Saturday 9 April 2011

HATI..=)

ASSALAMUALAIKUM!!

hai kengkawn..ape kabo?? aku harap korg sihat2 la yek..
kalau tak sihat, anggaplah sakit yg kita dpt itu salah satu cara menghapuskan dosa kecil..
sesungguhnya ALLAH mengetahui segala yang di langit dan di bumi..

******************************************************************
entri kali ni aku nk story pasal hati..<3
selalu kita dengar
 'jagalah hati,jangan kau kotori,jagalah hati pengubat hidup ini..'
'pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersasar, 
pandangan nafsu selalu melulu,pandangan HATI itu yang HAKIKI, KALAU HATI ITU BERSIH'

untuk itu..HATI yang bersih mampu memandu kita ke jalan yang di redhai ALLAH.
kalau hati kotor..mulalah berlaku kerosakkan dalam perhubungan. sebagai contoh, hasad dengki, riak, takbur dan perkara negatif lain..

untuk itu..ayuhlah kita bersihkan hati kita agar nur hidayah dan iman boleh menerangi segenap ruang hati kita..
hati kita sentiasa hilang dengan nikmat dunia..
kita sering terleka dengan keindahan alam, kemewahan harta dunia, kecantikan paras rupa manusia, dan kebebasan undang-undang dunia.
kita leka, seleka-lekanya kerana kita telah dikuasai oleh syaitan durjana, musuh nyata kita!
hati kita hilang di dalam kegelapan yang direka oleh syaitan dan nafsu..
sungguh jauh kita di jalan ALLAH..sangat jauh..

aku...
aku sama saja dengan kalian pembaca sekalian..aku juga sering leka..aku sering sudah terhantuk baru terngadah..sungguh! dunia ini melalaikan aku..YA RABB..! aku mohon YA TUHAN PENCIPTA LANGIT DAN BUMI..kuatkan iman ku..hidup dan matikan aku dalam IMAN da ISLAM YA ALLAH...

***************************************************************
CARILAH HATIMU DITIGA TEMPAT::::::

hatimu ketika mendirikan SOLAT
hatimu ketika membaca AL-QURAN
hatimu ketika mengingati MATI

tetapi...jika tidak kita temui hati kita di tiga tempat ini..
berdoalah agar ALLAH memberikan kita sekeping hati, supaya dapat kita jalankan 3 amalan tersebut dengan tulus dan ikhlas...

p/s>> hidup di dunia ini,penuh cubaan ujian, setiap perbuatan akan dapat balasan..

Friday 8 April 2011

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS


KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS 



'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m' 

Tafsirannya: 
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, 
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana 
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam 
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama 
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, 
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. 
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan 
ahad.) sebanyak 3 kali. 

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. 
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah 
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat 
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan 
membantu kita menjawab persoalan kubur. 

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar 
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan 
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab 
salam malaikat itu. 

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya 
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak 
Allah di langit dan di bumi. 

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah 
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah

pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad 
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan 
kita 
sehari. 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal 
dunia, 
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari 
kesempitan 
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi 
titian 
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam 
Tadzikaratul 
Qurthuby). 

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah 
antara 
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada 
seorang 
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan 
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.. 

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara 
kepada Saiyidina Ali 
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa 
yang dikatakannya 
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah 
SAW menjawab 
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. 

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus 
kitab Al-Quran. 
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran 
kerana ianya sama 
dengan membaca 30 jus Al-Quran. 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat 
Arasy di atas 360,000 
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun 
perjalanan. 

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan 
luasnya setiap satu 
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang 
sahara itu terdapat 
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai 
Tuhan kami, 
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang 
membaca surah 
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. 

Sabda Rasulullah SAW lagi: 

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu 
tertulis di 
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat
Mikail a.s, 
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam 
yakullahu kufuwan 
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu
sebanyak 7 kali 
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala 
bala hinggalah ke 
jumaat yang berikiutnya. 

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang 
nescaya tidak 
mengalami apa-apa kesusahan. 


