lama gila tak menulis kat dalam blog ni..hehehe..aku sibuk menguruskan rumah tangga.. Tapi sekarang aku sudah pun kembali ke hutan Sintok..ape lagi belajar la..aku kan budak sekolah lagi..
dalam entri harini aku nak cerita pengalaman aku bermain mercun kelapa..keh keh keh..
ceritanya bermula di kampungku Parit Jawa, Muar.. masa tu raya kedua.. ape lagi dah malam-malam bosan lepak kat rumah..kami iaitu aku,adik-beradik serta kazen-kazen aku pun berkumpul kat luar rumah jam 12.00 tengah malam... heh..! apebarang main mercun jam9 malam...tetengah malam la baru ada feel..kehkehkeh..
mula-mula main mercun roket.. roket yg beso pye maa..bukan roket yang bebudak sekolah rendah main..
ini mercun roket yang dirampas..tapi ini la yg kami main..tapi ada yang besar lagi..hehehe
perghh....cantik siot!! berpusing-pusing dulu ke udara..meletop..dan bersepai serpihan kelapa itu keliling kawasan..sampai seberang jalan, kena atas atap, kereta dan kena rumah jiran..opss..!...lepas abis main roket..perghh..lawa siot dia naik ke udara dan merjadi bunga api..kalerfull sey..haha
bermula operasi membakar mercun kelapa..yeah!..bakal kazen aku pergi usha tempat nak bakar..ok! kami bakar mercun kat dalam kebun milik atuk aku..so tak ganggu tanah jiran tetangga..
budak-budak lelaki pergi korek lubang 2kali ganda daripada buah kelapa..
lepas tu tanam buah kelapa tersebut dan bakar sumbunya..dannnnnnn....
lariiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kebaboooooommmmmmm!!!
bermula operasi membakar mercun kelapa..yeah!..bakal kazen aku pergi usha tempat nak bakar..ok! kami bakar mercun kat dalam kebun milik atuk aku..so tak ganggu tanah jiran tetangga..
budak-budak lelaki pergi korek lubang 2kali ganda daripada buah kelapa..
lepas tu tanam buah kelapa tersebut dan bakar sumbunya..dannnnnnn....
lariiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kebaboooooommmmmmm!!!
serius cantik! korang try la main..bunyi tak kuat macam meriam buluh cuma serpihan kelapa yang berterabur..
selepas pertunjukkan itu..kami, budak-budak laki jek..tapi aku pun ikut gak pergi ketapak tanam mercun tadi..saje menyemak nak tengok jugak..sedang cari serpihan-serpihan mercun kelapa..tetiba aku nampak sekumpulan orang jalan menuju ke arah rumah kami..
mula-mula ingat mat bangla..tetiba aku dengar 'ha, ni la rumahnye ni!" aii...lain macam jek dia punya suara..aku yang dari kebun terus bla dari situ..kazen-kazen perempuan ape lagi kelam kabut la lari..aku orang yang pertama masuk rumah..hahaha..kecoh siot dalam rumah..
ermm..budak-budak laki yang kat kebun..ape lagi nyorok la kat belakang tandas luar rumah..dekat dengan kebun..dok diam-diam..syutttttt!!...
jahatkan kami dak-dak perempuan..lari selamatkan diri sendiri,siap kunci rumah lagi..tinggal jek budak-budak laki kat luar..hak hak hak..
dalam beberapa minit kami pun keluar rumah, nak usha ape yang berlaku..heee..budak-budak laki dah shake hands dengan orang kampung tu..
cerita punya cerita..rupanya dorang tu jiran kami, dorang kata mercun tu kena kereta dorg..tu yang dorang serbu rumah kami..erkk..kalau nak serbu pun bagi la salam, ni main terjah jek..pastu dengan bertuala mandi siap berus gigi mai serang..ish ish ish.. hahahaah..lawak lawak lawak!!!....
papepun itu pengalaman yang best la sebab sepanjang kami main mercun tak pernah kena serang dengan orang kampung..budak-budak laki dah takut nak bakar mercun kelapa..hehehe...
ini la mercun kelapa yang telah dirampas oleh pihak berwajib..kalian jangan main tau..kalau nak main kena pergi kawasan yang takde orang..hehe
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..^^,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..^^,
la orang parit jawa rupanya.....hemoh3
ReplyDeletehaha..hola..kampung mari..asam pedas satu!
ReplyDelete