Batu Feringgi, tapi punyalah payah nak cari parking dan kami tak tahu mana 'ibu' Batu Feringgi tu..Rupanya, sepanjang jalan tu adalah 'ibu'..

Selepas berjam-jam dalam kereta dan tak makan dari pagi, kami pun bedallah nasi ayam kat batu tu..boleh la.. Lepas tu, show time!! main la apa lagi~~  
gambar-gambar di Batu Feringgi

best tempatnya, kalau kita explore lebih dalam, dan kalau kita punya banyak masa. heh heh heh..! next time i'll came again Insha'Allah.. with my family maybe.. ^_^.v

p/s> lalu jambatan Pulau Pinang! lalu jalan tengah je..hah hah hah.. kereta kancil tak sedar diri, patutnya lalu belah kiri..kui kui kui..XD

Friday 23 December 2011

Sosialnya minggu ni~

Assalamualaikum..dan salam 1 Malaysia..

Lamanya tak update blog..hehe..aku sihat je, cuma tiada benda untuk aku berkongsi di laman ini. Tapi sekarang aku ada benda nak share.. just continue your reading..

minggu ni banyak sangat aktiviti yang aku join bersama-sama sahabat UUM.. apakah?

1. Bowling Dublin..  19hb 12
gambar atas..muka-muka pemenang..yang bawah, skor aku untuk game ni..ermm..agak corot, sebab aku tak penah main bowling, sebab aku tak suka..hah hah hah!..asyik masuk longkang ja..angin gak la main natang ni..huhuhu..=X tapi best..ajak la aku p main lagi..plizzzzz~~~~

2. Swimming Dublin (Family Day) 21hb 12

sumpah best!..hahahaha..terbaik!..aku dah lama tak berendam memalam.. ada game time ni, dan aku group nombor 2. Dapat nombor 2 juga secara keseluruhan daripada 6 kumpulan...best!..Melayu, Cina dan India bersatu, main game sesama..sweet memories la..

3. Pergi Jitra 22hb 12
layan Songlap Movie kat pawagam Jitra.. on da spot punya plan..terbaek! sebab pergi secara spontan. Yang bestnya turun bilik jam 3.30pm, bus mara liner terus ada, time nak balik pun sama juga..tak payah la sesusah tunggu bus lelama..hehe..nak tahu cerita songlap lagu mano keno la hgpa semua p tengok..kalau tak usha blog member yang 'sekepala' dengan aku ni..meh klik sini

4. 23hb 12..Insya'Allah nak p Canglun pula..
projek ni belum tahu lagi akan kejadiannya sebab masa aku tulis entri ni  jam 2.19am...target nak p jam2.30pm..ha..tunggu jela hari siang..

aku ceita ni sebab, korang tengok tarikh-tarikh di atas, berderet..sosial betul aku minggu ni..huhu..tapi sosial aku bukan dengan lelaki, tetapi sesama perempuan..bukan sebab aku lesbian ke hape ke..sebab kengkawan aku semua ni adalah sempoi!..heh!

p/s>> kelas dah banyak yang batal, petanda exam dah nak dekat..gud luck..moga semua berjaya dengan cemerlang.. dapat 3.00 pointer ke atas..Insya'Allah..

Wednesday 7 December 2011

Happy Birthday Nazurah!!

Selamat Hari Lahir, moga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah...

Terima Kasih!!..

ucapan yang sering aku dapat dan baca di laman fesbuk aku.. Aku sangat hargainya ^_^

7/12/SETIAP TAHUN adalah tarikh keramat dimana aku menyambut peningkatan umur aku.. Dah besar dah anak dara incik abah dan puan emak!..suka!! ><
thank you danbo!..
***********************************************************************
pada jam 12.45 am lebih kurang.. aku yang baru balik discussion dekat PKP, penat ni!..tetiba ada orang ketuk bilik aku.. dan..

"happy birthday to you, happy birthday to you"

muka aku..blur, agak terkejut gak la..

mereka bagi aku hadiah... kotak tu ringan saja.. beria-ria mereka suruh buka.. dan..
CIK LI!!!!!  eeeeeee.....geli soit!..bagi aku lipas!! adehh...lepas tu boleh pulak di letaknya kat aku..melompat-lompat la aku!..
Galak gila dorang pakat gelak..suke noh! siap la korang..aku bagi chipanzi karang!..ciss..
Yang tak boleh bla tu, sempat pula mereka rakam aksi-aksi aku..
hahaha...terima kasih..aku sungguh terharu...=,="

tak pe..aku pasrah, sebab ini merupakan sem akhir..mungkin..untuk aku sambut bersama rakan-rakan UUM..

terima kasih bagi kek, sedap sangat!..
tapi hadiah korang aku tak boleh simpan, sebab lipas tu dah lari..eeeeeee...wekkkksss...

terima kasih semua Azila, Deeja, Yani, Ayu.. best woo..

lepas tu pakat-pakat siapkan assignment.. dan bersiap sedia dengan Add drop subjek...huhu


p/s>> terima kasih juga kepada sesiapa yang sudi telefon mesej aku secara peribadi..terima kasih sangat-sangat..^_^
p/s/s>> aku benci lipas!!!

Tuesday 22 November 2011

Malaysia ajar Indonesia..

Bola sepak Harimau Muda berjaya membaham Garuda Muda dengan melengkapkan sepakan penaliti 4-3 setelah kedua-dua pasukan terikat dengan persamaan jaring 1-1..



yo! terbaik la Harimau Muda yang diketuai Baddrol Bakhtiar..
Aku sangat berharap Malaysia boleh memenangi 'ibu emas' Alhamdulillah.. Negara aku yang selalu teraniaya dengan sikap penyokong indonesia yang tidak mempunyai tamadun dan etika. Dan doa sekalian rakyat Malaysia termakbul.. 'IBU' emas untuk skuad Harimau Muda.

Korang bayangkan skuad kita kena naik Baracuda iaitu kereta kebal ke stadium bungkarno.. serius sedih aku tengok layanan mereka terhadap Malaysia.. dan aku harap kemenangan Malaysia boleh melenyapkan dan membenamkan keangkuhan indonesia.