Nota: 
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah 
ilmu ini 
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah 
pesananku 
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,
hanya 
3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
1) Sedekah/amal jariahnya 
2) Doa anak-anaknya yang soleh 
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
(08/04/2011 ; 6.26 PM)

Thursday 7 April 2011

SEJARAH NEGERIKU..

Assalamualaikum!

entri hari ini, nak story pasal sejarah negeri JOHOR..negeri kelahiran ku..
serba sikit tentang JOHOR akan aku coretkan dalam entri ni..jom baca!

Sejarah Negeri Johor

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempat perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.


Kejatuhan Sultan Mahmud Shah

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.

Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".

Perang Tiga Segi

Sultan Alauddin Riayat Shah menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletaknya di tebing Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda senantiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina).

Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula mengembangkan pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis yang beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula menjauhkan diri daripada Melaka dan singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin kurang.

Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan ke atas kedua-dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor dan Portugis berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi lemah, Johor dan Portugis kembali berperang.

Belanda dan Melaka

Pada abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.
Perang Johor-Jambi
Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa berpindah-randah.

Sepanjang perang itu Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas.

Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun 1659.
Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pengeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.
Pengaruh Bugis dan Minangkabau

Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang waris. Melihatkan keadaan itu, Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan digelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.

Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang Minangkabau juga mempunyai pengaruh yang kuat. Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud II, mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Di kalangan orang Minangkabau terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yam Tuan Muda Johor.Pada masa itu orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) telah menyerang Johor terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil telah menawan Panchor. Raja Kecil melantik dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Setelah Raja Kecil berjaya menduduki tahta Johor orang-orang Bugis telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yam Tuan Muda. Permintaan ini telah tidak diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tadi telah tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.

Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta.Permintaan ini telah dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga kecewa kerana tidak dapat menuntut jawatan Yam Tuan Muda. Pada tahun 1722, Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis yang memegang kuasa sebagai Yamtuan Muda.

Singapura dan British

Pada 1818, Sir Stamford Raffles dilantik menjadi gabenor di Bengkulu, Sumatera. Dia percaya bahawa British perlu menubuhkan sebuah penempatan yang baru di Asia Tenggara sekiranya mereka ingin bersaing dengan Belanda. Walaupun banyak bantahan diterima dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris tetapi Gabenor British di India menyebelahinya. Dengan persetujuan gabenor, beliau memulakan ekspedisi mencari penempatan baru.

Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh Temenggung Abdul Rahman. Keesokan harinya Raffles telah menandatangani satu perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman untuk membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk membuka penempatan di Singapura. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian 30 Januari 1819.

Pada masa itu Singapura tertakluk dibawah kekuasaan Kesultanan Johor yang pada masa itu sedang mengalami pergolakan politik. Tengku Abdul Rahman telah menaiki takhta sebagai Sultan Johor ke- dengan sokongan Belanda dan Bugis. Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussein tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku Hussain untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussain sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussain. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussain yang ketika itu tinggal di Riau kembali ke Johor. Raffles kemudiannya, telah melantik Tengku Hussain sebagai Sultan. Ini membolehkan Perjanjian 30 Januari 1819 menjadi sah pada 6 Februari 1819.

Belanda berasa amat tidak puas hati dengan keadaan ini tetapi dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda mengakui Singapura menjadi milik British. Perjanjian ini menyebabkan Kesultanan Johor terbahagi kepada dua iaitu Johor moden dan Kesultanan Riau yang baru.

Di dalam Johor yang baru, walaupun Tengku Hussein ialah sultan tetapi Temenggung yang menguasai Johor. Bugis pula menguasai Riau.

Wangsa Bendahara

Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan Muar masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun 1877. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung Puteri kemudiannya dikenali sebagai Johor Bahru.

Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, dia dilantik menjadi sultan Johor secara rasmi. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai Bapa Johor Moden.

Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sistem Kangchu dilaksanakan.

Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar terpaksa menerima seorang Penasihat British.

Malaysia dan Johor

Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945.

Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor adalah salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.

