Tuesday 15 May 2012

Lepaskan lah

Assalamualaikum...=)


Pic di atas aku ambil daripada fesbuk, aku survey komen-komen manusia fesbuk  majority sanggup untuk lepas kerana memang bukan jodoh kita, buat apa simpan. Ada juga yang tidak sanggup.

Bagi aku, pendapat aku.. Aku akan lepaskan. Kenapa? Sebab, perlu ke aku simpan orang yang bukan hatinya untuk aku, perlu ke aku menolak takdir yang menyatakan aku tidak berjodohan dengannya, perlu ke aku siksa dia dengan memaksanya setia dengan aku..

Kalaupun ditakdirkan ada mendapatnya iaitu berkahwin dengannya, aku pasti jodohmu tidak berpanjangan. Tuhan kasi pinjam sahaja. Sebab itu kita diperkenalkan dengan "kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahhari"

Jangan kita menafikan hal ini, lepaskan kerana itu yang terbaik, mungkin kita akan dapat orang yang jauh lebih baik daripada dia, dan mungkin dia akan lebih bahagia dengan orang lain. Jangan gila cinta, kelak merana diri.

1 comment: