Wednesday, 15 June 2011

aku tahu kau suka dia

eleh, ko tak payah nak tipu aku la..sebenarnya kau suka dia..terus terang la weyy..geli aku dengan kau..! ujar sa'odah kepada limah.

aku tak suka dia..serius!! tolonglah percaya!! macam mana aku nak suka dia. dia suka cari pasal dengan aku. dia kalau cakap, buat sakit hati aku je..orang macam tu, kau kata aku suka??!! marah limah.

ketenangan petang hari terancam dek kerana kata-kata sa'odah kepada limah. mereka sahabat karib, segala rahsia mereka kongsi bersama. Ismail, lelaki yang diperkatakan merupakan teman sepermainan mereka. Ismail atau 'mail lambung' gelaran yang diberi kawan-kawan sekampung merupakan seorang lelaki yang memiliki rupa paras yang kacak,memiliki kumis yang nipis dan mempunyai lesung pipit apabila dia mengukirkan senyuman. ramai anak dara di kampung mereka, kampung limau nipis meminati mail lambung.

'sudah la limah~ dari gerak geri kau terhadap mail, aku tahu kau memang suka dia', agak sa'odah

'kenapa kau suka kata yang aku suka dia? ke sebab kau yang sebenarnya suka dia. kau nak tahu jawapan aku supaya kau lega? uji limah.

'ishhh, choi choi choi! aku suka mail??!! tolonglah limah! mana ada...~~~ muka sa'odah kemerahan menahan malu.

'ermmm, kenapa kau gelabah semacam je? betul la tu~~ sa'odah.. aku terus terang, aku memang suka mail, tapi hanya sebagai sahabat aku, kitakan membesar bersama, jadi macam geli je kalau aku ada hati dengan mail. tapi kalau kau, aku tak tahu la..huhu..' perli limah

'erkk, erkk..sebenarnya..sebenarnya..aku memang suka dia pun limah.. aku tak tahu la kenapa, tapi bila dia ada dengan aku, macam kena panahan arjuna je, jantung aku..pehh..tak payah story la limah, gila debar. dan aku jeles kalau aku nampak dia bersama kau..

*************************************************************************

hoi mail!!! jerit limah.

alamak aiii, tomboi kampung dah mai..ha, apa hal kau terpekik terlolong ni!??? perli mail sambil melemparkan tali pancingnya.

'apa kau kata aku? tomboi? kurang asam boi betul la kau ni mail..! ciss..[sambil tumbuk bahu mail] takde la, aku saja je nak lepak dengan kau..kau ni takde kerja lain ke selain memancing?? tanya limah.

'ahh, kau..! macam tak tahu kehidupan aku...kau kan bini aku, jadi kau mesti tahu apa minat aku..eeee..kau ni pehal tetengah hari buta cari aku? aku tahu la kau rindu, tapi petang-petang la sayang~~ kata mail sambil buat muka seposen

'oii, geli siot kau panggil aku macam tu..eeee..wekksss! takde la, aku nak tanya kau something ni.. aku pun dah nak naik cuti dah ni. esok aku dah balik kota lumpur..aishhh, rimas aku nak hadap manusia tepi jalan yang tah apa-apa tah.' omel limah.

' kau ni banyak sembang la der..ceciter direct pehal kau jumpa aku ni? ganggu konsentrasi aku nak pancing je' kata mail sambil duduk di sebelah gadis manis berperwatakan ganas tetapi masih mempunyai kecomelan yang membuatkan dia terasa tenang bila bersama meskipun kerap bergaduh.

**************************************************************************
kringgg..kringgg..kringg..
hello.
yes, limah speaking..
owhh, mail! ha, pehal kau telefon pepagi ni. aku kat pejabat ni..
haa.. nak jumpa??
baik baik baik..jumpa kau jam12 dekat KFC.. kau belanja aku tau! haha..

**************************************************************************

' sa'odah, ada orang datang merisik. ni gambarnya.. mak tak cakap apa-apa la, sebab mak tunggu keputusan kamu' ujar mak sa'odah sambil memberikan gambar orang yang datang merisik.