Rencana utama: Sultan Johor

1. 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
2. 1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)
3. 1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)
4. 1579-1580: Sultan Abd. Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)
5.             1580/81-1597 begin_of_the_skype_highlighting            1580/81-1597      end_of_the_skype_highlighting      : Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)
6. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)
7. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)
8. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)
9. 1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
10. 1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)
11. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
12. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
13. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)
14. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
15. 1761: Sultan Ahmad Riayat Shah
16. 1761-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)
17. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)
18. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)
19. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)
20. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
21. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
22. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
23. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
24. 1981-2010: Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj
25. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj

koLEKsi pANtun~~


assalamualaikum!!

hahaha..tengok tajuk di atas! koleksi pantun..
tetttttttttttt...aku mana pandai pantun2 segale..
jadi pantun2 yg ada kt dalam entri ni adalah hak milik orang lain...
aku just copy paste jek..
sayang la klu pantun yg di coretkan oleh mereka dan mereka ini luput ditelan awan nano..
jom follow pantun mereka~~~~
*********************************************************************
PANTUN 1 

Mata genit beradu pandang,
senyum fazmee menggoda sayang,
ayolah fazmee kita melayang,
menuju negeri jauh di seberang..

Anak ayam belajar berenang,
Anak itik di paya bakau,
Mulut menyebut hati terkenang,
Rindukan nor jauh di rantau.

Anak bangsawan menjahit tabir,
Sulam di tepi siku keluang,
xsuka bos cuma di bibir,
Dalam hati membara sayang.

fazmee di laut nor di darat,
Dalam kelas bertemu jua,
Hati terpaut janji terikat,
Atas pelamin bertemu jua.

Layang-layang terputus tali,
Jatuh ke bumi melayang laju,
Duhai norlida fazmee berjanji,
Aku tercipta hanya untukmu.

Ada jantung ada debaran,
Ingin bertanya tetapi malu,
fazmee menunggu penuh harapan,
Sudikah norlida menerimaku.

burung kasawari dua sejoli,
leka terbang,terlangar bata,
kalu dah jodoh bt pa nk nafi,
terimalah sidia si nor tercinta..
hasil nukilan liau arami...

*************************************************************************
PANTUN 2

salam diberi pembuka bicara,
gang2 bomba IV B semua,
di sini boss mai nk betulkan huru hara,
terhadap gosip2 yg sering melanda.

masuk terowong gelap gelita,
disuluh lampu pon still xnmpak apa2,
jgnlah kalian sume terpengaruh ngan citer2 cinta,
liau arami slaku pengarahnya.

gelongsor ke depan gelongsor ke belakang,
panjat terjun merangkak meniarap,
dye lah punye PHD dlm part kenakan orang,
liau arami bile nk stop?

ular tedung ular sawa,
kecik ada besaq pon ada,
skandal liau sbnrnye ramai tak terkata,
tp yg paling top linda dlm listnya.

ular liar ular jinak,
ade bisa ade takde bisa,
liau nk linda tp linda taknak,
awek jual mahal takkan tak biasa..?

mandi lumpur skali berendam,
mandi laut skali menyelam,
fazmee n nor hanyalah teman,
pasangan kekasih? maaf ye kawan2...

pdg besar sudah kuala perlis pon sudah,
adventure best makanan punyelah lazat,
nk menyatukan org cukup2lah,
liau arami ko cari buah hati ko cepat !

merpati sejoli pinang dibelah dua,
antre kate2 org2 tua,
kalo ade jodoh pasti tak kemana,
ngan spe2 pon boleh on so bersedialah ya...

(^O^)V"
hasil nukilan  mohamad fazmee...

**************************************************************************

PANTUN 3

Anak itik mulailah terbang,
Ambilkan dedak berilah makan,
Janganlah nor merasa bimbang,
Segala kehendak fazmee tunaikan..

ular sawa berbulu bulu,
ular senduk dimakan raju,
kalau nor tersipu malu,
itu alamatnya nor setuju...

ular sawa di atas bara,
Pohon selasih di tepi kota,
Fikiran buntu badan sengsara,
Bila nor jauh di mata..

Ada budak membuang dedak,
Penuh sekilo di tepi batu,
Berdua tidak, bertiga pun tidak,
Kekasih si fazmee,norlida yg satu..

fazmee hensem tinggi semampai,
Dada keding rambut berjuntai,
Putih melepak lembut gemulai,
Norlida melihat rasa terkulai..

Norlida daud kekasih fazmi,
Rambut berurai,tergoda fazmee,
Bunga si fazmee disambar liau arami,
Jatuh berderai air mata fazmee..

hasil nukilan liau arami...

***************************************************

hahaha..amacam..?? best tak?? hehehe..berbakat betol mereka ni..
apepon nama2 yang disebut dalam pantun ini tidak ada kne mengena antara yang idop, yg nazak dan yg telah meninggal dunia..
ianya hanyala penyeri perhubungan...erkkk..betol ke??
hahhahah...

p/s>>> time ni semua pakat2 gosip antara satu sama lain..siapa mereka?? selidik seniri~~
(07/04/2011 ; 3.25 AM)

tips menghadapi interview

assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua yang masih tercari-cari pekerjaan, dan juga kepada mereka-mereka yang bakal menghadapi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan baru atau pun untuk kenaikan pangkat.Apa yang pasti, setiap daripada kita pasti akan merasai pengalaman ditemuduga sepanjang hidup kita tidak kira sama ada untuk tujuan kerja, atau pun ditemuduga oleh bakal keluarga mertua. :) Sudah pasti, sebelum temuduga kita perlu membuat persiapan secukupnya supaya kita dapat menghadapi temuduga dengan lebih tenang, dan mudah untuk menjawab sebarang soalan daripada panel penemuduga.
Sebelum saya meneruskan perkongsian ini, kita harus tahu apa itu Temu duga?:
Temu duga adalah satu sesi penilaian oleh panel temu duga untuk memilih calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.

Oleh kerana temu duga adalah satu kaedah penilaian, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemu duga bahawa mereka adalah calon yang paling layak. Aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:
  • Sahsiah diri
  • Kelayakan
  • Pengetahuan am dan hal ehwal Jabatan/Syarikat
  • Pengalaman kerja
  • Kebolehan memimpin
  • Bidang tugas
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik
  • Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi

Persediaan Sebelum Menghadiri Temu Duga

Kekemasan untuk Lelaki:
  • Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.
  • Baju berlengan panjang dan berwarna lembut. Contoh: warna putih, atau biru muda.
  • Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai.
  • Berkasut kulit serta memakai stoking berwarna gelap.
  • Memakai tanda nama/name tag. (Bonus lebih sikit kalau pakai ni)
Kekemasan unutuk Wanita:
  •  Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
  • Menggunakan make-up yang sesuai dan tidak berlebihan.
  • Berkasut bertutup penuh (court shoes).
  • Memakai tanda nama.
Ketrampilan:
  • Bermabut pendek dan kemas (untuk lelaki).
  • Jika bermisai, berjambang atau berjanggut hendaklah didandan kemas. (untuk lelaki)
  • Pastika kebersihan dan kekemasan diri,
Baiklah, cukup untuk hari ini perkongsian saya. Nantikan panduan seterusnya yang akan saya kongsikan pada hari-hari berikutnya. Jika anda tidak mahu terlepas panduan dan tips menghadiri berikutnya, jangan lupa untuk mendaftarkan emel anda di sebelah kiri supaya anda mendapat update serta merta nanti. :)
Tajuk-tajuk panduan berikutnya adalah,
  1. Persediaan minda
  2.  Persiapan dokumen
  3. Pada Hari Temu duga
  4. Semasa Temu duga
  5. Do’s and Don’t(apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan)

cara-cara menghadapi temuduga~~

assalamualaikum..

teman-teman pembaca, apa khabar??
hari ni aku nak cerita sikit tentang cara2 menghadapi temuduga untuk mendapatkan kerja..
aku bukan ape..maklum la, kita harus bersedia dari sekarang kerana perkara ini kita akan hadapi bila tamat belajar..