Semoga Maju Jaya Semua Skuad Malaysia..terus dan terus berusaha meningkatkan prestasi..

sakit tekak aku dok menjerit-jerit bila tengok bola sampaikan gelang tangan aku putus pun aku tak sedar bila..sedih! gelang kesayangan aku putussssssssssss.....=,=

Tahniah!!!! I proud to be Malaysian.. ^_^

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..

Malaysia telah melepasi sasaran pingat emas untuk sukan SEA-26 di Palembang Jakarta..Tahniah sekali lagi


Wednesday 16 November 2011

Bahasa kiasan tak beri kesan

Aku cuba tegur kau,
bahasa kiasan aku guna,
kau masih tak mengerti,
tanya siapa yang aku tegur,

dalam hati aku gelak,
sedih aku dengan kau!,
masih buta atau buat-buat buta,
atau kau tak mahu ambil tahu,
danbo sedih..
perangai kau jelek,
banyak hati kau rabak,
kau sungguh dasyat,
tapi kau masih tak sedar,

jangan hipokrit dalam bersahabat,
itu yang kau laungkan,
tapi sayang,
kau tak amalkan.

sadis hidup macam kau,
tapi aku harap kau bangun,
jangan hanyut lebih dalam,
takut ramai yang sengsara
dan kau juga akan lemas.

sedar kawan,
jangan bina khayalan,
orang akan tahu sifat sebenar
kalau kau terus dengan landasan
kau akan rugi

p/s> aku nasihat, terserah

Minat aku dengan pelakon ini

Setiap Manusia Tepi Jalan pasti ada minat kepada seseorang pelakon. Minat mungkin kerana krediabiliti lakonan, ketampanan wajah, style pemakaian. Aku juga punya minat kepada sesetengah pelakon. Itu merangkumi semua, lakonan yang mantap, ketampanan dan style kehidupan.

Jom tengok pelakon lelaki yang aku minat buat masa sekarang.. heh heh heh >_<

Beto Kusyairy
Aku terus minat beliau menerusi telemovie Kahsaf Imani. Stail bhai lakonan beliau, jenis selamber, sempoi, pakaian pun biasa-biasa je. Dan yang penting tak tunjuk macho. 

Zahiril Adzim
Beliau macam underground r. Macam indie je aku tengok dia ni. Start aku suka masa beliau belakon dalam drama ghost di 8TV. Tapi aku rasa ada lagi drama lain yang menyebabkan aku minat beliau. Dan masa tu aku suka stail rambut dia, perghh, kacak!

Adi Putra
Pertama kali aku lihat beliau di kaca televisyen menerusi drama kelahiran teristimewa di TV3, beliau masa tu belum lagi kahwin, badan pun tak tough macam sekarang. Start drama tersebut, aku terus minat lakonan beliau sampai sekarang. 

Sofi Jikan.
Penjahat dalam filem Zombi Kampung Pisang. Hah hah! aku serius suka tengok beliau bawa watak jahat, jadi! sehingga aku rasa macam nak hambat dengan kapak je beliau ni. Walaupun tak sepopular mana, tapi setiap kali ada beliau dalam sesuatu filem, pasti box office. Filem zombi kampung pisang, hantu kak limah, KL gengster. 

Shaheizy Sam
Ini pelakon kalau sape tak minat tak tahu la wei..heh heh heh!, serius aku suka lakonan beliau sebab watak yang beliau lakonkan mesti lawak..hehe..best!

p/s> majoriti pelakon di atas sudah berpunya. Shaheizy Sam je yang masih kosong. Apa lagi?! rebut la! hahhaha..Tapi aku hanya minat hasil kerja mereka sahaja. Panahan mereka untuk sesuatu layar amat baik dan harus diberi pujian.

Student Fesbuk dan Assignment

Assalamualaikum..=)

Hai! aku sebagai pelajar di kolej mengumumkan bahawa assignment yang bermalam di bilik aku tidak aku sentuh lagi.
Bukan malas, tapi malas la..heee

Ok! entri hari ini bukan aku nak cerita pasal assignment aku.
Yang aku nak cerita adalah gelagat segelintir manusia pelajar yang meng'update' status di fesbuk berkaitan assignment.

Yang aku nak cakap, mereka ini adalah manusia POYO!

"hek eleh! lantak dia la nak post ape pun, dia punya fesbuk!"(ayat orang tak puas hati dengan kenyataan aku)

"yang kau poyo sangat pesal?! macam kau sorang je yang ada assigment! macam kau sorang je yang pandai masuk kolej ada assignment! macam kau sorang je boleh baca posting kau kat fesbuk tu! macam kau sorang je yang sibuk siapkan assignment! macam kau sorang je kan!!!" (aku jawab kepada orang yang tak puas hati)

serius! aku gila geli r! matang la sikit! itu dah kompom-kompom kerja tambahan untuk seorang yang bergelar mahasiswa! Assignment memang dah jadi sahabat sejati kot!

Oleh sebab itu, jangan la nak gedik sangat nak bagitahu semua orang yang kau ada assignment! ko tak tau ke bende alah tu POYO?!
danbo pun ada assignment juga apa!
Come on la wei! matang sikit!

p/s> nak aje aku remove fren, pakkal kau tu kawan-kawan aku jugak!

Monday 14 November 2011

Don't Judge A Book By Its Cover.

Assalamualaikum..=)

Pernah dengar perumpamaan 'don't judge a book by its cover' mesti pernahkan? selalu kita dengar, tapi pernah kita amalkan?

Bagi aku, aku jarang amalkan, aku suka buat penilaian pertama dengan melihat luaran, bukan dalaman. Sebab aku rasa luaran menampakkan dalaman. Tapi, aku silap. Aku minta maaf.

Jom kita renungkan.

" Ada seorang lelaki, jalan mundar-mandir dengan berpakaian compang-camping"
Orang kata dia lelaki pengotor, 
tapi orang tak tahu, lelaki itu dikesempitan hidup sehingga terpaksa merempat, ada sedara tak mengaku sedara.