' mak, saya terima je mak keputusan mak.. saya tak bantah, kalau mak rasa ini yang terbaik, mak teruskan la.' kata sa'odah tenang, gadis putih gebu yang mempunyai alis mata yang menarik menundukkan wajahnya menerima jejaka yang datang untuk menyunting dirinya.

' nak..betul ke? baik kamu fikir masak-masak sayang..memang mak suka budak ni, tapi kalau mak saja yang suka tapi kamu tak suka, tak boleh juga sa'odah' manis kata-kata puan maimunah.

**************************************************************************
apa??? kau biar betul mail.?? kau hantar rombongan merisik?? kat sapa?? tanya limah terkejut.

'ishh, kau ni..slow r sikit volume suara kau...malu doh orang tengok, dah la lepak kat KFC..ingat kau nak bawa aku dating kat KLCC ke..ishhh..iya, aku hantar rombongan.. aku harap sangat dia setuju..dah lama aku tunggu dia..

'iye la..tapi siapa?? alamak aii...ok apa KFC, 'K' juga kan..KLCC, KFC..haa..'K' kan depannya..'limah bikin loyer buruk..

'adalah..mana boleh bagitahu kau..' uittt, jadi akaunting aku. kau kerja dengan aku jadi akaunten. please please please..pujuk mail mengharapkan limah bekerja di syarikat perternakkannya. ismail merupakan perternak ikan keli yang berjaya,di samping itu dia juga mempunyai sebuah kolam untuk para pemancing untuk memancing. pendapatannya dapat memenuhi impian kedua ibu bapanya menunaikan haji.

'haa..kerja dengan kau?? ishh, nanti- nanti la.. aku sayang dengan company aku yang sekarang. kalau aku dah bosan nanti, aku kerja dengan kau, jadi akaunten kau..ok??

***********************************************************************
termenung limah mendengar perkhabaran itu. sa'odah akan bertunang hujung bulan ni. dia membaringkan badannya di sofa yang empuk yang dibelinya di ikea.

'aku sebenarnya dah merisik seseorang ni untuk jadi isteri aku. aku sebenarnya dah lama sukakan dia. dan aku harap sangat dia setuju, dah lama aku tunggu dia..' ujar mail tenang sambil meratah ayam KFC.

' ahh..tak mungkin mail dengan sa'odah..tak mungkin..arghhh..!!! ermmm..' limah seakan tidak tenang dengan perkhabaran sa'odah ditalian yang dia terima petang tadi dan kata-kata mail bahawa dia telah menghantar rombongan meminang pada tengah hari tadi.

'erkk, kenapa aku serabut ni? biar la mereka bersama.. aku bukan suka mail pun, asal nak gelabah pula..?? limah cuba untuk menenangkan hatinya yang tidak keruan.

*****************************************************************
' limah terima mak, tak kan limah nak tolak pulakan. lagipun limah dah berusia pun mak, sa'odah pun dah nak kahwin, jadi limah serahkan segala-galanya pada mak. kalau takde apa-apa limah balik hujung minggu ni' ujar limah kepada emaknya di telefon.

limah tidak mampu menolak lagi.. kalau dia  menolak pinangan orang terhadap dirinya, dia mungkin tidak akan berumah tangga sampai bila-bila kerana sudah tiga pinangan dia tolak dek kerana tidak bersedia menjadi seorang isteri. untuk kali ini, limah terima kerana sahabat karibnya turut mahu menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. sementara itu, dia tidak mempunyai kekasih hati. oleh itu, dia menerima pinangan jejaka yang tidak dia kenali. limah percaya, walaupun tiada cinta, rumah tangga tetap akan bahagia kerana kepercayaan dan kesetiaan. akan dia bina cinta terhadap bakal suaminya selepas berumah tangga.

*******************************************************************

'hahahaha.. aku ingatkan tunang aku ni raja dari england ke.. rupanya engkau....~~ hahaha' gelak limah

'ermm, yela saya sedar siapa saya, dah la muka macam buntut kuali, badan kerempeng.. yela yela...saya tak kacak macam shahiezy sam, tapi saya tahu. saya hensom macam aaron aziz..hehehehe' mail memuji dirinya.