Apa saja sebenarnya yang harus dipersiapkan oleh para pencari kerja untuk menghadapi Job Interview? Kerana sebarang penerimaan atau lamaran yang diterima jika tidak dipersiapkan oleh kemampuan mengemas performansi anda secara keseluruhan maka pasti hasilnya tidak memuaskan. Proses ini sering menjadi babak penentu berjaya atau gagalnya seseorang untuk melangkah ke proses selanjutnya. Job Interview boleh dilakukan di awal atau diakhir proses rekruitmen, mengingat hal ini merupakan salah satu tahap dari keseluruhan penerimaan pekerja baru disebuah syarikat, tempat ini adalah sama penting dengan tahap-tahap ujian yang lain. Oleh kerana itu, semasa penemu duga memutuskan untuk mencoba melamar sebuah posisi di perusahaan maka sebaiknya selain persiapan yang berkaitan dengan surat lamaran dan berkas-berkas yang dibutuhkan maka yang tidak kalah penting sebenarnya adalah persiapan mental.
Sebelum Wawancara

1. Masuklah ke ruangan setelah terlebih dahulu mengetuk pintu baik dalam keadaan terbuka atau tertutup. Melangkahlah dengan yakin.
2. Jangan lupa pada saat masuk tersenyumlah pada orang yang akan menginterview anda. Hal ini akan sangat membantu mengurangi rasa gugup serta menciptakan suasana hangat.
3. Jabat tangan pewawancara sesuai dengan kekuatan genggamannya
4. Jangan duduk sebelum dipersilahkan oleh pewawancara
5. Duduklah dengan tenang dan gentle
6. Letakkan barang bawaan anda di bawah tempat duduk bukan diatas meja, matikan hp dan sebaiknya anda tidak mengenakan jaket.
7. Kenakan pakaian formal kemeja lengan panjang yang tidak mencolok, bagi laki-laki. Serta blazer atau atasan blouse sederhana dengan bawahan senada atau bawahan lebih gelap dengan warna-warna natural bagi wanita.
8. Kenakan make up dengan warna natural, tidak perlu berusaha mengesankan pewawancara dengan mengenakan lensa kontak, kutek warna-warni, atau bulu mata palsu. Karena akan membuat anda terlihat sangat tidak profesional.
9. Jangan merokok atau mengunyah permen karet

Saat Wawancara

1. Bicara dengan bahasa formal, tegas, intonasi sedang sehingga dapat didengar dengan jelas serta jangan terburu-buru dalam menjawab setiap pertanyaan
2. Dengarkan terlebih dahulu secara keseluruhan pertanyaan pewawancara sehingga kita dapat memberikan jawaban singkat, padat dan tepat. Usahakan tidak memotong pertanyaan pewawancara, dan dengan mendengarkan keseluruhan pertanyaan maka kita terhindar dari permintaan untuk mengulang pertanyaan. Karena akan mengesankan anda tidak siap.
3. Lakukan kontak mata dengan pewawancara, jangan menunduk.
4. Tunjukkan anda sangat berminat dengan perusahaan tersebut, dengan menjawab pertanyaan dengan antusias
5. Jangan hanya menjawab dengan kata-kata ya, tidak, tidak tahu atau
dengan bahasa isyarat mengangguk atau menggeleng. Usahakan untuk mengembangkan jawaban sehingga anda terlihat menguasai keadaan.
6. Akhiri wawancara dengan ucapan terima kasih serta menjabat tangan pewawancara.

Hal-hal penting :

1. Jangan lupa selalu siapkan CV dan surat lamaran anda
2. Usahakan datang minimal 10 menit sebelum wawancara dimulai, jangan pernah terlambat. Akibatnya sangat fatal, tidak semua perusahaan memberi kesempatan kedua.
3. Gali info sebanyak-banyaknya mengenai perusahaan yang akan anda datangi, cari diinternet tentang profil perusahaan, bidang kerja,produk,tarif, keunggulan. Kita tidak pernah tahu apa pertanyaan yang akan diajukan bukan? Paling tidak informasi tambahan ini untuk amunisi cadangan kita dan menambah rasa percaya diri kita.
4. Latih jawaban anda mulai sekarang, komitmen anda berlatih akan sangat menentukan hasilnya nanti karena komunikasi bukan sesuatu hal yang secara instan kita dapatkan.