" Ada seorang perempuan mengendong anak berjalan sehingga ke hujung pasaraya, umur baru 15tahun"
Orang kata dia perempuan hina, tak ada maruah, tak suci, 
tapi orang tak tahu, perempuan itu telah dirogol ketika berumur 13tahun

" Ada seorang tua cacat penglihatan dan kudung kaki dan tangan"
Orang kata dia tua hodoh, menyusahkan orang
tapi orang tak tahu, orang tua itu seorang askar, hilang mata, kaki dan tangan kerana menentang penjajah negara.

" Ada seorang budak melepak di hujung bukit untuk melukis"
Orang kata dia budak kaki lepas, membazir masa, 
tapi orang tak tahu, budak itu mengeksprasikan perasaan dia melalui lukisan, minat dia.

" Ada seorang awek ni asyik tersenyum saja bila bertentangan dengan manusia"
Orang kata dia awek happy go lucky, tak ada masalah
tapi orang tak tahu, awek itu punya masalah yang berat, umurnya singkat kerana menghidap barah tahap kritikal.

Kita boleh lihat gelagat Manusia Tepi Jalan dengan mata kita, tapi jangan membuat panahan pertama hanya dengan melihat saja, cuba selami, dekati mereka.

Banyak benda dalam dunia ini kita nampak, tapi tak bermakna kita tahu segala-galanya
"DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER"

Thursday 10 November 2011

Kanak-kanak dah kahwin

Salam peeps

Aku nak story
Sedang aku lepak-lepak dekat busten Kluang, aku relax je, duduk kat bangku yang telah disediakan. Usha gelagat Manusia Tepi Jalan, sekali bola mata aku tertampan pada susuk tubuh dua orang budak sekolah. Sekolah menengah aku kira sebab si lelaki memakai seluar hijau, si gadis hanya bertracksuit dan bert-shirt, mungkin ada sukan di sekolah barangkali.

Mereka dan aku, jaraknya dianggarkan 15meter saja, dekat.
Apa yang aku lihat, mereka duduk berkepit, si lelaki duduk sambil memeluk si gadis, muka mereka, jangan cakapla wei, amat toye, tidak tahu malu. Sadis!

Dan lebih sadis, manusia keliling yang aku lihat berada berhampiran pasangan ini ada dalam 7-8 orang, Dan mereka dalam lingkungan umur 15-45tahun. Mereka buat 'donno' saja.

Aku? heh heh heh! aku just pandang mereka dengan mata panah aku, mereka sedar aku perhatikan mereka, tapi, tiada kesan. Mereka seperti sudah lali dengan pandangan manusia terhadap mereka.

Aku juga pernah sekolah, pernah juga ada member lelaki, tapi aku tak de pun nak kawin dengan mereka. Budak zaman sekarang sangat liar, berani, tapi sayang, berani mereka, liar mereka, merugikan diri mereka sendiri.

Dan aku fikir, manusia keliling yang ada di tempat kejadian pun sudah malas, nak ambil tahu pasal masalah sosial remaja masa kini. Maklumlah, mereka barangkali generasi X, dan remaja ini generasi Y.

teenn..teenn..teenn..!!!!
panahan mata aku berakhir pabila telinga aku terdengar bunyi hon kereta incik abah yang dipandu oleh incik adik.
aishhh..potong r, baru nak cuci mata! 


Aku bla dari busten, dan apa yang bermain diminda aku,
kan best kalau aku tapak muka mereka dengan kasut converse aku ni..
Dorang tu, kanak-kanak lagi, tapi dah kahwin.
tumbuk kang!!!

p/s> benteng daripada kemaksiatan dunia adalah IMAN, bukan bangunan konkrit,yang disusun batu-bata dengan cantik.

Silent

Penatkan
Penat nak puaskan hati semua Manusia Tepi Jalan.

Makin aku explain, secara detail, makin dalam, makin terang, makin nyata
Mereka tetap tak akan faham.

Kalau tak explain, dihentam, dicaci, dimaki.
Adil ke?

Kenapa susah nak faham situasi seseorang, setiap insan punya masalah tersendiri,
Kenapa nak kita saja yang faham mereka?
Adil ke?
Dan aku decide untuk SILENT
Malas nak fikir...

Wednesday 2 November 2011

Trademarks Manusia Johor

Hollo hai! Assalamualaikum..peepssss~~~


Entri hari ini aku nak share sikit tentang trademark orang-orang yang true blue Johorean. Manusia Tepi Jalan yang memang asal usulnya dari Johor. Aku dapat sumber ini daripada fesbuk yang telah dishare oleh banyak pihak. The true person yang buat artikel ini tidak dapat aku kesan.


Sebenarnya orang Johor ini senang nak kesan. Tengok muka, tengok tingkah laku dan gaya intonasi bila berbicara memang nampak, sebab aku selalu teka Manusia Tepi Jalan di kolej aku, dan tekaan aku selalu tepat!..oh yeah!!!
Tapi dalam entri ini aku bagi sedikit panduan, nanti bila korang terserempak dengan sesiapa Manusia Tepi Jalan, sonang la ekau nak toke..hah hah hah..


1) Manusia Johor kebanyakkan ayat mereka akan diakhiri dengan 'ekk'. Contoh, "ini kau punye ekk?", "macam mana nak buat ni ekk?", "uit, nama kau sape ek?" dan etc.


2)  Manusia Johor merujuk kepada Johor Bahru sebagai Johor dan tidak JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, ia bermaksud Johor Bahru (JB), bandar dan bukan Johor, negeri ini. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh: beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? Jadi, jika dia sudah berada di Johor, tak kira di daerah mana - jika penduduk tempatan kata nak pergi Johor, ia bermakna nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, "Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Atau lebih teruk lagi, jangan memandai nak tambah 'ekk' dengan soalan itu.


3) Manusia Johor menyebut Muar sebagai MUOR. (Kena juih bibir sikit) Malah korang melafazkan semua yang berakhir dengan "AR" sebagai "OR" Contoh: Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR? Slipper, SLIPPOR? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (Ular), pagor (Pagar) dan lain-lain.


4) Manusia Johor walau dia seorang yang pendiam pun, kalau sekali dia buat lawak, boleh gelak sampai guling-guling beb. Manusia Johor senang diajak berborak, bergurau sebab sikap humor yang ada dalam diri. Hampir semua manusia Johor pandai loyer buruk, tak kira la bandar atau luar bandar.


5) Manusia Johor ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, pasti pernah ada endut atau busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat: Haa ... kau dah ada endut yer? Kau pergi berendut kat mana? Orang berendut dia pun nak berendut. Endut ialah teman lelaki atau teman wanita. Berendut tu macam pergi dating la.. hah hah hah.


6) Kat Johor femes otak-otak, gula tarik, gula kandy, sagun. Tapi dah jarang dapat gula tarik. Best woo, boleh tarik panjang-panjang.


7) Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Rasanye Sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapura, Sebab itulah pengaruh barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. Jadi, tak heranlah kalau Kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash dan sebagainya. Boleh pakai ke teori ni?


8) Kenduri kawin ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan bahawa cita rasa istimewa.Lepas rebus, telur akan berwarna coklat. Kedua-dua kulit dan isi. Biasanya orang buat telur pindang ni untuk majlis khas, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, kita boleh tahu kelas sosial rumah tuan - biasanya orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni Sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam. Oleh itu menggunakan kos yang tinggi.


9) Manusia Johor baju simpan dalam GEROBOK. Tidur pakai GEBOR. Tidur atas LECA. Jotos bermaksud luku. Contoh, "aku jotos pale ko kang" 


10) Manusia Johor boleh dapat siaran daripada Singapura. Aku pun suka layan tv singapore sebab dorg tayang movie best-best..hah hah hah. Kekadang manusia Johor dapat juga channel daari seberang, contoh RCTV, SCTV. 


11) Manusia Johor semua cantik-cantik dan kacak-kacak..ok! ini aku tambah..tapi benar!..keh keh keh


p/s> orang Johor open minded, tak kesah la korang ni dari negeri mana, loghat korang pekat ke, kitaorang still akan get together dengan korang. dan Johor adalah kawasan yang selamat untuk dikunjungi.

Aku dan nangis

Hollo peeps! and Assalamualaikum!

Korang pernah nangis? mesti pernahkan.. Nangiskan bagus untuk mata, boleh cuci mata kita yang penuh habuk ni..heh heh heh..
Aku pun pernah nangis,
kalau tengok cerita sedih, nangis,
kalau kena marah, nangis
kalau stress, nangis
kalau marah over limit, nangis
kalau susah, nangis
kalau terlalu gembira, nangis

huawwww..huawwww.. that's normal, even you are the men.

Itu salah satu cara untuk kita exspesikan perasaan kita. Kalau tak pernah nangis, nampak beno nipunye..

aku nak cerita.. dulu, masa aku sekolah tadika, aku selalu nangis

pernah sekali aku nangis yek yek je, dan masa itu incik abah seorang askar.
masa praktis menembak.
"tak nak g sekolah!" huawww..
"dah sampai dah ni, masuk la sekolah"
"tak nak. tak nak!"
"dah la!, ikut abah g kerja la" incik abah putus asa pujuk aku.

dalam perjalanan nak pergi kubu Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh, Selangor ..  aku sodap la lentok kat seat belakang. masa tu kereta proton saga kaler biru awan nano..


"dah duduk kat sini je, jangan merayap, abah ada kerja sikit"


aku kaku di kerusi tempat kerja incik abah. Dalam ofis incik abah ada la beberapa orang lagi askar. Pangkat mereka aku tak tahu..ngeee...


"ai, selalu je ponteng sekolah"
"tak tau la nak buat ape dengan budak ni, mengamuk je, tak nak g sekolah"
danbo pun pergi sekolah..tapi dia bawak mainan?!


hah hah hah..dulu aku memang sangat la tak suka pergi sekolah..sebab, bila aku ada kat sekolah, aku mesti teringatkan rumah, teringatkan puan emak yang senang lenang kat rumah..heh heh heh.


Oleh sebab aku ni selalu lepak dengan incik abah kat kem Sungai Buloh tu, jadi kengkawan incik abah memang kenal aku la berbanding adik-beradik aku yang lain.. Untungnya, kalau ada jamuan ke, ada apa-apa yang geng incik abah nak bagi, mesti aku dapat..Dan yang best, aku paling pro dengan selok-belok kat kem tu.Oh yeah!!!..


Tapi itu dulu, sekarang incik abah dah pencen, aku pun dah besar. kes aku selalu lepak dengan incik abah pun masa aku sekolah tadika.
Bestkan kalau boleh jumpa pakcik-pakcik yang dulunya berkhidmat dalam ATM di Kem Sungai Buloh.


agak-agak dialog dorang kalau jumpa aku (imaginasi aku ja)


"oh, dah besar dah anak ko Nahar"
"oh, ini la budak yang selalu nangis ni"
"la, dah besar dah, dah anak dara, bila nak menantu?"
"sekarang buat apa?"
"belajar lagi ke dah kerja?"


p/s:: puan emak sanggup telefon incik abah kat tempat kerja beliau sebab aku mengamuk tak nak g sekolah. darjah 2.



Tuesday 1 November 2011

Sastera

Dulu..
zaman persekolahan aku, memang gemar akan subjek Bahasa Melayu, kerana aku suka sastera.
aku gemar membaca penulisan Manusia Tepi Jalan yang sangat puitis.
Sebab itu aku gemar pemuzik tepi jalan seperti HUJAN, GABA GABA, PESAWAT, MEET UNCLE HUSSIEN, AWAN BAND dan etc.
Jangan nilai instrumens, gaya penyampaian, gaya dress up, muka, kelakuan, tapi nilai setiap bait-bait lirik yang mereka sampaikan.. sesungguhnya mereka antara Manusia Tepi Jalan yang memartabatkan bahasa Kebangsaan.
Dan artis Hip hop yang paling rare ialah Malique. Kenapa? kerana beliau adalah antara Manusia Tepi Jalan yang mengeji, mengutuk, memperli perihal dunia dengan bahasa kiasan yang cukup tinggi. Dengarla setiap lagu beliau. Pastikan disertai dengan lirik juga kerana kalian akan lebih faham akan isi penyampaian beliau.

ok! aku sudah tersasar dalam landasan yang aku cipta sekarang.. back to the topic.

Tapi,
zaman universiti aku, didedahkan dengan business yang banyak melalaikan, merosakkan, mencacatkan kehidupan Manusia Tepi Jalan.
Itu pandangan aku.. tidak aku menyuruh kalian menyetujuinya. Tapi fikir apa yang aku persepsikan perihal business.
Itu lebih kepada akhir zaman punya perniagaan,
tidak di awal zaman, di mana perniagaan di jalankan atas tiket mencari redha, rezeki halal dan ingin membantu sesama Manusia Tepi Jalan.
Bukan inginku, tapi mungkin ini takdir yang harus aku jalani.
Aku, sekali telah melangkah, akan ku habiskan walau hasilnya tidak seberapa. Aku pasrah jalani takdirku.

Aku
suka sastera, kerana bahasa, penembakan kasta bahasa mengikut situasi mampu menikam hati-hati Manusia Tepi Jalan yang masih punya hati.

Terkadang aku terfikir,
kerana bahasa pertuturan aku, ramai yang mungkin akan tersinggung,
kerana bahasa pertuturan aku, ramai yang mengatakan aku poyo,
kerana bahasa pertuturan aku, ramai yang menyukai aku.

Aku tidak kisah kerana setiap Manusia Tepi Jalan mempunyai nilaiannya yang tersendiri.
kita mungkin kongsi warna mata, tapi kita tidak kongsi warna hati.
kita mungkin kongsi bahasa, tapi kita tidak kongsi kasta bahasa,
kita mungkin kongsi negara, tapi kita tidak kongsi semangat nasionalisme,

Motif aku membuat entri ini.
* agungkan bahasa Malaysia.
* taipan harus tepat. paling jijik bila Manusia Tepi Jalan menambah-nambah huruf dalam ejaan (tak perlu aku bagi contoh, kerana mudah kita peroleh di mana-mana)
* setiap penyampaian harus ada maksud

Bahasa Melayu adalah kebanggaan aku, kerana aku orang Melayu, negara aku Malaysia. Jangan jadi Manusia Tepi Jalan yang langsi dengan bahasa sendiri.

Saturday 22 October 2011

pegang tangan?! aku kolot?!

Assalamualaikum..
danbo takpe sebab dia kotak
Aku nak cerita ni..
Aku ada la lepak-lepak dengan seorang member laki ni.. Saja cerita pasal diri sendiri..
Dia pun cerita la pasal diri dia, dia syok dengan seorang kawan aku. Aku pun galakkan la dorang tu kan..ala, apala sangatkan..!
Dulu, aku respect r member laki aku ni.. but after he story about his life, terus aku macam kurang la tabik spring kat dia.

Dia boleh cerita, dulu dia pernah kapel dengan seorang minah ni, cun..(dia kata la), dia geram dengan awek dia..dia dok pegang tangan, peluk dan cium (kat pipi ja).. yang si awek boleh redha je..takde nak marrah-marah..(bodoh pye pompuan)...serius wei..aku memang pandang serong la dekat dia ni..

lepas tu dia kata dia syok kat member aku..macam yang aku tulis kat atas tadi..  ok! aku nasihatkan dia..
"ko jangan nak pegang-pegang dia, kalau tak aku belasah ko"
Dia boleh cakap.."ala, aku kalau dengan dia takat pegang tangan je"
"tak! pegang tangan pon tak boleh!"
Korang tahu ape dia cakap.."ko ni kolot r, standard r kapel pegang tangan"

ok!..memang aku kolot!, so what!! i just said what the true way ja..As a muslim, benda tu kan salah!..kolot ke aku? aku memang agak angin la masa tu kan..pakkal dia tu member aku..

Aku kolot?? tahu la aku ni tak pernah kapel! tapi jangan la cakap aku kolot! aku ni ingatkan benda yang baik je..  suka hati la kan kalau nak ikut ke tak..tapi yang aku tahu, tugas aku dah abis..ko jangan nak cari aku kat padang masyar kelak,cakap aku tak pernah tegur..!
memang aku sepak terajang kau la time tu..hahaha...(boleh pulak)..
Islam pun tak de kata, kalau kapel standard la pegang tangan... even kapel pun tak boleh, apatah lagi pegang tangan yang bukan mahram..

Aku tahu, aku bukan baik sangat..dengan kengkawan lelaki pun aku pernah la pukul, tumbuk kan..tahu aku pun salah..tapi hal ko ni..di sengajakan..

aku memang kolot..

Aku harap, kalau aku ada la tersangkut dengan sesorang, aku harap takde la adegan-adegan yang tak senonoh ini..doakan aku yup!

p/s>> aku memang tengah gatai nak kawen ni..hahaah

Monday 17 October 2011

PAH dan KILA

Assalamualaikum sahabat!!

Entri hari ini aku nak ceritakan perihal sahabat aku yang bernama Syarifah Nurul Farhana a.k.a Pah dan rumet kesayangan beliau Nurul Shakilah a.k.a Kila.
Aku sesaja buat entri ni khas untuk mereka sebab mereka amat baik dengan semua kawan mereka. Aku beruntung sebab jumpa dan kawan dengan mereka ini.

Mereka kalau pergi mana-mana mesti belikan something untuk aku..serius wey..! kekadang aku naik segan dengan dorang ni..
Yela, kalau aku pergi jalan, melancong, mananya aku nak beli sesuatu untuk kengkawan aku.. kedekut sungguh aku ni!..=,=

Even the price for what they give to me is chips, but it has high sentimental value woo! n i still simpan what they give to me.. jaga bebaik ma.. nanti bila dah habis belajar, boleh tengok balik barang-barang tersebut.. dan aku pasti dengan gampangnya air mataku bergenang..hak hak hak!

Tapi tidak untuk dorang. Dorang sangat suka bila tengok kawan-kawan dorang gembira.. Suci hati betul la..
Kalau hal study pulak..dorang sangat tak kedekut ilmu.. Aku pernah la lepak dekat bilik mereka study..dorang ajar aku dari A-Z..huhu..terima kasih la layan aku yang takde pape ni..

Kawan bila kau

aku>>"arghhhhh...macam mana nak buat ni!!"
(padahal itu dah memang part aku dalam assignment, tapi dah buat last minute, stressnya lain macam)
Pah>> "wey, jangan stress-stress wey..meh aku tolong"
(padahal itu bukan kerja dia,dia dah siap part dia, dan sanggup bantu aku buat part aku dalam assignment)

Kawan bila kau

aku>> "Pah, ko tolong potostat buku beb"
Pah>> 'ok-ok, nanti aku potostat untuk ko"
(punya pemalas aku nak potostat buku, untuk diri sndiri jugak!)

Kawan bila kau

aku>> " aku rasa, aku tak boleh r"
Mereka>> "ko boleh r Zura. Yakin "

banyak lagi yang aku selalu minta tolong Pah ni..Dan beliau, tanpa banyak sesunggut beliau bantu..
Pah adalah cousemate aku..Bachelor Of Marketing

"AKU SAYANG KAWAN-KAWAN AKU"

p/s>> kalau dorang tahu aku tulis pasal dorang, mampus aku, segan tahap dewa la aku nanti..huhu..

Saturday 15 October 2011

6 Perkara Aku Benci Dalam Proses PnP

Assalamualaikum!..

Pekaba yop?

Dah siap assignment?
Heee..aku belum lagi..

Hari ini aku nak cerita perkara-perkara yang aku tak suka kalau berada dalam kelas..

1) Time lecturer mengajar.. spoil betul kalau ada yang dok sembang. Kalau borak pelahan-lahan ok la, ni tak.. ishhh... lagi-lagi kalau orang perempuan..mak aii.. gosip macam nak bagitau semua orang.. haram jadah betul!


2) Lecturer mengajar tapi macam.... ha..ini bukan aku nak salahkan lecturer..mungkin style dia mengajar memang macam tu..terang macam tak terang. jawab soalan macam tak jawab soalan.. aku ni dah la jenis yang kurang cekap..jadi sangat la blur kalau ada lecturer mengajar macam tak tahu mengajar.

3) Lecturer asyik tanya kita soalan dan selalu tengok aku..haa..ini kalau orang bijak pandai kata.."okla tu lecturer kenal, senang bagi markah" what the fish!!! buat aku tak senang duduk ada la.. lelagi kalau lecturer jenis yang tegas..mau menggigil kalau disoal..lidah macam takde.. Tapi, kekadang ada juga faedahnya..kita akan lebih faham apa yang diajarkan..=)

4) Group members tak bagi commitment as a team work. Tapi selalunya macam aku je yang tak bagi commitment je kekadang. But i like one group with chines student. depa rajin. haha..tapi sangat tepati masa dan selalu buat kerja nak cepat ja dan perfect!

5) Bagi assignment yang merapu meraban..aku paling benci kalau assignment yang diberi macam ape tah.. nak cari bahan kajian susah ya amat..! lecturer macam ni selalunya lecturer killer!  arghhhh..stress kalau bekera dengan orang macam ni..lebih-lebih lagi perempuan..!..(macam aku bukan perempuan je)

6) Quiz mengejut! ha..ini yang tak best ni..kalau jam tu jugak buat kuiz tanpa ada sebarang preparation memang nangis la sebab tak dapat jawab..atleast bagitau la kalau nak buat kuiz, boleh la aku belek-belek buku..aku benci kalau hal ini berlaku..

p/s:: sebenarnya semua perkara yang berlaku ada kebaikannya..kita sebagai student harus sentiasa bersedia menerima kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Johorean



Random 2



Random 1

kuat semangat!

sentiasa jaga tingkah laku!

harus ikut syariat Allah!


JAGALAH DIRI WAHAI MUSLIMAH SEKALIAN KERANA KITA ADALAH SIMBOL ISLAM SEBENAR. 
JIKA ROSAK KITA, ROSAK LA ORGANISASI ISLAM..
INGATLAH
TANGAN YANG DISANGKA LEMBUT MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGONCANG DUNIA
DAN
MENJADI SEJARAH..

Thursday 6 October 2011

Brick Game vs PSP

Hello peeps!!

Anda bosan?
mari kita main game ni..

haa?! korang takde game ni..

*******************

tapi korang ada game ni..


ermm..
sesungguhnya kalian orang yang sangat kaya..
aku hanya mampu membeli Brick Game je yang berharga RM5 di pekan Changloon, Kedah.

rare beb game ni..

masa aku lepak-lepak kat Changloon..
aku masuk la dalam booth (ada expo kat pekan tu) paling hujung..
tengah usha-usha barang kat dalam tu, sekali aku ternampak game ni..

alamak aii..
lama kot dah tinggal Brick Game..
game zaman sekolah rendah tu..
dulu expert la, selalu kumpul mata tinggi-tinggi..
sekarang nak main pun terkedek-kedek..

tak pe ada masa lagi..haha

agak berbaloi la beli game ni sebab harga RM5 siap bagi bateri lagi..
jam tu jugak aku main game ni..
sampaikan brader yang jaga booth tu hulur kerusi kasi aku duduk..
hahaha...

aku punya Brick Game kaler merah..
nak kaler oren...tapi tak de..=,="

pape pun..enjoy main permainan murah ni..kalau rosak pun, tak la rasa sebel sangat.. ^_^

Tuesday 4 October 2011

Atoyai, Bas Unic buat hal!!

Yoo peeps!..
sesiapa yang masih belajar di IPT, korang dah beli tiket nak balik kampung belom?
almaklum la dah cuti raya haji ni.. heh heh heh.. ^_^

aku dah beli dah~~~ semalam~~ huhu..

