Thursday, 22 September 2011

pemasaran menyebabkan semangat nasionalisme nipis

Salam peeps!

Haa..tengok tajuk di atas..ape yang korang fikir?
Masuk aku ke dalam kelas tadi dan pensyarah menyatakan kenyataan itu..


Pada aku ada betulnya..

1) sebab pemasaran la, produk luar mendominasi pasaran negara ini, sehingga produk dalam negara terpaksa berhempas pulas untuk memenangi hati pelanggan/ pengguna.
contoh:: kalau di beri pilihan Nokia buatan Malaysia atau Nokia buatan Finland, mana yang jadi pilihan korang walaupun ditawarkan harga yang sama? survey menunjukkan Nokia buatan Finland akan jadi pilihan sebab dari luar negara dan tak percaya buatan Malaysia. kalau aku pun pilih Finland sebab dah tentu Nokia dari Finland..kehkehkeh!

2) sebab pemasaran la, negara luar kaya dan negara sendiri slow dari segi ekonomi.
mana taknye slow ekonomi negara kalau pengguna dok beli barang luar negara jek.. mee segara pun bukan nak beli jenama  tapi lebih kepada SEDAP..  hehe..aku pun beli SEDAP sebab murah..tetttttt...

3) sebab pemasaran la, pengguna memandang enteng dengan produk tempatan.
pengguna tak yakin kualiti barangan, kurang confident la konon kalau pakai barang tempatan..
yela, nak-nak orang kaya..mana depa usha jenama Proton, depa lebih bangga bawak Honda, Peugout..cehh, padahal tanggung hutang keliling pinggang.. incik abah setia dengan Proton..dari aku kecik sampai besar pakai kereta jenama Proton..hehehe

4) sebab pemasaran la, banyak masyarakat menganggur dan hidup susah..
ce korang bayangkan..kalau syarikat Proton bankrap dek kerana tak laku produk, banyak orang akan mati woo, makenik, tukang cat kereta, orang-orang kilang yang kerja kat syarikat tu.. dan rakyat yang berpendapatan rendah. dorang nak pakai kereta ape kalau Proton brankrap..

sebenarnye ada banyak lagi kesan-kesan negatif yang pemasaran bawa..tapi ada juga positifnya.. dan kalau tengok dunia hari ini dan negara sekarang..tak mundurkan? ha, itu la salah satu tanda positif pemasaran..

akhir kata, support la barangan buatan Malaysia, atleast you must have 10 merchandises in your home..
tak salah laburkan wang ke dalam negara, negara yang untung.. kalau nak melancong pun, melancong jek dalam Malaysia..banyak ape tempat menarik..

2 comments:

  1. sokong la produk malaysia....lagi satu produk malaysia nie tak dipasarkan dengan meluas..deorang tak berani mencuba...pasarkan siket2....BERANI GAGAL....dia akan berjaya..insyaAllah...=)

    ReplyDelete
  2. ape2 pun, kte tetap kena keje under marketing department cik zura oi..
    lau x, sia2 la kte duk kat bumi sintok selama 4 tahun ni..hehe..:D

    so. pe kata ko galas tnggungjawab majukan produk tempatan..amcm? ^_^

    ReplyDelete