Tuesday 19 July 2011

TILAWAH AL-QURAN..

Assalamualaikum..


lama tak mencoret sesuatu di laman blog ini..hehe.. sekarang berlangsungnya pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang bersiaran langsung di Pusat Dagangan Putrajaya PWTC..

entri harini aku nak story bahawa aku 1st time menjejakkan kaki aku di PWTC untuk menyaksikan Tilawah Al-Quran. sepanjang hidup aku ini kali pertama aku tengok live..dah dekat 53 tahun program ini diadakan..ish ish ish..ni la dinamakan rakyat Malaysia..hah hah hah..tak pe, dimaafkan kerana lokasi pertandingan di kota lumpur sedangkan aku hanya tinggal di pesisir bandar yang aman damai iaitu kluang, Johor..

aku pergi PWTC pun ikut rombongan cik kiah..hah hah hah..serius, semua dalam bus warga veteran, hanya 3 atau 4 orang saja yang muda belia dan aku salah sorang daripadanya. aku pergi pun sebab temankan puan emak. adik aku pun ikut serta..

ok, rombongan bertolak jam7..sepatutnya jam 6.30 tapi oleh kerana ada orang yang datang lambat jadi lambatla bertolak..ermm..siapalah yang lambat, tak tepati janji langsung..hekhekhek.dah tentu la kami bertiga.!!!..bengang wokk datang lambat, ishh..malu malu malu..=,=

ok setel ambil semua penumpang, kami pun gerak la..singgah kat RnR pagoh, lepak makan-makan..
sampai Nilai 3..shopping time..(1050am)
puan emak apa lagi balun tudung la..heh heh heh, aku just jalan-jalan saja..save money beb, lagipun kat Nilai tu hanya jual barang-barang biasa je, tudung, tikar, karpet, sejadah, telekung, dan baju bajan..alah biasa la..macam kat padang besaq..
kitaorang siap makan kat Nilai jugak..makan tengah hari..

bus bergerak jam 1230pm direct ke putrajaya sebab nak solat kat masjid Tuanku Mizan..
selesai solat kami pergi ke pesta flora yang dibuat berhampiran masjid..that's mean kat putrajaya jugak la..
yang dijual di situ kebanyakannya bunga orkid..aku dgn keluarga aku just cuci mata jek..

setelah itu, kami bertolak terus ke PWTC untuk berehat dan solat maghrib serta ishak di sana.

jam8++ kami pun masuk dewan PWTC..heh heh heh..cari port baik punye..seat aku dengan keluarga aku agak depan la..tapi sayangnya muka kami tak masuk tv..keh keh keh..
ishhh..apadaa..betulkan niat!! ish ish ish..tak patut tak patut, pergi Tilawah Al-Quran sebab nak masuk tv..ishhhh...takde la..aku bangga sebenarnya dapat pergi sana,duduk dengar dorang alunkan bacaan ayat suci, kalau muka ditayang di kaca televisyen kira bonus r kan..sapa tak nak..tapi sayangnya tak dapat..=,=..

selesai..kami pun pulang..jam 4 pagi baru aku sampai rumah..=,=
leih, tapi best la..
seronok jugak join rombongan cik kiah ni..haha..