*************************************************************************
Aku nak cerita la pasal keadaan aku sepanjang dalam proses untuk mendapatkan tiket bus..

Jam 3.45 pm.. cuaca kat Sintok hujan dengan lebat.. aku mesej r member, Ummi  aku cakap kalau hujan jugak tak jadi pergi..

tetengok kol 5 dah ok.. ape lagi kami pun meneruskan niat pergi Changlun..

Bus Unic Liner (under UUM) keluar UUM jam6.30..

dalam perjalanan ke Changlun..tiba-tiba..

keletak keletuk keletak keletuk.. bunyi yang kuat di bahagian seat aku dan Ummi..
aku lah rasa lain terus angkat kaki letak kat seat.. pandang lantai bus, ada kesan gelembung dan terkopek..
ape kehenye yop?
selipar kawan aku abis dah terpelanting..
lepas tu driver bus berhenti tepi.. usha ape yang berlaku..


ok! tayar pecah! Alhamdulillah la driver cekap =, tak hilang kawalan... kalau tak..~~~~

Kami yang turut sama ada dalam bus terkandas hampir sejam la jugak..
Mula-mula ingat driver bus tu telefon bus lain suruh amik kami, rupe-rupenya dia telepon pomen.. asal tanya lambat lagi ke pakcik, dia jawap 15minit.. banyak la dia punya 15minit =,=

Kami decide jalan kaki ja p Cmat, Stesen bas beli tiket.. heh!

tapi best jugak la, jalan ramai-ramai dikala malam bulan mengambang..eh eh..tak de bulan semalam..heee..><

nasihat aku.. kalau nak berjalan jangan petang-petang nak maghrib....ada paham!!

Friday 30 September 2011

Converse bikin aku sasau..

Sedang aku belek-belek fesbuk, sekali aku nampak album converse..
serius wei, cun gila dia punya design.. sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar kasut yang di tayang..
tapi minat aku lebih kepada Converse..

bagi aku kalau pakai kasut tu..
sempoi!.. simple design.. ringan, senang nak menapak..!
rare beb kasut converse ni.. masa sekolah pun aku pakai kasut converse jugak..tapi kaler putih..
dan aku juga suka lihat manusia-manusia tepi jalan pakai kasut Converse ni tak kira la high cut ke tak.. memang nampak kesempoian dia la..

lagi satu yang aku suka pasal kasut Converse ni..kasut ni senang kering kalau basuh, berbanding kasut Nike.. ye la, guna kain nipis je, tak tebal-tebal macam Nike..

tapi aku rasa kasut Converse kalau tak basuh dan dibiarkan kotor baru ada stail..hehehe..

kasut yang ditawarkan juga boleh dipakai tak kira jantina.. jadi awek-awek tak perlu malu pakai kasut ni..heh! aku pun suke tengok awek-awek tepi jalan pakai kasut Converse berbanding pakai heels ni..buat sakit kaki jek..( aku tak pandai pakai kasut tumit bagai ni..)

Jom usha gambar kasut ni..


ha..pilih r korang nak mana..

kalau pakai kasut ni, tak payah sesusah beli stokin.. kalau pakai  skirt or seluar pendek pun takde hal sebab kompom tak nampak lutut..hehehe

ha..siap ikut design bendera lagi tu, kalau bendera Malaysia..mau kena bakar n boikot syarikat Converse..

kasut untuk baby pun ada.. kiut sey..

amacam..? stail tak taste aku? kasut Converse kalau ori mau sampai beribu..kalau tak mampu just beli jek kat pasar malam.. janji ada jenama Converse.. orang bukan tau pun.. >_<



Sunday 25 September 2011

Basuh Kain

heh! hari-hari basuh kain, kalau tak basuh nak pakai ape..ye dak?


Kalau ada kat rumah, senang sikit.. guna je mesin..kalau bukan aku yang basuh baju-baju harian, incik abah la yang basuh...sebab beliau sangat rajin...balik jek kerja, mesti isi air dalam mesin basuh..letak sabun, putar.

Itu kalau dekat rumah, kalau kat kolej.. mau patah der tangan aku duk mengental baju-baju.

Aku ingat lagi, 1st time aku duduk kolej.. rendam baju satu hari dalam baldi, tinggal dalam bilik air.. esok nak basuh, euwwww...busuknye baju..eee..ada cik li (lipas)!!! geli geli geli!!!!
pasrah jek la..lepas tu nak berus tu..erkk, mana ada berus baju..kalau berus kasut ada la..=,= haremmmmm...
ape lagi, pinjam rumate punya berus la..dah la baru kenal, tapi dah pandai pinjam-pinjam barang..=,=

Lepas tu aku, kalau basuh baju mesti mengah (penat), sebab baju aku setimbun.. tapi baju sepasang pun aku kekadang mengah jugak..pasai pa ya?
ye! aku dapat jawapannya.. daripada pemerhatian aku..budak- budak yang basuh baju semuanya berus dengan lemah gemalai..tak kuat sangat..
tapi aku, berus baju macam kat baju tu ada lumpur je..patut la kebanyakkan baju aku (baju kurung) tercarit-carit, ada yang koyak jugak..=,=
betapa ganasnya aku basuh baju..ish..ish..ish..

Tapi itu kejadian 2 tahun lepas.. sekarang aku dah pro bab-bab basuh baju.. basuh tetiap hari, tak penat..cool jek rasa..lepas tu, kalau basuh tetiap hari, ulangan baju yang kita pakai adalah lebih kerap.. jadi kita akan berjimat dalam pengeluaran wang untuk beli baju baru..keh keh keh..

Ah ah..kejab..kat kolej aku ni ada mesin basuh jugak..tapi dah rosak, kalau ada pun aku tak guna beb, jimat...sekali guna RM2..heh! mahai..!


Friday 23 September 2011

lelaki terkacak..

Sape yang tak nak dengan lelaki kacak kan?
Semua orang nak. Termasuk la aku..hehe

Aku nak story pasal lelaki kacak ni sebab sepanjang hidup aku, aku rasa beliau adalah lelaki yang paling kacak r..dan tiada tandingannya..itu menurut aku la, kalau korang, aku tak tahu dan aku tak nak amik tahu..hehe

Beliau ni, sepanjang aku kenali, beliau seorang yang lemah-lembut, walaupun nampak garang.. yela, kerja askar ATM tu, tegasnya lain macam.. Kalau bab pelajaran, aku tengok beliau sangat tegas, mana taknye.. anak-anak beliau semuanya macam hantu jek aku tengok.. pernah aku perasan beliau sanggup beli ubat kecergasan otak untuk anak-anaknya yang tak la bebal sangat tapi cuma pemalas jek.. heh! ape la nak jadi dengan anak-anak beliau tu.

Aku pernah dengar la, beliau kena berkhidmat di Sarawak, isteri beliau sedang sarat mengandung, tapi tak duduk dengan beliau, isteri tinggal di rumah keluarga mertua beliau di Johor untuk bersalin..
Beliau dapat anak perempuan, tapi tak pernah berjumpa dengan anak tersebut sehingga usia anak perempuannya 2tahun..lama kan..tapi yang herannye, anak perempuan tu tak takut, tak nangis pun bila beliau dukung, peluk, cium..memang kacak r beliau ni..si anak macam tau-tau jek yang peluk dia tu abahnya..hehe..

Selain tu, kekacakkan beliau memang makin teserlah bila beliau mengajar anak perempuannya menunggang basikal untuk kali pertama.. so sweet..! si anak takut-takut tapi si abah steady jek.. Lagi kacak bila anak perempuannya mengamuk, beliau suruh anak perempuannya keluar rumah dan beliau kunci pintu.. perghh! aku cakap sama korg la..memang tegas betul beliau ni.. tapi kacak!
si anak, bila tidak dibenarkan masuk ke rumah, ape lagi menangis la..tapi kalau dah selalu kena kunci pintu akhirnya si anak merayap..perkara ni buatkan beliau lagi risau..! hahaha..lagi la menyerlahkan kekacakkan beliau..

Bila anak perempuannya sudah menjadi gadis..Beliau suke mengusik anak gadis beliau.. Aku perasan la, beliau kalau anak gadisnya ada at rumah mesti suruh anaknya itu masak, lepas tu, kalau anak tengah syok tengok tv..di halangnya dengan berdiri depan tv..haha..kacak siot!

Lagi cerita yang aku dengar, bila bab duit beliau tak berkira walaupun gaji beliau hanya rm700-900 je..tapi aku perasan anak gadisnya tak pernah nak minta-minta..aku dengar citer anak beliau tu malu kalau minta duit dengan beliau, segan..! bagus betul la anak beliau tu..kalau aku ada anak macam tu..hahaah
Sekarang aku dapat tahu anak gadisnya sedang menuntut di IPTA..dan aku dapat tahu jugak beliau ni kerap jugak menelefon si anak tu..erm, memang ambil berat dan penuh kasih sayang la beliau ni.. sungguh kacak!

sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak tulis pasal lelaki terkacak yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku ni..tapi nenanti la yek!

Aku usha-usha sekali aku ternampak gambar lelaki tersebut disamping isterinya yang menawan tu..
jom kita kongsi!
ini la gambar lelaki kacak dan wanita menawan..
 love r mereka ini..^_^


p/s>> kita akan dapat lihat kekacakkan sesorang itu bila kita kenal dengan rapat..^_^

Thursday 22 September 2011

pemasaran menyebabkan semangat nasionalisme nipis

Salam peeps!

Haa..tengok tajuk di atas..ape yang korang fikir?
Masuk aku ke dalam kelas tadi dan pensyarah menyatakan kenyataan itu..


Pada aku ada betulnya..

1) sebab pemasaran la, produk luar mendominasi pasaran negara ini, sehingga produk dalam negara terpaksa berhempas pulas untuk memenangi hati pelanggan/ pengguna.
contoh:: kalau di beri pilihan Nokia buatan Malaysia atau Nokia buatan Finland, mana yang jadi pilihan korang walaupun ditawarkan harga yang sama? survey menunjukkan Nokia buatan Finland akan jadi pilihan sebab dari luar negara dan tak percaya buatan Malaysia. kalau aku pun pilih Finland sebab dah tentu Nokia dari Finland..kehkehkeh!

2) sebab pemasaran la, negara luar kaya dan negara sendiri slow dari segi ekonomi.
mana taknye slow ekonomi negara kalau pengguna dok beli barang luar negara jek.. mee segara pun bukan nak beli jenama  tapi lebih kepada SEDAP..  hehe..aku pun beli SEDAP sebab murah..tetttttt...

3) sebab pemasaran la, pengguna memandang enteng dengan produk tempatan.
pengguna tak yakin kualiti barangan, kurang confident la konon kalau pakai barang tempatan..
yela, nak-nak orang kaya..mana depa usha jenama Proton, depa lebih bangga bawak Honda, Peugout..cehh, padahal tanggung hutang keliling pinggang.. incik abah setia dengan Proton..dari aku kecik sampai besar pakai kereta jenama Proton..hehehe

4) sebab pemasaran la, banyak masyarakat menganggur dan hidup susah..
ce korang bayangkan..kalau syarikat Proton bankrap dek kerana tak laku produk, banyak orang akan mati woo, makenik, tukang cat kereta, orang-orang kilang yang kerja kat syarikat tu.. dan rakyat yang berpendapatan rendah. dorang nak pakai kereta ape kalau Proton brankrap..

sebenarnye ada banyak lagi kesan-kesan negatif yang pemasaran bawa..tapi ada juga positifnya.. dan kalau tengok dunia hari ini dan negara sekarang..tak mundurkan? ha, itu la salah satu tanda positif pemasaran..

akhir kata, support la barangan buatan Malaysia, atleast you must have 10 merchandises in your home..
tak salah laburkan wang ke dalam negara, negara yang untung.. kalau nak melancong pun, melancong jek dalam Malaysia..banyak ape tempat menarik..