Berikut ini pertanyaan-pertanyaan yang paling sering ditanyakan oleh perusahaan:
1. Bagaimana anda menggambarkan diri anda?
2. Menurut anda apa kelemahan dan kekurangan diri anda?
3. Darimana anda mendapatkan informasi tentang perusahaan ini?
4. Menurut anda apakah profesionalisme itu?
5. Apa yang anda lakukan jika anda diterima bekerja di perusahaan ini?
6. Mengapa anda berhenti dari pekerjaan lama anda?
7. Apa yang membuat anda tertarik untuk bekerja disini? dsb
- Hindari membicarakan kekurangan atasan atau perusahaan lama, karena hal itu mencitrakan kita kurang professional.
- Jangan membuka topik pembicaraan masalah gaji sampai anda ditanya mengenai hal itu. Karena mengesankan kita lebih suka menuntut apa yang bisa diberikan perusahaan kepada kita.
- Jika ditanya masalah gaji, sebaiknya jawab jumlah nominal yang anda inginkan sesuai dengan kemampuan dan pengalaman kerja anda. Jangan meminta jauh melebihi kemampuan anda, sebaliknya jangan pernah berkata mau digaji berapapun asal bisa diterima bekerja diperusahaan ini, karena siapapun orangnya patut untuk dihargai. Jangan lupa carilah info tentang standard biaya hidup dan UMR (Upah Minimum Regional) dimana anda akan bekerja nantinya.
- Jika dibuka sesi pertanyaan, pergunakan kesempatan ini untuk bertanya. Tanyakan hal apa saja yang ingin anda ketahui seputar posisi yang lamar atau hal-hal lain yang berkenaan dengan kepastian kapan kira-kira anda akan dihubungi untuk mengikuti tes selanjutnya.
Semoga bermanfaat dan terima kasih.





sumber: Cara Mudah Atasi Job Interview
(07/04/2011 ; 1.03 PM) 

Wednesday 6 April 2011

U 50

assalamualaikum!!

ape kaboo geng??
aku ni baru balik dr meeting blok..
aku tak tau la..stress aku dgn semua rules yg tempat aku buat..
ape3 program mesti wajib p..
klu tak p, mula la suh bagi surat rasmi..
nonsense tau!!
pastu kalau program 2 free tak pe la gak..ni tak asik nak berbayo jek..
korg ingat kami ni pelajar cop duit ape!!!!!!
bangkai!!! pehhh..tahap kesabaran dah nipis dah ni..
sumpah aku geram bai!!!


dah 2..klu tak p mula la bagi surat amaran,..kne apung la..kne pindah dpp, kne pindah blok..
siotttttttt!!!!!!!!!!!!!!...sewel la korg..
korg ingat kami ni dok sini nak main aktiviti korg jek ke??
korg ingat kami ni tak de keje lain ke??
tolong la weyy..~~~
aku betol3 geram beb..
ok! fine klu nak suh kami join program..
tapi boleh tak jangan main pakse2..pastu ugut2..
grand dinner pon kne pakse bayar..
klu tak p dinner pon kne bagi surat rasmi..
wat de helll???

denda??
klu tak rm50 memang tak sah la jeng!!
arghhhh...!!!
stresss3!!!!...
aku nk jek merapu meraban dalam ni..
tapi aku tau..nanti mesti kne gam..
ahh..aku pedulik hape!...

tolong la beb...
kami ni pelajar..bukan pekerja..
makan pon guna duit mak abah lagi..duit PT..
jangan la senang2 nak denda rm50..join program rm5..

senang2kan..korg pihak atasan ni tukar jek nama tempat ni '50'
suke beno dengan 50 kan...
hambik!!!!!

sabo jek la~~~~~


p/s>> papepon korg terbaik...=,=
aku sayang korg lebihh~~~  (06/04/2011 ; 12.23 AM)

Monday 4 April 2011

seRabuT!!!

assalamualaikum!!

uittt..! walaupon aku selalu mengupdate aku pye belog itu tidak bermakne aku pye masa yang sangat lapang!
adehh..update belog boleh kurangkan kusut kat dalam otak aku ni..
ishhhhhhhhhhhhhh...!!
camne tak kusut jeng!
busy kot dgn asemen yg masih berlambak..projek marketing yg tak siap2..
haaa...nak habaq ni exam mandarin 6hb ni..ishhh...
dah la mandarin kali ni susah sikit..
punye la straight..dekut markah kot..
oppss..! terngumpat lak..=,=..

ermm...hafal3!!!..chaiyokkk!!!

danbo pun sibuk


p/s>> ABPBH baru jek lepas semalam..Shahiezy Sam dinobatkan bintang paling popular..tahniah...^^
ucop wilcat!! aku suke hg laa...lawok la ..  

FREE PALESTINE!!

assalamualaikum!!


seluruh dunia hatinya bergetaran..
kerana harga dan nilaian setitis air mata
seringkali kita dihidang
dengan kisah penderitaan
saudara yang merana

sering kali kita abaikan
tiap seruan
demi membantu bebaskan
mereka dari kekejaman

seluruh dunia hatinya bergetaran
kerana harga dan nilaian setitis air mata

anak yang tidak berdosa 
tiada pernah kenal bapanya
yang syahid penuh bermaruah
demi agamanya....

NILAIAN SEBUAH TANGISAN~~~


p/s>> sampai bila mereka perlu menderita... (04/04/2011 ; 1.11 AM)

Sunday 3 April 2011

atlet beb~~

assalamualaikum!!

hehe..ape kobar pembaca sekalian?? dah alang2 singgah ke blog ni..jadi aku nak coretkan sesuatu la..bukak blog ni pon sebab nak update design blog ni..klu tak,hampeh tak menarik belog aku ni..=,=

hehehe..entri arini aku nk story pasal futsal!!?? hahaha..gler r..1st time aku men natang ni..pehh!syok siot!!!...lasak ya amat sebab main terjah2 yg menjahanamkan org..hahahha..
aku memang la peminat bola sepak,tapi kalau nak suh aku yg main,memang lembab la..aku bukan teror pon main2 bola segale ni..bab2 sukan memang aku fail la..tapi kalau bab menyorak memang aku juara la beb! hahhaha..waktu kejadian..ari jumaat 1/04/2011 jam 9am

futsal ni under EON (DPP aku), oleh sebab sebok nk kutip sira..aku, rumet aku dan jiran baik aku ayu sebok la pakat2 masuk..haha..start main jam9 pg..mula3 kate buat malam,tapi oleh kerana gelanggangnye ada kt blok lelaki, jadi depa tak kasi la buat malam..boleh depa kate..'hg tak takut ke kalu kami tarik masuk bilik' erkkk(depa merujuk pada lelaki)..agak3 la brader, kami bukan sikit kot nak men tarik3 masuk bilik segale..hampeh pye olang!!=,=..
yang bertanding untuk game ni ialah blok aku D, blok B,blok C dan blok E..blok3 lain tak sempat cekup players..hahaha..;p

ok3..kami wakil blok D lawan dengan blok E..mula2 kami skor la 2-0...(aku jaring 1gol) pastu kami kena lawan blok B..pehh..kami kne belasah kot..ganas siot minah3 blok B main..tau la hangpa semua wakil EON..main dengan kami pon nak serius ke???!!argghhh...sakit3 badan aku tau!!!! 

pemainan kami tergendala sebab hujan..lepas solat jumaat, kami sambung main..team B vs E, blok B menang dan mara ke final..kami?? hahaha..kami menang tanpa bertanding sebab blok C tarik diri kerana kepala masing3 gler buat hal seniri..so, final antara blok D dan blok B..

adehh,kne lawan blok B lagi!! mampus la kami..=,=
kami memang dah tau dah sape leh juara..tapi,oleh kerana rule pemainan..jadi kami pon lawan la..adehh..memang betol la beb, dorg ni memang hebat la.. boleh defend dia sepak bola kne tepat2 muke aku..aduhh!! sakit siot!!! tapi, aku buat2 muke gagah la..padahal,pehh,nak nangis kot..( asal aku buat muke gagah?? hahha..malu kot nak tayang sakit) pastu kawan aku, depa tempis kne batang idong..selamat tak berdarah..ishhh33..dasat3..bab tudung nak tertanggal lu olang jangan cakap laa...

tapi, dasat3 mereka pon, gol 1 jek..=P..biasa la gol keeper kami memang handal..! caya la zana!! haha..