'erkk..geli jek..hahaha..nak amik kau!
' adoiii, apa ni cubit-cubit ni. sakit la..'

'mail... kenapa aku? kenapa kau nak aku jadi isteri kau? kenapa bukan sa'odah? akukan ganas, suka pukul kau, suka buli kau.. ahh, kau yang selalu buli aku..ermm..kenapa ekk?? bagai peluru yang banyak ditujukan pada mail

'sebab aku suka kau. memang kau ganas, tapi dalam ganas kau ada kecomelan. hehe..aku perasan tu, sebab tu aku suka gaduh dengan kau. walaupun kau macam ni, kau pandai masak.. tak macam sa'odah, lembut je tapi masak gulai ayam pun tak reti. hehehe.(sempat mail memerli sa'odah) sebab tu la mail sayang sangat kat limah' terang mail sambil memandang limah tepat di mata. pandangan itu dan kata-kata mail membuatkan limah terpaku dan terharu.

'terima kasih.. saya pun sayang kat awak' merah menyala muka limah meluahkan isi hatinya.

ya, limah memang sudah lama mempunyai perasaan terhadap mail, tapi dek kerana keegoannya dan sifatnya yang brutal membuatkan dia memendam rasa.

'apa barang cintan cintun. geli siak!! kalau ada yang nak main cinta dengan aku, memang aku luku pala dia' tegas kata-kata limah kepada mail dan sa'odah pada suatu ketika dahulu di mana mereka melepak bersama di warung pak jabit.

'sayang..sayang..apa sayang berangan ni..sayang~~~' sambil memukul perlahan bahu limah.

'haa, takde pape la sayang, saja teringat zaman muda mudi. hehehehe..jom balik dah petang ni' ajak limah.

*******************************************************************
'kan aku cakap. kau tak nak percaya.. aku tahu kau suka dia..' perli sa'odah

'haha..masa kau cakap, memang aku takde feeling kat dia la odah oiii...suka sikit-sikit ada la..hehehe' limah hanya mampu sengih mendengar perlian sa'odah.

'hahaha, aku dah lama kawan dengan korang la wey, dah lama.~~ aku dok perhati je, kalau korang bergaduh mesti kiut..haha..sebab tu aku harap sangat korang bersama.. memang, dulu aku sikit cemburu bila tengok korang bersama, tapi sekarang aku dah pun bertunang..hehehe..nanti bolehlah kita bersanding bersama-sama..' riang kata-kata sa'odah.

******************************************************************
menung apa tu sayang? dakapan erat mail singgah ke pinggang limah. sungguh hangat pelukkan suaminya ini sehingga limah terasa tenang dan aman.

'takde apa, saja ambil angin segar..abang.. saya dah decide untuk jadi akaunten abang mulai sekarang' ujar limah terang dan lembut.

'betul ke? hehehe..terima kasih sayang..ni yang abang sayang sesangat ni..' ciuman hangat mail singgah di pipi dan dahi limah..

*******************************************************************
bahagia hingga ke syurga.



4 comments:

  1. wei antaq la kat penulisan2u..kat stu ramai leh komen..hii

    ReplyDelete
  2. xseh la weyy..belom mantap..hahaha...malu3 =,=

    ReplyDelete
  3. TERBAEKLAH! kebaboom..dah tercipta satu cerpen..
    tol gak idea ida tu..:)

    yg ak biasa bace novel/ cerpen kan, bile ade bab dialog guna tnda "..."
    lau ckap dlm hati/ sendiri guna tnda '...'

    ak pun x lah pro..lau salah btolkan yup..

    kisah ni ade kena mengena dgn sape2 ke? hurm..haks..

    ReplyDelete
  4. haha..saya baru merangkak dlm penulisan..
    cerita rekaan..
    nak guna masa yg senggang,buat benda yg ada hasil..
    tapi klu watak limah 2 aku..bangga siot..aaron aziz 2..kahkahah

    ReplyDelete