kami yang gagah..! wakil blok D..wink3..^^

kami bersama pingat memasing..gangsa jek..^^


ini pulak wajah2 kami dan pihak lawan .. hehehe...best3..cam nak men lagi..tapi harap hadiah berupe wang tunai disediakan, almaklum la..duit poket makin kering..kih3

lepas jek men futsal..kami berangkat pulak ke pkp sebab nak join game yg ada kt sana..game yg dianjurkan pkp game kanak2 ribena..best siot..dah lama tak main bola beracun, rebut kosi..hahaha..wat suke2 jek..mengisi masa lapang dikala petang menjelang..huhuhuhu..^^,

p/s>> sengal badan masih tak ilang...jom main futsal..hahha..posisi aku..penyerang!!!
(03/04/2011 ; 2.58 AM)

=)

...::ape yang kite nampak di luar tak sama dengan ape yang kite rasa di dalam....¥(^_^)¥.....

ape yang kite dapat baca bila orang menulis, kiter tak faham sebenarnya ape yang dia cuba smpaikan....¥(^_^)¥....

ape yang kiter nmpak tak sumernyer benar...dan ape yang kiter dengar tak sumer betul....
¥(^_^)¥....

aper yang kiter rasa hanya curiga....¥(^_^)¥.......::...

****************************************************************************
belajar la daripada alam..kita akan dapat mengesan kebaikan, keburukan, kekuatan dan  kelemahan diri, masyarakat, alam dan ape2 yang tercipta di langit dan di bumi..

kita manusia yang punya pelbagai ragam..dan ragam itu kadang2 kita tidak dapat lihat dengan mata kasar kerana ia tersembunyi dalam lubuk hati..
hipokrit kah kita??
tidak!
sesungguhnya kita punya hak untuk memendam rasa
tidak semua perihal diri harus diperdagangkan kepada orang lain..
simpanla untuk pendinding diri agar tidak ada manusia yang mengambil kesempatan..


saje nak kongsi dengan korang....

cuti~~bila nak kunjung ni..=,=

assalamualaikum kengkawan.!!

ermm..bad mood la kengkawan..rindu famili..arghhh..!
ni nak story la..sedang aku layan2 facebook tetiba aku terbaca statment abang aku ni..
'jumaat aku balik, cakap kt mak' ..dia tulis statment ni dekat status adik aku...
pehh! bukan men jeles aku dia nak balik..
tak leh diterima..sebab kalau dia balik, kompom2 la dorg pakat2 merayap sakan..
bila aku imagin pasal hal tu, lagi la aku jeles..tahap gaban kot!!

aku kenal la adik badik aku ni..kalau dah berkumpul memang kami 4 beradik jalan jek kijenye.
kekadang sampai kol3-4 pagi..ahh..perkara biasa 2..
tempat yang selalu kami lepak mesti la wayang..bowling..karoke..!
ishhh..ni abang aku balik, kompom2 dorg berfoya2.. sampai hati tinggalkan aku, adek kesayangan ko keseorangan di utara..sedihnye!!!~~~~~

***************************************************************************

bila la nak cuti sem ni..terseksa aku..dah la duit makin sempit..arghhh...
apa?? mintak FAMA?? oh no3..!!!
 aku sepanjang dok sintok ni..tak de nye aku call incik abah dan puan emak mintak duit..
malu sey mintak duit kat famili...wat segan jek..=,=..
tapi kalau dengan brader2 aku,sempoi jek aku mintak..hahhaha..
aku bukan ape..aku penah ingat kata2 incik abah di suatu ketika dulu..sebelom dapat result SPM aku kije la sat..aku merungut la sebab susah kije..pastu incik abah pon kate la..'baru kau tahu cari duit susah'
sejak 2..ape2 hal..aku jarang mintak incik abah..jarang la~~
statment 2 aku pegang sampai sekarang..bila dok sini, aku memang jimat..
tapi kengkawan aku ramai yang kate aku kedekut..makanan nak murah jek...ishh..tak tahu ke dorg yg duit 2 susah nak cari?? hhahahha..=P

p/s>> sikit-sikit lama-lama jadi bukit..^^